PENGETAHUAN MENGENAI ZAKAT MELALUI YOUTUBE PPZTV

6.8.17

PENGETAHUAN MENGENAI ZAKAT MELALUI YOUTUBE PPZTV | Assalamualaikum semua.. Zaman sekarang ni lebih mudah dan cepat sahaja untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Tambahan pula mengenai isu-isu hangat. Kalau bab yang hangit jangan cakap la, baru post seminit dah berdesup orang viralkan 😂.. Ini la yang dinamakan dunia tanpa sempadan. Tak kira la sama ada dalam bentuk bahan bacaan mahupun secara visual. Semuanya boleh diakses dengan mudah tambahan sekarang ada kemudahan Facebook, Instagram dan juga Youtube. Jadinya, terpulang kepada kita la nak memilih info yang macam mana sebagai santapan minda. Gichuuuuu... usihhh awat skema sangat ayat aku ni.. 

Pengetahuan Mengenai Zakat Melalui Youtube PPZTV
Pengetahuan Mengenai Zakat Melalui Youtube PPZTV

Sebenarnya, tu mukadimah je. Tapi yang aku nak highlight sekarang ni mengenai satu channel youtube yang aku jumpa masa bulan Ramadhan lepas. Masa tu aku tengah mencari info mengenai Zakat. Nampak sangat time bulan puasa je ingat zakat.. adess.. Takde la, tak salah kan nak cari info yang lebih mendalam pasal zakat ni. Nak tanya orang segan, mujur jumpa satu channel youtube yang ada menerangkan mengenai zakat iaitu di Channel Youtube PPZTV

Bagus betul ada Channel Youtube  PPZTV ni, banyak info-info serta penerangan mengenai zakat yang boleh diperolehi di situ. Bermula dari apa itu Zakat hinggalah ke mana hasil zakat tu diagihkan, semua ada. Jadi kepada korang-korang yang masih musykil dan ragu-ragu pasal cara pengagihan hasil zakat, boleh rujuk kat situ. Ada juga info berkenaan golongan Asnaf dan siapakah mereka. Tutorial cara bayar zakat melalui online pun ada. So, mudah la kalau nak bayar zakat nanti, online jerrr.. 

Pengetahuan Mengenai Zakat Melalui Youtube PPZTV
Pengetahuan Mengenai Zakat Melalui Youtube PPZTV

Kalau sebut mengenai info-info berkaitan agama ni mesti korang akan rasa boring kan.. Hamboiii, kalau video dedah sana sini korang suka pulak ekkk... hehe.. oppss, jangan sentap tau. Tapi itu la lumrahnya kan. Cuma kat sini aku nak bagitau yang channel youtube PPZTV ni xde la boring sebab cara penyampaian video dia menarik dan mudah difahami. Ada juga versi animasi yang comel dan kelakar. Sangat sesuai untuk tontonan kanak-kanak juga. Tak salah kan kalau kita selitkan video-video sebegini untuk tontonan anak-anak kita. Ha, takde la dah tua bangka baru nak paham pasal zakat.. 🙊


So, kepada korang-korang yang mendalami dan mengetahui segala info mengenai zakat, aku suggest korang layari di Channel youtube PPZTV sebab ada banyak info yang bermanfaat di situ. Alang-alang dah tengok, jangan lupa subscribe dan share di laman media sosial korang tau. Sama-sama kita kongsikan ilmu yang bermanfaat ni kepada orang-orang yang kita sayang.... Channel apeee??? ha, tekan link kat bawah ni... adiosss


Channel Youtube PPZTV
https://www.youtube.com/user/ppztv


You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. thanks for sharing with us :D may God bless you!

    ReplyDelete
  2. bagusnya dengan ada tutorial di youtube...lagipun youtube adalah antara media sosial yang mendapat sambutan dari semua golongan

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe