KOLEKSI TARI SERUMPUN DI MATIC KUALA LUMPUR

by - 28.11.17

KOLEKSI TARI SERUMPUN DI MATIC KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan lagi untuk pergi melihat persembahan tarian kebudayaan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur. Sebagai generasi baru, persembahan sebegini sangat bagus untuk mendekatkan diri kita kepada elemen-elemen kesenian yang mungkin kita tidak ketahui. Jujur aku cakap, aku cuma tau beberapa jenis tarian je seperti zapin, mak yong, ulik mayang dan joget. Tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis tarian yang ada. Haiissshhh, mujur la ada program macam ni kan. Dapat jugak mengenal jenis-jenis tarian yang ada.

Koleksi Tari Serumpun Di MaTiC Kuala Lumpur
Koleksi Tari Serumpun Di MaTiC Kuala Lumpur

PANGGUNG SENI TRADISIONAL

Persembahan tarian yang aku pergi ni diberi nama Koleksi Tari Serumpun dan merupakan pengisian terakhir iaitu Siri IV bagi program Panggung Seni Tradisional 2017. Apa pulak Panggung Seni Tradisional ni? Ha, kalau korang nak tau rujuk bawah ni :

  • Medium untuk Persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik
  • Dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013 hingga kini
  • Setakat ni telah mementaskan 25 kesenian tradisional 
  • Merangkumi 3 genre iaitu tari, muzik da teater
  • melibatkan 50 kumpula kesenian dan 1016 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian dan badan bukan kerajaan
  • Untuk tahun ni terdapat 4 pengisian iaitu :
    • Opera Cina
    • Koleksi Tari Klasik India 
    • Teater Tradisional (Melayu) Jikey
    • Koleksi Tari Serumpun

Koleksi Tari Serumpun Di MaTiC Kuala Lumpur

KOLEKSI TARI SERUMPUN

Korang tau ke kat Malaysia ni ada berapa jenis tarian? Rasanya tak terkira kot. Lagipun tarian yang ada di sini di bawah lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik serumpun Kepulauan Melayu. Maksudnya bukan di Malaysia sahaja sebaliknya merangkumi kepulauan Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand. Ooo.. patut la masa tengok Koleksi Tari Serumpun tempoh hari ada wakil dari Indonesia dan Thailand. Antara tarian yang dipersembahkan adalah :

  • Ceracap Inai
  • Rodat
  • Dabus
  • Kuda Kepang
  • Asli Lenggang Patah 9
  • Joget Serampang 12
  • Zapin Sebat
  • Zapin Brunei
  • Zapin Tenglu
  • Jepin Suara Siam
  • Serng Krapo
  • Jong Jong Inai
  • Tempurung + Tumbuk Kalang
  • Wau Bulan

Teruja aku tengok lenggok tari yang ditonjolkan oleh setiap penari. Rasa macam nak join sekali menari. Tapi apakan daya, lenggok aku keras. Kang jadi tarian robot plak..haha. Sebenarnya bagus tau ada persembahan macam ni. Selain berhibur banyak ilmu baru yang kita dapat tahu terutama mengenai kesenian dan kebudayaan. Sebagai contoh macam tarian zapin, selama ni aku ingat cuma satu jenis je dari Johor, rupanya ada banyak lagi jenis-jenis tarian zapin. So, hopefully pihak JKKN dapat meneruskan program sebegini agar kesenian kita tetap akan kukuh walaupun dilanda arus kemodenan. Bak kata pepatah 'Tak Lapuk dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas'. Adiossss..

You May Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Menarik jugak sekali sekala tengok tarian macam ni.. dah lama tak tengok tarian traditional macam ni.

    ReplyDelete