CHOW KIT TRADE CENTER (CKTC) PUSAT BORONG SEHENTI DI KUALA LUMPUR

24.7.17

CHOW KIT TRADE CENTER (CKTC) PUSAT BORONG SEHENTI DI KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Nak tanya korang la, pernah pergi Chow Kit tak? Sape pernah pergi, mesti korang tau kan kat sana macam-macam benda ada jual. Lagipun kalau nak cari barang yang murah dalam kuantiti yang banyak, ha Chow Kit la tempatnya. Tak kira la dari barang-barang keperluan dapur hinggalah ke pakaian dan keperluan rumah. Semua ada tapi kita aje yang kena bijak membeli dan perlu survey sebab kat sana ada banyak kedai. So, confirm akan penat la melainkan korang dah tau kedai mana nak tuju.

Chow Kit Trade Center (CKTC) Pusat Borong Sehenti Di Kuala Lumpur
Majlis Pelancaran Chow Kit Trade Center

Tapi tak lama lagi dah tak perlu dah nak jalan satu-satu kedai untuk cari barang yang kita nak sebab dah ada Chow Kit Trade Center (CKTC). Sebuah bangunan yang bakal menjadi pusat borong sehenti untuk pelbagai jenis produk seperti kosmetik, peralatan dapur dan herba Melayu tradisional. Chow Kit Trade Center juga bakal menjadi mercu tanda yang berprestij di kawasan Kuala Lumpur tapi masih mengekal nilai-nilai warisan yang ada di Chow Kit. Maklum la, Chow Kit kan memang dah lama menjadi kawasan yang terkenal untuk barangan secara borong kerana lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.


Chow Kit Trade Center (CKTC) Pusat Borong Sehenti Di Kuala Lumpur
Replika bangunan Chow Kit Trade Center (CKTC) 

Baru-baru ni aku berpeluang pergi ke Majlis Pelancaran Chow Kit Trade Center yang diadakan di Chow Kit Trade Center Sales Gallery, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur. Tujuan majlis ini adalah untuk memperkenalkan seterusnya melancarkan Projek Chow Kit Trade Center oleh New Paradise Development, sebuah syarikat di bawah naungan VINSOON Group. Pelancaran dilaksanakan oleh Dato’ Michael Lim, Pengasas bagi VINSOON Group.

Chow Kit Trade Center (CKTC) Pusat Borong Sehenti Di Kuala Lumpur
Perasmian Oleh Dato’ Michael Lim, Pengasas bagi VINSOON Group

Chow Kit Trade Center (CKTC) Pusat Borong Sehenti Di Kuala Lumpur
Persembahan Video mengenai ilustrasi Chow Kit Trade Center (CKTC) 

Chow Kit Trade Center (CKTC) Pusat Borong Sehenti Di Kuala Lumpur
Dato’ Michael Lim, Pengasas bagi VINSOON Group

For many years, Chow Kit has served as a great area for the wholesale community
including for leisure, due to its great location and varied wholesale products anyone can
find in Chow Kit ranging from watches, custom jewelry, fashionable accessories, to
household and kitchenwares, among others.” 

Armed with a specialized knowledge of the Malaysian market through past projects, we
developed an understanding of targeted wholesalers and investors, and truly achieved
what we set out to do,” 
Dato’ Michael Lim, Pengasas bagi VINSOON Group

Chow Kit Trade Center (CKTC) Pusat Borong Sehenti Di Kuala Lumpur
Bangunan Chow Kit Trade Center

INFO MENGENAI CHOW KIT TRADE CENTER (CKTC)


✔ Projek ini telah dibuka kepada para peniaga pada Februari 2017 dan keseluruhan pembangunan menelan belanja RM156,828,030.00 dan dijangka akan selesai menjelang akhir tahun 2019.

✔ Bangunan Chow Kit Trade Center meliputi sebanyak 254 lots ruang niaga di antara 52 hingga 181 kaki persegi. Harga untuk setiap lot bermula dari RM101,400 hingga RM1,411,800

✔ Mempunyai 10 tingkat bangunan dan setakat ini Tingkat 7 telah dimiliki oleh MK Cutain (pusat jualan langsir terbesar) dan tingkat 6 pula telah dimiliki oleh Hypershoe.

✔ Memiliki keluasan lantai sebanyak 34,650 kaki persegi, 50% daripada ruang yang ditawarkan telah pun dijual kepada pelabur dan pemborong yang akan menjual pelbagai produk seperti kosmetik, peralatan dapur dan Herba Melayu tradisional dari China, Thailand, Korea, Indonesia dan banyak lagi

✔ Menampilkan Sky-dining Malay heritage food court, sebuah medan selera berkonsepkan warisan melayu tetapi bercirikan moden. Sesuai bagi pengunjung yang ingin menikmati makanan tradisi di tempat yang selesa tetapi elegan.

✔ Memiliki premis pembangunan di lokasi yang strategik dan mempunyai akses yang mudah melalui jalan-jalan utama serta berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam seperti Chow Kit Monorail, Kampung Baru LRT, PWTC LRT, Terminal Bas Pekeliling dan Pudu Sentral UTC.

✔ Pengalaman membeli-belah barangan borong secara kontempori yang luar biasa dalam bangunan yang memiliki ciri-ciri architecture cantik dan dikelilingi oleh pembangunan komersil yang giat aktif di tengah-tengah Kuala Lumpur

✔ Merupakan pembangunan pegangan bebas (Freehold development) dan berhampiran dengan beberapa lokasi hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Chow Kit Trade Center (CKTC) Pusat Borong Sehenti Di Kuala Lumpur
Penulis di Majlis Pelancaran Chow Kit Trade Center (CKTC)
Wah, lepas ni kalau nak shopping, tak payah la susah-susah kan. Datang aje ke Chow Kit Trade Center (CKTC) pusat borong sehenti di Kuala Lumpur, semua ada. Masa perasmian juga ada ditunjukkan video mengenai rekabentuk dalaman bangunan ni. Seriusly memang cantik siap dengan ukiran-ukiran kayu lagi. Teruja dan tak sabar nak tunggu bangunan ni siap. Nanti boleh pergi shopping... yeahhh...


You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe