SESI RAMAH MESRA DENGAN DAYANG NURFAIZAH

SESI RAMAH MESRA DENGAN DAYANG NURFAIZAH | Assalamualaikum semua.. Masih terngiang-ngiang kelunakkan suara Dayang Nurfaizah menyanyi di depan mata. Macam tak percaya weiii... Selama ni dok tengok kat TV je. Terima kasih sesangat kepada pihak Indigital sebab sudi jemput ke sesi Meet & Greet Bersama Dayang Nurfaizah di Office diorang. Majlis tertutup ni exclusive tau sebab walaupun hanya majlis santai, tapi kita dapat beramah mesra dengan Dayang Nurfaizah secara dekat. Face to face gichuuuu... 

Sesi Ramah Mesra Dengan Dayang Nurfaizah
Sesi Ramah Mesra Dengan Dayang Nurfaizah

Sape tak kenal Dayang Nurfaizah kan. Seorang artis kelahiran Sarawak yang berbakat besar. Lagu-lagu Dayang Nurfaizah pun banyak yang best-best seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Di Pintu Syurga, Dayang Sayang Kamu malah Anugerah Juara Lagu ke-31 baru-baru ni pun turut dimenangi oleh beliau melalui lagu Lelaki Teragung. Kagum giler dengan bakat dia yang mampu menyanyi secara live. Power suara dia, sampai meremang segala bulus-bulus yang ada... 🎶🎵

Sesi Ramah Mesra Dengan Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah

Masa sesi Meet & Greet bersama Dayang Nurfaizah haritu memang best dan tak kekok sebab walapun bergelar artis tapi Dayang Nurfaizah sangat peramah dan very humble orangnya. So, kami geng blogger yang datang pun bertanya la macam-macam soalan. Time ni la nak dengar dari mulut beliau sendiri kan mengenai perjalanan seni dia yang hampir mencecah 21 tahun. Seriusly kagum dan teruja sangat mendengar cerita dia.

Sesi Ramah Mesra Dengan Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah berkongsi pengalamannya

Tak cukup dengan bercerita, Dayang Nurfaizah juga turut menyanyikan lagu single terbarunya yang menjdi taruhan untuk album terbarunya Dayang Nurfaizah. Wah, bertuahnya kami masa tu bila dapat mendengar sendiri Dayang menyanyi di hadapan kami. So apalagi, masing-masing mengeluarkan telefon untuk abadikan dalam bentuk video la kan. Ternyata suara Dayang Nurfaizah memang best. Tak percaya, nah aku payung video Dayang Nurfaizah masa menyanyikan lagu Separuh Mati Ku Bercinta.


Amacam, best kan lagu ni. Sekarang lagu ni dah masuk muzik-muzik 32,  so hopefully lagu ni akan sampai ke Anugerah Juara Lagu ke-32 pulak. Di corong-corong radio pun dah mula memutarkan lagu ni dan terbaru, lagu Separuh Mati Ku Bercinta ni juga dipilih sebagai OST untuk Slot Akasia bertajuk "Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin" setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

Sesi Ramah Mesra Dengan Dayang Nurfaizah
album Dayang Nurfaizah yang terbaru untuk tahun 2017

Tak cukup dengan tu, Dayang turut memberi cenderahati kepada kami iaitu satu CD album Dayang Nurfaizah yang terbaru untuk tahun 2017 ni. Siap ada sain lagi uolsss... yeayyyyyy, thank you Dayang, terbaik la. Dalam CD album ni ada  10 lagu termasuk 3 lagu  bonus nyayian Dayang Nurfaizah semasa menyertai Juara Lagu yang lalu.

Sesi Ramah Mesra Dengan Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah siap sain autograf kat albumnya

Senarai Lagu Album Dayang Nurfaizah 2017
Layarlah Kembali
Usah Dibilang Cinta
Lelaki Teragung
Nanti
Di Pintu Syurga
Separuh Mati Ku Bercinta
Takdir 
Dia
Tak Pernah Menyerah
Dalam Diam
Dipintu Syurga LIVE AJL 29
Tak Pernah Menyerah LIVE AJL 30
Lelaki Teragung LIVE AJL 31

Sesi Ramah Mesra Dengan Dayang Nurfaizah
Thank you Dayang Nurfaizah & Ingital Music

Aku percaya peminat-peminat Dayang Nurfaizah mesti dah beli album terbaru beliau ni kan. Tapi bagi yang belum ada, korang kena beli weii. Kalau tak, mesti menyesal sebab lagu-lagu semua best. Masa balik kampung raya ritu dok ulang-ulang je CD tu. Tak jemu dengar suara Dayang Nurfaizah especially lagu Separuh Mati Ku Bercinta tu la... eee, berhantuuuuuu betoiii... hehe.. Jangan lupa beli tau.. pape pun tq so much Indigital sebab jemput ke sesi ramah mesra dengan Dayang Nurfaizah ni tau. Next time ada lagi, jangan serik jemput naaaa... hehe


Post a Comment

8 Comments

  1. syoknya dapat jumpa dayang...memang pebret retis kita ni
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. best nya, kter pun peminat Dayang

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak beli CD harga CD pun dah tak tahu berapa sekarang huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... sekarang semua download je. Tapi sekali sekala apa salahnya kan, CD tu boleh jadi kenangan

      Delete