BERBUKA PUASA DAN PROGRAM AMAL ANCASA HOTEL & SPA SEMPENA RAMADHAN

12.6.17

BERBUKA PUASA DAN PROGRAM AMAL ANCASA HOTEL & SPA SEMPENA RAMADHAN | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni aku berpeluang menghadiri satu Majlis Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Program ini merupakan acara tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan tiba. Bagus la kan. Happy rasanya bila melihat kegembiraan terpancar di wajah anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan


PROGRAM AMAL PEMBERIAN DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM


Sambil makan, anak-anak ini juga menerima duit raya dari pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur yang diagihkan oleh Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset.

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar

Tahun ini juga Pihak AnCasa Hotel & Spa sangat bertuah kerana mendapat sokongan dan menerima penajaan rasmi daripada beberapa pihak iaitu :

Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd - Tajaan bas bagi mengambil dan menghantar anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni
Tanjong (Peladang Food Industries (M) Sdn Bhd) - Tajaan rempah ratus untuk memasak kari daging dan bubur lambuk.
Bernama TV - Tajaan sebagai media rasmi untuk Program Rancangan Masakann Sunnah Nusantara Musim Kedua untuk semua rangkaian hotel AnCasa Hotels & Resorts.


PEMBERIAN BUBUR LAMBUK PERCUMA


Kebetulan masa kami sampai, rupanya pihak AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur sedang mengedarkan bubur lambuk percuma. Bubur lambuk ni dimasak sendiri oleh tukang masak yang berpengalaman di hotel ni iaitu Chef Mariam dan Chef Yohanis. Bubur lambuk ni diagihkan kepada orang awam oleh pengurusan hotel dan dibantu oleh Naib Timbalan Kanan Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan. Pemberian bubur lambuk ni juga acara tahunan di sini dan ia dapat mengeratkan silaturrahim serta hubungan kekeluargaan dan kerjasama kakitangan dan pihak pengurusan sekkaligus memupuk budaya memberi kepada mereka yang memerlukan.

BUFFET RAMADHAN 2017 : ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR


Tahun ini buffet ramadhan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tampil dengan konsep "Selera Desa - Kembara Iftar Di Kuala Lumpur". So, pelbagai hidangan yang dulunya popular di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 70an hingga 90an dihidangkan di bawah satu bumbung. Antaranya :

🍛🍴 Jalan Petaling - Citarasa Malaysia
🍛🍴 Durian Gombak - Masakan Berasas Durian
🍛🍴 Warong Doraisamy - Aneka Sup
🍛🍴 Jalan Cochrane - Aneka Minuman & Teh Tarik
🍛🍴 Jalan Pantai Dalam - Kambing Bakar
🍛🍴 Jalan Imbi - Aneka Mee
🍛🍴 Jalan Esfahan - Char Kuey Teow
🍛🍴 Jalan Gurney - Aneka Roti Canai
🍛🍴 Jalan Hang Jebat - Aneka Stimbot
🍛🍴 Jalan Bellamy - Ikan Bakar dan Ayam Bakar
🍛🍴 Ampang Road - Satay Ayam & Daging

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Barisan gerai mengikut lokasi makanan

Terdapat lebih 100 hidangan akan dihidangkan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut. Antara sajian utama yang dihidangkan adalah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang, dan produk daripada durian seperti serawa, wajik, bubur, dodol, kek, cucur, talam, mousse, puding dan banyak lagi. Semuanya menggunakan durian tau. Jom tengok gambar-gambar makanan yang ada di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur :

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Kacang Panjang Goreng Jawa

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Gulai Ikan Masin Talang

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Siput Sedut Batang Keladi

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Opor Daging

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Ayam Goreng Rose

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Gulai Ikan Patin Tempoyak

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Ayam Bakar

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Kambing Bakar Dan Briyani

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Pelbagai jenis pencuci mulut

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Kek

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Desserts

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Desserts

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Kuih muih

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Kuih muih

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
makanan berasaskan durian
Alhamdulillah, berbuka puasa di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur memang best. Makanan sangat banyak pilihan dan semua sedap. Ni banyak lagi menu makanan yang tak ditunjuk. Ada Stimboat, Roti Canai, Aneka Sup, Apam Balik, Aneka Mee, Satay, Teppayaki, Roti Canai, Pasembur dan banyak lagi. So, korang kena mai sini dan rasai sendiri la ekk. Harga pun tak mahal sangat. So, rugi tak pi.. hehe

Berbuka Puasa Dan Program Amal AnCasa Hotel & Spa Sempena Ramadhan
Jom ke AnCasa Hotel & Spa (kredit foto : blogger2u.com)

-----------------------------------------------------------------

Harga Buffet Ramadhan 2017 di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
RM 68 nett dewasa
RM 40 nett kanak-kanak

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, 
sila hubungi bufet hotline Ramadhan di
03-2026 6060 samb 7703

website :
------------------------------------------------------------------------


You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe