SNEK SEDAP DI DAIRY TOOTH ICE HOUSE

22.8.17

SNEK SEDAP DI DAIRY TOOTH ICE HOUSE | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni aku pergi ke Sunway Pyramid untuk merasai sendiri keenakan Egg Puffs dan Hong Kong Milk Tea yang asyik lalu je kat timeline aku. Mana aci weiii dok tengok member-member sume post. Aku pun nak rasa jugak.. haha..

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House

Masa lalu dekat area Maxis Centre dari jauh aku dah tercium bau yang sangat sedap. Masa tu perut aku yang acah-acah kenyang terus jadi lapar. Rupa-rupanya bau yang sedap tu datang dari Dairy Tooth Ice House. Patut la depa dok puji sedap, rupanya dari bau pun dah mampu buat orang tergoda. Ni yang buat aku tak sabar nak order ni... Sabaq no wahai perut. 

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Ini la rupa Egg Puffs yang famous di Hong Kong

Tadaaaa.. Ini la rupa Egg Puffs di Dairy Tooth Ice House yang famous dan sedap tu. Snek istimewa yang berasal dari Hong Kong dan sesuai dimakan oleh pelbagai peringkat umur. Uniknya egg puffs kat sini kerana ia berbentuk bulat-bulat seperti papan telur. Bila makan terasa kelembutan di bahagian bulat-bulat tu tetapi rangup di bahagian tepi. Disarankan makan masa panas-panas dan aku yakin mesti ramai yang makan on the spot sebab tergoda dengan baunya. Ada 5 perisa yang boleh dipilih mengikut selera masing-masing iaitu DT Original HK Egg Puffs, Sesame Egg Puffs, Chocolate Eggs Puffs, Seaweed Egg Puffs dan Cheese Egg Puffs. Ikut hati nak je order semua tapi jangan tamak, nak makan sorang je kan. Tapi aku rekemen yang Cheese Egg Puffs. Sedappp...

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Pembuatan Egg Puffs

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Acuan yang berbentuk bulat-bulat

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Chocolate Eggs Puffs

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
DT Original HK Egg Puffs

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Sedap makan panas-panas

Selain dari Egg puffs, kat Dairy Tooth Ice House ni ada juga menjual Polo Bun, Waffle dan French Toast. Polo Bun ni sedap dan lembut je rotinya. Yang special pasal Polo Bun ni adalah di bahagian tengah ada butter manakala di bahagian atas pula ada diletakkan caramel. Rasa manis-manis masin gitu. Waffle pulak ada pilihan Chocolate, Peanut dan Kaya. Nak campur pun boleh. Manakala untuk French Toast pula ada Ice Cream French Toast, Peanut Butter French Toast, Butter Sugar French Toast, Chocolate French Toast, dan Spicy Meat Floss French Toast. Jadi kalau ada yang tak nak order egg puffs, boleh je order menu lain ni kan.

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Polo Bun

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Waffles

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Perisa Waffle boleh campur
Untuk air pulak, harus la aku order air yang famous kat sini iaitu DT Signature HK Milk Tea. Maybe rasanya lain sedikit dari teh ais kita tapi tak salah kalau nak cuba kan. Tapi aku yakin penggemar Hong Kong Milk Tea, ni la peluang korang nak merasai keenakannya kerana sekarang ada harga promosi iaitu RM2 sahaja. MURAH weiii... Kalau nak order air lain pun ada jugak. Tapi takde harga istimewa la.. hehe

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
DT Signature HK Milk Tea

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Minuman lain yang boleh diorder

Rupa-rupanya sedap-sedap juga ekk snek dari Hong Kong ni. Patut la dah ada 3 cawangan kat Malaysia ni. Katanya yang kat Sunway Pyramid ni adalah cawangan ketiga dan baru dibuka bulan Julai lepas. Elok juga kan ada pilihan makanan sebegini. Yela, kalau nak ke Hong Kong tu tah bila zaman la nak sampai. Lagipun kat sana of course kita was was nak makan. So, kalau korang nak rasa keenakan Egg Puffs yang sedap ni, datang la ke Dairy Tooth Ice House yang terletak di Berjaya Times Square, Jaya One dan Sunway Pyramid.

Snek Sedap Di Dairy Tooth Ice House
Dairy Tooth Ice House

Facebook : 

Instagram : 




You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Bestnya kak. Kena makan panas-panas baru sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... makan panas-panas sedap. rangup kat tepi2 dia

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe