WAFFLE YANG SEDAP DAN SPECIAL DI WAFFLEMEISTER BANGSAR

5.5.17

WAFFLE YANG SEDAP DAN SPECIAL DI WAFFLEMEISTER BANGSAR | Assalamualaikum semua... Bila duduk-duduk mengadap laptop ni, terbayang pulak waffle yang sedap kat Bangsar. Haritu dah pi sana beramai-ramai dengan budak-budak Projek Travel. Memang best lepak situ sambil borak-borak. Pekena pulak waffle yang special siap topping dan coklat, fuhhh meleleh ayaq liuq... Ni yang buat rasa teringin nak pi lagi.

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar

Lokasi yang aku maksudkan adalah satu-satunya Wafflemeister cawangan Malaysia yang terletak di Bangsar. Selalu kan kalau makan waffle kat kiosk dalam shopping mall kan. Tapi ni lain, waffle ni dijual dalam restoran tau. So, memang selesa sangat nak duduk lepak situ. Dekorasi simple tapi moden, ruangnya luas, kerusi meja pun cantik, sesuai untuk datang bersama pasangan, family dan kawan-kawan. Lokasi asal Wafflemeister ni sebenarnya kat KLCC tapi kini dah berpindah ke Bangsar. So, peminat-peminat Wafflemeister jangan kecewa tau. Depa ada je ni, cuma berpindah tempat.

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Wafflemeister Di Bangsar

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Ruang dalam Wafflemeister


APA YANG SPECIAL KAT WAFFLEMEISTER NI ?


Apa yang special sangat pasal Wafflemeister ni ? Ha, bagi aku memang Wafflemeister ni special dan sedap sebab dia tak sama macam waffle yang lain. Waffle kat sini dibuat daripada doh yang diimport khas dari Belgium yang diberi nama Liège Waffles. Doh ni dibuat secara handmade hasil dari resepi rahsia dari sebuah keluarga yang berasal dari sana. Lagipun doh ni berbentuk pekat bukan cair macam kita biasa tengok tu. Tekstur dan rasa dia pun berbeza tau sebab adunan dia ada mengandungi "Pearl Sugars" yang menghasilkan lapisan karamel bila dibakar dan seterusnya menghasilkan waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Perghh, sedapnya bila makan panas-panas dan dihidang dengan topping pulak.... yummyyy

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Liège waffles doh yang diimport dari Belgium


TOPPING WAFFLE YANG MENGGIURKAN


Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Topping Waffle yang menggiurkan

Sebut pasal topping, mesti terbayang something yang manis kan. Sebelum ni aku pernah makan waffle bertopping coklat yang sangat manis, pekat sampai melekat kat tekak. Terus rasa muak. Jangan risau, dekat Wafflemeister ni topping yang digunakan tidak terlampau manis. Kira macam semanis wajah I je... miahahahaha... perasan betul hakak ni. Ada 3 jenis coklat yang boleh dipilih iaitu Milk, Dark atau White Chocolate. Coklat ni pun diimport dari Belgium jugak. Atas coklat tu, boleh tambah lagi dengan topping yang lain juga seperti biskut oreo, marshmallow, ataupun buah buahan. Jom tengok waffle yang aku pilih hari tu.

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Cream & Cookies

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Go Bananas

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Strawberry Heaven

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Dream Team

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Marshmellow Surprise


SWEET CREPES PUN ADA


Selain dari waffle, kami juga ada order Sweet Crepes. Sedap juga crepes kat sini sebab guna inti buah-buahan dan topping coklat. Crepes ni kalau orang melayu kata lempeng la tapi kat sini crepes yang digunakan nipis dan lembut. So, takde la rasa tepung sangat. Antara Sweet Crepes yang kami order seperti The Meister, British Delight, Nutella dan Banoffe. Sedap weiiii... siap menambah kami order.

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
British Delight

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
The Meister

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Nutella

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Banofee

Menu kat atas ni antara menu yang kami order tapi kalau ikutkan ada banyak lagi pilihan yang ada dekat sini. Ada menu kek, cupcake, brownie, banana split, gelato dan macam-macam lagi .. So, kalau korang datang sini, mesti korang rambang mata nak order apa. Tapi yang pasti waffle menu wajib order ye. hehe

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Menu lain yang ada di Wafflemeister

Dok tunjuk makanan je, mesti ada minuman kan. Untuk minuman pulak kami pilih yang manis juga iaitu Thick Shakes. Saje order yang manis jugak sebab nak cuba signature drink kat sini. Tapi kalau nak order air minuman yang lain pun ada juga. Minuman panas seperti kopi dan teh pun ada.

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Thick Shakes

Copp.. ada lagi satu yang special kat sini. Ha, yang memang betul-betul special sebab tak pernah lagi aku jumpa kat tempat lain. Kisahnya, masa amik order tu, waiter tu tanya la nama. Laa.. dah kenapa nak tanya nama pulak ni. Nak ngorat ke?? Bila tengok muka aku terkulat-kulat, baru la diberitahu yang rupanya kat sini nama kita akan ditulis atas pinggan menggunakan coklat. wow, specialkan. Rasa macam sayang nak rosakkan nama kat plate tu. Selain nama, boleh jugak kalau nak tulis perkataan lain contoh macam Happy Birthday ke Happy Anniversary ke.. tak kisah la. Tapi jangan la panjang-panjang. Jenuh pulak depa nak tulis.. hehe

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Special kat sini ukiran nama di pinggan menggunakan coklat

Amacam? best kan Wafflemeister ni. Special dan lain dari waffle yang lain. So, kalau korang teringin nak makan Waffle yang sedap dan special, jom ke Wafflemeister Malaysia di Bangsar. Ajak semua kawan-kawan, family ataupun officemate ke sini. Kalau datang hari Rabu, Wafflemeister ada buat promosi untuk setiap hari Rabu dengan diskaun sehingga 30% untuk kesemua jenis waffle. Ha, lagi jimat. Tapi kalau nak datang hari lain pun boleh jeeeee..... haha.. adiosss

Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar
Wafflemeister Malaysia

Alamat :
7, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tel :
+60 3-2202 1817

Facebook:

Instagram:



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe