5 SEBAB KENAPA AKU PILIH PRODUK HIMALAYA

5 SEBAB KENAPA AKU PILIH PRODUK HIMALAYA | Assalamualaikum semua.. Mungkin ada yang perasan aku kerap update pasal produk Himalaya kan. Iye, sejak pertama kali mencuba, Alhamdulillah aku masih menggunakan produk tersebut hingga ke hari ini. Bukan senang aku nak setia dengan sesuatu produk tapi itulah, produk Himalaya ni memang lain dari yang lain. Nak tau kenapa aku pilih produk Himalaya ? Ha ini sebab-sebab nya :

5 Sebab Kenapa Aku Pilih Produk Himalaya
5 Sebab Kenapa Aku Pilih Produk Himalaya

Produk Himalaya Diperbuat Dari Bahan Semulajadi
Walaupun terdapat banyak pilihan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran, kita tak boleh pilih sebarangan. Banyak faktor yang perlu diteliti sebelum memilih sesuatu produk tersebut. Paling penting adalah kandungan bahan yang digunakan. Bayangkan ada yang sanggup meletak bahan kimia semata-mata untuk memberi kesan yang cepat tapi sebenarnya untuk kesan jangka panjang tak elok untuk kulit. Mujur produk Himalaya tak macam tu kerana produk ini diperbuat dari 100% bahan semulajadi dan tidak mengandungi "Parabens".

5 Sebab Kenapa Aku Pilih Produk Himalaya
Produk Himalaya Diperbuat Dari Bahan Semulajadi

Merangkumi Produk Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki
Percaya tak kalau aku cakap yang produk Himalaya ni ada mengeluarkan segala jenis produk yang kita perlukan dari hujung rambut hingga hujung kaki? Iye, baik dari kesihatan mahupun kecantikan semua ada. Ada produk untuk Penjagaan Wajah, Penjagaan Badan, Penjagaan Tangan dan Kaki, Penjagaan Rambut, Penjagaan Bayi, Penjagaan Kesihatan  dan Penjagaan Mulut. Semua ada, tinggal nak pi beli je.. hehe

5 Sebab Kenapa Aku Pilih Produk Himalaya
Produk Himalaya untuk Kecantikan dan Kesihatan


Mempunyai Testimoni Yang Positif
Orang kata kalau nak tengok produk tu bagus ke tidak, kita boleh tengok melalui testimoni pelanggan. Setakat perkongsian aku mengenai produk ni, ramai yang bagi feedback positif. Ternyata ramai juga rupanya pengguna produk Himalaya dan berpuas hati dengan kesannya. Bagi diri aku sendiri pun sangat menyukai produk ni. Tu yang setia sampai sekarang. hehe

5 Sebab Kenapa Aku Pilih Produk Himalaya
Testimoni Yang Positif

Mudah Didapati Di Pasaran
Ada sesetengah produk susah nak beli. Hanya boleh dibeli melalui stokis atau agent sahaja. Tapi kalau produk Himalaya ni, kat Watsons pun ada jual. Lepas tu kat shopping mall terkemuka pun dah ada outlet khas untuk produk Himalaya. So, tak payah susah-susah nak cari kat mana nak beli produk Himalaya ni. 

5 Sebab Kenapa Aku Pilih Produk Himalaya
Mudah Didapati Di Pasaran

Mudah Dibawa Ke Mana-Mana
Menariknya mengenai produk Himalaya ni adalah sebab ia mudah dibawa travel. Ini kerana produk Himalaya didatangkan dalam pelbagai saiz pek mengikut keperluan kita. So, sebagai blogger yang selalu travel, tu sebab aku suka produk ni dan tak mempunyai masalah nak bawa ke mana sahaja hatta travel ke oversea dengan menaiki kapal terbang. Mudah kan. Masa pergi Lost World Of Tambun baru ni pun aku hangkut jugak produk Himalaya ni ke sana. Aku bawak Neem Face Wash 100ml, Protein Shampoo Gentle daily care Shampoo 200ml, Clear complexion whitening day cream 50ml, Neem caps dan Koflet lozenges. Seronok dapat manjakan diri dengan produk Himalaya di mana jua.

5 Sebab Kenapa Aku Pilih Produk Himalaya
Mudah Dibawa Ke Mana-Mana termasuk Travel ke Oversea

Ha, ni la antara sebab-sebab kenapa aku pilih produk Himalaya sebagai produk seharian untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Kalau korang, macam mana pulak? Ha, apa kata korang komen kat bawah untuk perkongsian kita bersama. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Himalaya pula, boleh rujuk link di bawah :


Facebook :

Instagram :




Post a Comment

5 Comments

  1. suka juga produk himalaya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun.. skang memang pakai himalaya termasuk ubat gigi.. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. View tu semua kat dalam Lost World of Tambun kecuali yg kedai Himalaya tu.. ^_^

      Delete
  3. It is perfect time to make some plans for the future and it is time to be happy. I've read this post and if I could I desire to suggest you some interesting things or suggestions. Perhaps you could write next articles referring to this article. I want to read more things about it!
    seo certification course

    ReplyDelete