CABARAN MENEROKA SIXTH MILES TUNNEL DI LOST WORLD OF TAMBUN

11.9.17

CABARAN MENEROKA SIXTH MILES TUNNEL DI LOST WORLD OF TAMBUN | Assalamualaikum semua.. Korang ingat tak dalam entri sebelum ni iaitu dalam entri TARIKAN TERBARU DAN MENARIK DI LOST WORLD OF TAMBUN aku ada sebut pasal satu aktiviti menarik yang kami lakukan di Lost World Of Tambun tempoh hari. Ha, ni la nak share dengan korang. Petang tu kami dikejutkan dengan satu aktiviti yang tak dijangkakan iaitu Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun.

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun

Selepas diberitahu tu kelam kabut jugak kami. Ye la, ada yang tak bawak pakaian yang bersesuaian, ada yang tak bawak kasut dan ada jugak yang cuak sebab katanya kena masuk air. Ha, yang cuak tu aku la sebab aku ni ada masalah fobia air. Tah bila nak hilang fobia tu tak tau la. Tapi kalau takat berendam tu ok la. Cuma cuak kalau kaki tak capai dasar walaupun pakai life jacket. Tapi tak pe, akan ku sahut juga cabaran untuk meneroka 6th Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun ni. Caiyokkk...

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Muka happy nak masuk tunnel

Lepas makan tengah hari dan solat, kami berkumpul semula untuk bersedia sedia melakukan aktiviti lasak kejap lagi. Kami dibekalkan dengan beberapa kelengkapan keselematan seperti safety helmet, head lamp, life jacket, air mineral dan energy bar. Setelah semua dah ready, maka kami pun memulakan perjalanan dan diketuai oleh En Muhamad Syahdan Mat Rodzi yang bertindak sebagai jurupandu kami. Oh ya, memandangkan aktiviti ni kami perlu menyusuri air jadi kami dinasihatkan meninggalkan segala gajet yang ada. Alaaaa.. dah la tak bawak casing xiaomi, beg kalis air pun tak bawak jugak. Mujur Moka bawak gopro dia, so pakat tumpang selfie je la.. Ada jugak la gambar kenangan.. Tq Moka.. hehe

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Walaupun tak bersedia, cabaran harus disahut

Untuk pergi ke pintu masuk Sixth Miles Tunnel ni, kami perlu menaiki bot dan merentasi Tasik Boga. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan dan aku join group yang pertama. Masa tu macam-macam perasaan bercampur baur. Nervous, excited, cuak, semua ada tapi walau macam mana pun tak boleh ngelat dah masa tu. Nak tak nak, kena jugak harungi aktiviti ni. Dah-dah, tak mau pikir banyak, just nak enjoy je experience ni sambil melihat dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Ok, sambung balik cerita..

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Menaiki bot merentasi tasik Boga

Selepas semua dah berkumpul di seberang tasik Boga, kami perlu berjalan lebih kurang 10 minit dan perlu melalui kawasan perumahan. Cantik-cantik rumah kat sini tapi padan la dengan harganya. Kalau la banyak duit, boleh beli sebijik kat sini sebab tempatnya tenang dan privacy gitu. Lanskap dan pemandangan sekeliling pun cantik. Sejuk mata memandang. Bagi kami yang lalu sini seramm pulak rasanya sebab kami ni kan geng Makcik Bawang, alergik sket kalau kawasan sunyi sepi ni. Tapi sebagai menghormati kejiranan, terpaksa la perlahankan volume suara masa lalu sini. Cakap pun bisik-bisik aje.. hehe...

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Berjalan kaki ke tempat terletaknya tunnel

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Menuju ke Tunnel dengsn perasaan berdebar-debar

Setelah berjalan hampir 10 minit, kami sampai ke kawasan pintu masuk tunnel yang terletak di tapak X-Camp. Sekali lagi kami berkumpul di situ dan diberi taklimat mengenai pantang larang dan juga aspek-aspek keselamatan yang perlu di patuhi. Almaklum la, kita masuk kawasan orang kan so kena la jaga adab. Tetiba rasa seram pulak.. huhu

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
X-Camp

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Briefing sebelum memasuki tunnel

Dari tempat berkumpul tu, kami dah nampak dah pintu masuk Tunnel tu tapi kan kami perlu mengharungi kawasan paya yang penuh dengan selut kat dasarnya. Jadi, kami perlu mengapungkan diri dengan berpaut pada tali untuk merentasi kawasan paya tu. Ha, memandangkan aku ni bab mengapungkan diri memang fail, alamatnya kena la cari alternatif lain. Nasib baik ada rakit yang diperbuat dari buluh dan tong. So, dengan fefeling princess maka duduk la aku atas rakit tu sambil ditarik oleh jurupandu kami.

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Kena merentasi paya

Bila dah sampai seberang paya tu, kawasannya agak berbatu dan air kat situ lebih jernih dan di situ lah pintu masuk Tunnel. Tak besar pun lebih kurang muat dua orang je kalau sekali masuk. Tapi untuk keselamatan, kami akan bergerak seorang demi seorang dalam bentuk barisan. Pada masa ni head lamp perlu dipasang kerana kawasan dalam tunnel sangat gelap. Untuk sampai ke penghujung tunnel kami perlu mengharungi kawasan yang sempit dan gelap ni sepanjang 3 batu. Manakala untuk pulang juga perlu melalui jalan yang sama iaitu sepanjang 3 batu juga. Itulah sebabnya nama tempat ni Sixth Miles Tunnel.

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Dah sampai pintu masuk tunnel

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Keadaan dalam tunnel yang dipenuhi air dan gelap

Sepanjang perjalanan dalam tunnel ni kami perlu menyusuri kawasan yang berair dan berbatu. Jadi tu pentingnya memakai kasut yang bersesuai agar kaki tidak luka atau sakit. Pada awalnya, air dalam tunnel tu tinggi jugak la sampai paras peha. Masa tu dapat la tengok ikan berenang-renang tepi kaki. Terus rasa teruja dan tak sabar nak tengok apa lagi yang ada dalam tunnel ni. Makin ke dalam, paras air makin cetak tapi batu makin banyak, so kami kena lebih berhati-hati bila melangkah. Ada certain tempat tu bumbung tunnel rendah dan kami perlu tunduk untuk mengelakkan terhantuk. Nasib baik ada safety helmet, kalau tak mau benjol kepala. Pastu kami juga dinasihatkan berhati-hati kalau nak pegang bahagian dinding tunnel sebab takut terpegang kawasan penginapan binatang berbisa. Jadi, buat masa ni memang kena fokus dan peka dengan sekeliling untuk keselamatan.

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Kami perlu bergerak seorang demi seorang berjalan

Sampai satu tempat tu, aku perasan yang dindingnya berkilauan apabila terkena sinaran head lamp. Rupanya itulah kawasan di mana pembentukan kristal berlaku. Subhanallah, betapa cantiknya ciptaan Allah. Rasa teruja dapat tengok depan mata sendiri kecantikan dan kilauan kristal yang telah matang di depan mata. Inilah kawasan yang digelar The Princess. Jurupandu kami iaitu En Muhamad Syahdan menasihati kami supaya jangan sentuh kristal tersebut kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan kristal ni. So, kami hanya mampu melihat sahaja. Selain dari tu, kami juga dapat melihat rupa bentuk stalaktit dan stalagmit dan juga titisan air yang jatuh dari bumbung tunnel seolah-olah air terjun kerana dipercayai di bahagian atas ada sungai atau punca air. Cantik sangat..

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Kristal

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
stalaktit dan stalagmit

Menurut En Muhamad Syahdan, Sixth Miles Tunnel ni dahulunya pernah digunakan oleh pihak komunis dan juga pelombong bijih timah. Jadi, sepanjang perjalanan dalam tunnel ni terdapat banyak tinggalan-tinggalan sejarah sebagai bukti kewujudan mereka suatu ketika dulu. Sebagai contoh, ada satu kawasan tu kami dapat tengok ruang-ruang dinding ditebuk seperti bilik dan terdapat susunan batu yang disusun secara rapi di tepi dinding tunnel. Kemungkinan ia adalah untuk menahan dinding tunnel dan bertindak sebagai empangan jika paras air naik. Selain tu kami juga dapat melihat beberapa peralatan melombong dan juga serpihan tembikar yang ditinggalkan di situ. Dah rasa macam ahli arkeologi pulak bila tengok hasil tinggalan sejarah ni. Teringin nak tau lebih lanjut apakah kisah yang berlaku zaman dahulu. Tapi tu la, yang tinggal hanyalah kesan-kesan sejarah je. Jadi memang wajar tempat-tempat sebegini dikekalkan dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Penghujung tunnel

Setelah menyusuri tunnel sejauh 3 batu, akhirnya kami berjaya sampai ke hujung. Penat jugak mengharungi air dan kawasan berbatu selama hampir sejam. Mujur la ada bekalan energy bar dan air mineral. Jadi kami pun berehat sebentar lebih kurang setengah jam gitu la sebelum meneruskan perjalanan untuk balik. Laluan balik adalah laluan yang sama juga, so maknanya kena berjalan 3 batu lagi la jawabnya. Tapi pelik, time balik rasa laju plak. Mungkin sebab dah tau kot laluannya. Akhirnya kami sampai semula ke pintu tunnel. Sekali kali kami perlu merentasi paya untuk kembali ke X-Camp. Tapi kali ni aku mencabar diri untuk merentasi tanpa menggunakan rakit atas dorongan kengkawan. Walaupun bukan dengan cara mengapungkan diri (sebab memang failed bab tu) akhirnya berjaya jugak sampai ke hujung. Geli jugak la tapak kaki sebab terpijak selut kat dasar tu. Takpe la, yang penting misi menawan Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun berjaya.. yippieee... 

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Berehat sebentar sebelum perjalanan pulang

Cabaran Meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun
Gembira dapat menyahut cabaran meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun

Alhamdulillah, setelah mengharungi lebih kurang 4 jam perjalanan, kami akhirnya sampai semula ke tapak Glamping dengan selamat. Walaupun pada mulanya semua tak bersedia dari segi mental dan fizikal tapi semua berjaya menyahut cabaran untuk meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun dengan jayanya. Inilah pengalaman yang takkan dapat dilupakan dimana kami dapat melihat sendiri keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Syukur Alhamdulillah. Kepada korang semua, kalau ada rezeki dan peluang, aku sarankan korang cuba la sendiri untuk merasai pengalaman meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun. Memang besttt... Maklumat lanjut rujuk di bawah :





You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe