HIDANGAN TRADISI DI AYAM KAMPUNG VELODROME PREMIUM OUTLET

HIDANGAN TRADISI DI AYAM KAMPUNG VELODROME PREMIUM OUTLET | Assalamualaikum semua.. Bila nak pi makan, ha macam-macam yang terkeluar dalam kepala ni tapi dalam banyak-banyak makanan, memang tak boleh lawan hidangan kampung iaitu sajian tradisi kita. Iye la dekkk kalau dah nama tekak melayu ni memang tak boleh lari dari nasi, gulai, asam pedas, masak lemak cili api, ulam-ulaman dan ditambah pulak dengan sambal belacan. Perghhhh... mau menambah-nambah makan. 

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet

Sebut pasal menu hidangan tradisi selera kampung ni, aku nak share pasal satu restoran yang aku pergi baru-baru ni. Masa tu aku dengan geng Projek Travel lepak kat Dpulze Shopping Centre Cyberjaya. Biasanya kat shopping mall ni banyak fast food je tapi rupanya kat sini ada restoran yang menghidangkan menu makanan kampung. Apa lagi, kami beramai-ramai terus terjah dan makan kat situ. 

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet

Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet. Ha, macam kenal kan nama restoran ni. Iya, kalau sesiapa yang duduk area Cheras mesti tahu pasal restoran ni yang terkenal dengan keenakan Ayam Kampung nya. Tapi kini ia telah membuka cawangan di Cyberjaya dan ini merupakan outlet mereka yang ke-3. So, buat warga Cyberjaya lepas ni kalau nak makan ayam kampung dan juga hidangan selera kampung, tak yah mai Cheras. Korang just boleh datang ke Dpulze Shopping Centre aje.

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Tengah fikir  nak pilih set mana

Cewah-cewah, hakak ni dah macam promoter dah kan. Bukan apa, aku ni memang suka makan ayam kampung ni. Kalau makan mesti nak 2 ketul baru cukup.  Tapi kat sini ayam dia besar dan dalam bentuk set, jadi aku order satu je. Ada dua jenis set untuk ayam kampung sama ada Set Nasi Ayam Kampung ataupun Set Nasi Ayam Kampung Butter. Lauk lain kami order asing-asing dan share ramai-ramai. Buat stail hidang, baru la best kan. Nak tengok apa kami order?? Meh aku tunjuk : 

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Set Nasi Ayam Kampung

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Set Nasi Ayam Kampung Butter

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Siput sedut XL masak lemak

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Sayur Pucuk Ubi Tempoyak

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Ikan bakar talapia

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Ikan bakar keli

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Ikan bakar kembung

Haaa... amacam, terliur tak?? Aku siap mintak nasi tambah uolsss.. Sekali sekala pekena lauk-lauk gini beramai-ramai memang best. Tapi agak ralat sikit sebab aku tak ambik set Nasi Ayam Kampung Butter. Budak-budak ni yang pilih tu kata sedap. Takpe la, len kali datang sini nak try Set Nasi Ayam Kampung Butter plak. Paling puas hati bila dapat ayam kampung dan siput sedut yang besar. Kalau tempat lain comel-comel je. Yang ikan bakar tu pun sedap jugak tau. Pekena dengan air asam atau sambal belacan, perghhh.. terbaik.

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Satay ayam kampung

Untuk pencuci mulut, kami order satay ayam kampung. Pencuci mulut la sangat kan padahal nak cuba kelainan satay ni.. hehe.. Ternyata rasa dia memang berbeza dengan satay ayam biasa. Isi satay ayam kampung ni lebih manis dan lembut berbanding satay ayam biasa. Kuah kacang pun sedap, so memang combination yang meletops bila masuk dalam mulut. Hepp.. ni bukan ayat acah-acah nak bombastic tau tapi memang betul-betul sedap.

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Pelbagai air buah

Kalau dah makan, mesti ada air kan. Kang tercekik pulak. Kat sini aku suggest korang order air buah sebab air buah kat sini sedap pastu gelas besar pulak tu. Kiranya cuckup la untuk korang makan sambil-sambil minum. Rekemen kat korang air Kedondong Asam Boi LP, Air Durian Belanda Asli, Air Mangga dan Air Naga.

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Seronok makan ramai-ramai

Alhamdulillah, memang superb sedap makan kat sini. Selesa pun selesa sebab ruang kat sini luas. Ada dua ruang untuk pengunjung iaitu ruang 'Smoking Area' dan 'Non Smoking Area'. Oh ya, kalau restoran ayam kampung lain kena cedok sendiri kan. Ha, kat sini korang just order je, nanti makanan akan diserve untuk korang. Tu sebab namanya "Premium Outlet".

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Ruang luar dan dalam restoran

Masa kami pi tu, boss depa ada so dia bagitau sekarang ada promosi menarik daripada restoran ini iaitu :

Tawaran Sempena Hari Kemerdekaan
Sepanjang bulan Ogos ni pelanggan yang datang dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari dapat nikmati diskaun 50% bagi menu set ayam kampung, ayam kampung butter dan set nasi lemak ayam kampung.

Tawaran Buat Para Pelajar
Pelajar yang berkunjung ke sini, dapatkan diskaun 10% untuk menu yang anda makan. Hanya tunjukkan kad pelajar anda sahaja.

Ruangan Untuk Mengadakan Majlis
Bagi anda yang ingin mengadakan sebarang majlis di sini, anda tidak perlu bayar sewa untuk tempat. Hanya perlu bayar untuk harga makanan yang disediakan oleh pihak restoran sahaja.

Hidangan Tradisi Di Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet
Sape nak makan lauk pauk kampung macam ni, mai sini tau

So, kalau korang datang shopping kat Dpulze Shopping Centre bersama keluarga atau kawan-kawan, jangan lupa ajak sekali depa makan kat Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet yang terletak di :
Alamat :
Lot EX-GW-01 Aras G
DPulze Shopping Centre Cyberjaya

Facebook : 

Telefon : 
010 300 3077


Post a Comment

8 Comments

  1. Eh susahnya nak buat pilihan! ayam butter tu pun nampak sedap. kak bee nanti jom bawak sayaaa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg ckp ayam butter tu sedapppp... jejomsssss

      Delete
  2. Wah....nampak sedap! tak pernah tahu pun velodrome ada nasi ayam kampung yang cambest ni padahal dekat je dengan rumah...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua cawangan. Satu kat Cheras dan satu lg kat cyberjaya ^_^

      Delete