PELANCARAN ROOPAWAN DAN KOLEKSI RAYA 2017

28.5.17

PELANCARAN ROOPAWAN DAN KOLEKSI RAYA 2017 | Assalamualaikum semua... Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan Ramadan yang Mulia. Bulan yang penuh keberkatan bukan sekadar menahan lapar dahaga sahaja. InshaAllah, semoga segala amalan kita sepanjang bulan ini akan berlipat kali ganda. Tapi bukan pasal ini yang aku nak cerita kat sini. Sebaliknya mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan Hari Raya. 

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Dari kiri Mohd Fuad - Dato Hajah Zuraida - YTM Raja Dato Sri Azureen Sultan Azlan Shah - Dato Siti Hendon - Dato Mohamed Zin - Siti Amalina

Korang dah beli ke baju raya? Bila masuk bulan ramadan ni, alamatnya kena beli baju yang dah siap la sebab kebanyakan tukang jahit dah tak amik tempahan. Buntu nak beli kat mana? apa kata korang usha kat portal membeli-belah atas talian yang baru dilancarkan baru-baru ni iaitu Roopawan.com.


MAJLIS PELANCARAN ROOPAWAN.COM


Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Tetamu kenamaan yang hadir ke Majlis Pelancaran Roopawan

Portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei 2017 lalu oleh YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, Dato’ Mohamed Zain Abdul Malek (Presiden Kelab Rakan Malaysia), Dato’ Siti Hendon (Presiden Perak Ladies Club) dan Dato, Hajah Zuraida (Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Portal Roopawan yang menyenaraikan lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa menerusi platform e-dagangnya memfokuskan kepada pasaran fesyen Muslim, produk kecantikan halal termasuk kelengkapan ibadah. 

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Mohd Fuad Mohd Noor (Pengasas Roopawan)

Kami komited untuk terus menyahut agenda kerajaan dalam memacu perniagaan e-dagang di Malaysia. Malah, Roopawan mahu membawa nama Malaysia ke persada dunia menerusi penembusan pasaran ke seluruh Asia Tenggara kelak menerusi strategi pemasaran yang berkesan selain sokongan pelabur berpotensi,” ujar Mohd Fuad Mohd Noor, pengasas bersama Roopawan

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Siti Amalina Ariffin (Pengasas Bersama Roopawan)

Roopawan menyasarkan kepada pasaran Muslim yang meluas bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Roopawan melihat potensi dunia perniagaan atas talian Muslim yang belum diteroka sepenuhnya, justeru Roopawan dilihat berada pada kedudukan strategik untuk berkembang lebih jauh,” menurut Siti Amalina Ariffin, pengasas bersama Roopawan.

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Laman web Roopawan

Semenjak diperkenalkan mulai Ogos 2016 yang lalu, Roopawan telah mencatatkan sehingga 222,661 bilangan paparan halaman dan 18,244 jumlah pelawat unik. Antara jenama fesyen yang ditawarkan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Celovis, Gung Jewellery, K’EET Jewels, Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang popular di kalangan selebriti. Antara jenama antarabangsa yang menyertai termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.


KOLEKSI RAYA 2017 DI ROOPAWAN.COM


Pada majlis yang turut dihadiri oleh tetamu kehormat YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, kempen #LebaranRoopawan turut diperkenalkan menampilkan seleksi fesyen Aidilfitri 2017. Antara jenama yang diperagakan termasuk Nawre, Eddymohaizz, FAKL x Hijrah Couture, Bajufoundry, Syaraz Couture, Tuhfah selain koleksi oleh Karyaneka. Peragaan fesyen Aidilfitri pada majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh Ismail Izzani selain kehadiran selebriti remaja Nabila Razali, Mia Sara dan lain-lain.

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Fesyen Lebaran Roopawan oleh Karyaneka 2

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Fesyen Lebaran Roopawan oleh Syaraz Couture

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Fesyen Lebaran Roopawan oleh Tuhfah

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Nyanyian oleh Ismail Izzani

Wow, cantik cantik belaka koleksi baju raya kat Roopawan.com. Fesyen show depa pun letopss.. Siap buat kat Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay Kuala Lumpur lagi. Tahniah Roopawan. Semoga lebih terus maju dan sukses pada masa akan datang. Suka tengok semangat mereka dalam menjayakan Majlis Pelancaran Roopawan Dan Lebaran Fashion Preview 2017 aritu. Don't worry weolls as #Roopawaners akan sentiasa support dan membantu apa yang patut.

Pelancaran Roopawan Dan Koleksi Raya 2017
Tahniah Roopawan dari team #Roopawaners

So, kalau korang berminat untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini. Jangan lupa juga ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.



You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe