AXILAS ANTIPERSPIRANT ATASI MASALAH KETIAK KUAT BERPELUH DAN BERBAU

14.8.17

AXILAS ANTIPERSPIRANT ATASI MASALAH KETIAK KUAT BERPELUH DAN BERBAU | Assalamualaikum semua.. Masalah ketiak kuat berpeluh dan berbau adalah salah satu punca kurangya rasa confident bila berdepan dengan orang ramai. Betul tak?? Kalau ada yang jawab "eh, hello ketiak aku wangi ok".. Jangan terlalu confident dekkkk... Kalau dah seharian dok luar rumah, pergi jalan sana sini, mau tak berlecak ketiak tu. Tambah-tambah untuk orang yang bertubuh besar macam aku ni. Lagi la kena sentiasa menjaga bahagian ketiak tu.

Axilas Antiperspirant Atasi Masalah Ketiak Kuat Berpeluh Dan Berbau
Axilas Antiperspirant Atasi Masalah Ketiak Kuat Berpeluh Dan Berbau

Iye dekk.. hakak mengaku yang hakak juga ada masalah macam ni. Tambah-tambah lagi aku ni jenis yang selalu melakukan aktiviti outdoor. Bila duk beramai-ramai dengan kengkawan mula la dok terkepit-kepit je ketiak tu. Diam-diam duk bisik ngan orang sebelah, "ada bau pape tak??". Mujur la member pun jenis pandai coverline tapi hakikatnya MasyaAllah, rasa nak balik rumah time tu jugak sebab nak mandi. adoiiii... 


PUNCA MASALAH KETIAK KUAT BERPELUH DAN BERBAU


Sebenarnya, apa penyebab ketiak kuat berpeluh dan menghasilkan bau yang kurang enak ni ekk.. Hokey, dari pembacaan hakak, ni antara penyebab kenapa ketiak kuat berpeluh dan berbau :

Axilas Antiperspirant Atasi Masalah Ketiak Kuat Berpeluh Dan Berbau
Kurang keyakinan diri bila mempunyai masalah ketiak kuat berpeluh dan berbau

Faktor Pemakanan

Antara penyebab utama masalah ketiak berpeluh dan berbau adalah faktor pemakanan kita. Sebagai contoh pengambilan kafein yang terlalu tinggi, suka makan makanan yang pedas dan panas. Makanan seperti ini dapat meningkat suhu badan dan akhirnya menyebabkan kita berpeluh. Maybe tu juga faktor kenapa orang yang mempunyai tubuh comel dan kiut macam hakak ni lebih mudah menghadapi masalah ni. Lepas tu jenis makanan yang kita makan pulah menentukan bau yang keluar melalui peluh kita, contohnya bawang dan kari.. Husihhh, patut la kalau duduk dekat orang-orang yang kuat makan kari ni ada masalah tu... (Hakak percaya korang pun perasan kan bab ni.. iskk3x

Alkohol

Ok, yang ni hakak takde masalah sebab hakak tak minum minuman beralkohol. Tapi kita akan perasan bila duduk dengan golongan yang mengambil minuman ini. Sebenarnya minuman beralkohol dapat menyebabkan terjadinya pelebaran pembuluh darah pada tubuh yang dapat meningkatkan suhu tubuh, kemudian otak akan mengirimkan signal untuk mendinginkan tubuh dengan mengaktifkan kelenjar keringat. Di sini la punca yang menyebabkan kita kuat berpeluh dan mengeluarkan bau yang kurang selesa. So, mangsanya orang sebelah la.. adess

Faktor Pakaian

Percaya tak pemilihan pakaian juga membantu kepada penyumbang masalah ketiak kuat berpeluh dan berbau? Iye, ini kerana material kain yang digunakan ada yang jenis serap peluh dan ada yang tidak. Tu sebab ada beza untuk pakaian bersukan dan pakaian biasa. Jadi pilih la pakaian yang sesuai untuk setiap aktiviti kita

Rokok

Bab ni kena tanya orang yang merokok kerana katanya rokok yang mengandung nikotin dapat meningkatkan denyut jantung, tekanan darah serta meningkatkan suhu tubuh yang seterusnya menghasilkan peluh. Tapi bagi aku yang selalu duduk sebelah orang merokok ni memang kadang-kadang ada tercium bau yang kurang enak tu. Jadi kepada yang merokok tu, rajin-rajin la menjaga masalah ni supaya tidak menyesakkan hidung orang lain.. hehe

Ubat-ubatan Dan Jamu

Pengambilan beberapa jenis ubat dapat menjadikan peluh kita lebih banyak seperti ubat tekanan darah, antidepresan, ubat anti-inflamasi, dan beberapa ubat diabetes. Selain itu, pengambilan jamu juga akan mengalami masalah yang sama. Peluh menjadi lebih banyak kerana suhu badan yang meningkat dan bau dari ubat dan jamu ini akan keluar bersama-sama dengan peluh tersebut.


CARA MENGATASI MASALAH KETIAK KUAT BERPELUH DAN BERBAU


Bila dah baca penyebab masalah ketiak berpeluh dan berbau ni, memang tak dapat dielakkan kerana aku ni memang jenis kuat makan. Jadi macam mana nak elak? takkan nak kena berkorban dan kurangkan makan? ataupun duduk je kat rumah dan kurangkan aktiviti outdoor? Oh tidakkkk... mau mati kutu weiii kalau hari-hari mengadap dinding. Deodorant? hari-hari pakai tapi tak tahan lama la.. Kadang-kadang tu bila bau deodorant bercampur dengan bau peluh, makin masam ada lah.. So, maknanya kena rawat dulu masalah ketiak ni. 

Axilas Antiperspirant Atasi Masalah Ketiak Kuat Berpeluh Dan Berbau
Tips dan cara atasi masalah ketiak kuat berpeluh dan berbau dengan Axilas

Tapi nasib baik la aku jumpa Axilas Antiperspirant, salah satu produk keluaran GlamoHealth. Produk ini bukan sahaja bertindak sebagai deodorant tetapi dapat merawat masalah ketiak kuat berpeluh dan sekaligus dapat mengurangkan masalah berbau. Ia mampu merawat liang pori ketiak kita dari mengeluarkan peluh yang berlebihan. So, bila ketiak tak berlecak, kurang la bau kan. Pastu bau Axilas ni pun wangi dan dapat menutup segala bau-bau yang kurang enak tu.. Berita baik lagi, Axilas Antiperspirant ni juga dapat memutihkan ketiak tau. yippieeee.... tiada lagi masalah ketiak hitam. Ha, tu la kerap sangat cukur kan, tu sebab kulit ketiak jadi kusam. So, lepas ni jangan nak gatai charutt ketiak hakak hokeyyyyy... 


TESTIMONI SENDIRI TERHADAP AXILAS ANTIPERSPIRANT


Bagus betul la Axilas Antiperspirant ni. Hilang semua masalah yang aku hadapi selama ni. Setakat ni aku dah cuba 2 minggu dan kebetulan aku dapat produk ni sebelum pergi ke Lost World Of Tambun. Masa kat sana, hakak banyak buat aktiviti outdoor, siap masuk tunnel lagi. Tapi macam tak percaya pulak bila balik tu tak ada masalah ketiak berlecak pun. Bau pun kurang. Ni yang buat hakak sayang Axilas Antiperspirant ni. Lepas ni kalau ke mana-mana, wajib bawak. Nasib botol dia saiz kecik dan mudah nak bawa travel. Jom tengok apa lagi kebaikan Axilas Antiperspirant.

Axilas Antiperspirant Atasi Masalah Ketiak Kuat Berpeluh Dan Berbau
Lebih yakin selepas menggunakan Axilas Antiperspirant

Antara kebaikan mengunakan Axilas Antiperspirant ini adalah seperti berikut :

❤ Memutihkan ketiak.
❤ Hilangkan masalah bau badan dan ketiak dengan pantas.
❤ Badan akan merasa segar, kering dan bebas bau sepanjang hari.
❤ Lebih Yakin berhadapan dengan kawan kawan atau orang sekeliling.
❤ Tiada lagi perasaan malu kerana anda telah bebas dari masalah bau badan dan ketiak.
❤ Ketiak tidak rasa melekit lagi walaupun dalam situasi cuaca panas.
❤ Tiada lagi masalah baju di ketiak kekuningan.
❤ Hubungan suami isteri tiada lagi masalah bau badan.
❤ Mendapat pujian dari suami atau isteri anda.
❤ Stress akan hilang kerana bau pada ketiak anda hilang serta merta.


CARA MENGGUNAKAN AXILAS ANTIPERSPIRANT

Walaupun rupa paras Axilas Antiperspirant ni sama macam deodorant biasa tapi cara menggunakannya tak sama ye. Kalau goncang botolnya pun dapat rasa yang isi nya lebih cair berbanding deodorant biasa. So, setiap kali lepas guna, dinasihatkan tutup dengan rapat sebab takut tumpah. Berikut cara nak pakai Axilas Antiperspirant dan sekaligus hakak share bahan kandungan dalam produk ni :

Axilas Antiperspirant Atasi Masalah Ketiak Kuat Berpeluh Dan Berbau
Axilas bertindak sebagai deodorant sekaligus merawat kulit 

Cara penggunaan Axilas :

✔ Gunakan pada waktu malam 2 - 3 malam dalam masa seminggu dan selepas mencabut/mencukur bulu ketiak
✔ Pastikan permukaan kulit ketiak ketiak kering terlebih dahulu sebelum sapu Axilas.
✔ Sapukan (roller) nipis pada permukaan kulit ketiak sebanyak 2 kali atas dan bawah
✔ Bangun pagi cuci bahagian ketiak yang disapu Axilas dengan menggunakan sabun dan air

Note : 
Permukaan kulit yang lembab atau rosak tidak dibenarkan untuk menggunakan Axilas antiperspirant. So, kalau kulit melecet atau luka (lepas bercukur) jangan guna tau. Lagi satu, diingatkan supaya jangan menggunakan Axilas ni telalu banyak di permukaan kulit kerana ianya akan menyebabkan kulit ketiak anda lambat bertindak balas dan rosak.

Axilas Antiperspirant Atasi Masalah Ketiak Kuat Berpeluh Dan Berbau
Axilas Antiperspirant berkesan

Kandungan Axilas Antiperspirant :

✔ Ethanol Denat
✔ Aluminium Lactate
✔ Alimunium Choloride
✔ Cyclopentasiloxane
✔ Glyceryl Strearate
✔ Cetyl Palmitate
✔ Hydrogenated Microcrystalline Wax
✔ Hydrogenated Castor Oil

Axilas Antiperspirant Atasi Masalah Ketiak Kuat Berpeluh Dan Berbau
Penggunaan berterusan akan menyelesaikan masalah ketiak kuat berpeluh dan berbau

Seriusly bagi hakak, ini la produk yang dicari-cari selama ni. Axilas Antiperspirant memang terbaik. Sesiapa yang ada masalah ketiak kuat berpeluh dan berbau, saranan hakak cepat-cepat la bertindak dengan membeli Axilas Antiperspirant untuk mengatasinya. Tak mahal pun, sekotak hanya berharga RM 45 (SM) dan RM 50 (SS) je. So, jom mewangi dan rasai confident yang maksimum bersama Axilas Antiperspirant. Maklumat lanjut bolej rujuk : 

Facebook

Instagram 



You Might Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

  1. sapa2 badan cepat berbau tu mmg kena cuba la produk ni

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe