WOW ! ELFIRA LOY, FAZURA DAN FATTAH AMIN DUTA MAYDAN

by - 15.11.17

WOW ! ELFIRA LOY, FAZURA DAN FATTAH AMIN DUTA MAYDAN | Assalamualaikum semua.. Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada 3 orang selebriti terkenal tanah air iaitu Elfira Loy, Fazura dan Fattah Amin yang telah dipilih sebagai duta kepada produk kecantikan dan kesihatan iaitu Maydan. Mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai produk Maydan ni tetapi percaya tak kalau aku kata yang produk ni baru aja di pasaran pada bulan May yang lalu tapi mampu bersaing dan duduk sebaris dengan jenama lain di pasaran. Ha, ini semua hasil pendekatan yang diambil oleh pengasas produk ini sendiri yang memilih untuk mendekati pengguna melalui kaedah Road Tour dan Beramah Mesra bersama Duta produk Maydan sendiri.

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan

Bagi korang yang belum tahu pasal Maydan, produk ini adalah hasil dari gabungan dua beradik yang ingin berkongsi dengan orang ramai mengenai keberkesanan produk Maydan terutamanya Shampoo & Hair Moisturizer di mana produk ini merupakan killer product mereka. Actually nama Maydan tu pun adalah gabungan nama kedua beradik ni iaitu MAYa dan DANa. Selain tu, nama tu pun kebetulan sama dengan bulan May di mana produk ini dilancarkan. Best kan bila adik-beradik ada minat yang sama dan memulakan perniagaan bersama.

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Pengasas Maydan bersama Elfira Loy

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Duta Maydan Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura
Tampil dengan tagline "Dan Dan Menjadi" setakat ni Maydan mengeluarkan 3 jenis produk yang telah berada di pasaran iaitu Shampoo & Hair Moisturizer (killer product mereka), Q-Tab Tablet dan Lock It Hydrating Serum. Yang menariknya, kan ada 3 orang duta so setiap satu produk diwakili oleh seorang duta iaitu :


  • Q-Tab Tablet - Fazura
  • Shampoo & Hair Moisturizer - Fattah Amin
  • Lock It Hydrating Serum - Elfira Loy

Q-Tab Tablet

Pada mulanya aku ingatkan Q-Tab Tablet ni adalah untuk merawatkan mencantikkan kulit semata tapi rupanya ia adalah untuk menjaga kesihatan rambut dari dalam dan luar. Kandungan dalam Q-Tab Tablet ada Acai Berry, Grape Seed, Pomegranate Extract dan Olive Oil. Pengambilan Q-Tab Tablet dapat membantu untuk menguatkan akar rambut, membantu dalam pertumbuhan rambut, mengurangkan keguguran rambut dan merawat masalah kelemumur. Selain tu, dalam kandungan Q-Tab Tablet juga ada N-Acetyl Cysteine Collagen yang bagus untuk kuku. Wow, first time jumpa tablet yang bagus untuk rambut, kulit dan kuku macam ni. Nak makan pun senang. hanya kunyah je sebiji waktu pagi dan sebiji waktu malam.

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Q-Tab Tablet

Sebotol = 60 tablets
Harga RM100


Shampoo & Hair Moisturizer

Aku pasti ramai di luar sana yang mempunyai masalah yang sama macam aku iaitu rambut nipis, gugur, bercabang dan berkelemumur. Takkan tiap-tiap minggu nak pi saloon, kokak la duit.. huhu. Tapi kini dah tak perlu risau. Hanya guna aje shampoo dan moisturizer dari Maydan. Siyesly, mulanya aku pun rasa produk mesti sama je macam produk lain tapi lepas seminggu guna dah dapat rasa perubahan. Produk ni aku dapat masa sesi Meet & Greet Bersama Duta Maydan tempoh hari. Tu yang terus guna. Tak sangka sekarang dah jatuh cinta dengan shampoo ni. Korang pun kena try tau...

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Shampoo & Hair Moisturizer

Sebotol = 250 ml
Harga = RM75

Lock It Hydrating Serum

Ha, bagi kecantikan kulit pulak Maydan mengeluarkan produk Lock It Hydrating Serum di mana ia memberi kelembapan dan nutrien kepada kulit supaya menjadi lebih licin dan lembut. Percaya tak kalau aku kata Elfira sendiri telah menggunakan 3 kotak Lock It Hydrating Serum ni. Iyee wak, walaupun dia duta tapi dia juga adalah pengguna produk ni. Ini baru betul-betul duta kan.  hehe

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Lock It Hydrating Serum

Sekotak = 5 botol bersaiz 4 ml
Harga = RM80

Minggu lepas aku berkesempatan singgah ke Melawati Mall dan menghadiri Meet & Greet bersama Duta Maydan. Time aku pergi tu ada Elfira Loy je sebab sessi dia waktu petang. Fattah Amin pulak sessi malam. Alahai ruginya tak dapat stay sampai malam. Kalau tak dah boleh jumpa Fattah Amin. Tapi jumpa Elfira Loy pun best sebab dia sangat cantik dan humble. Pada petang tu EL juga sempat berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk Maydan terutamanya Serum Lock It.

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Meet & Greet bersama Elfira Loy

Sape datang time Meet & Greet ni best tau sebab kalau beli mana-mana produk Maydan akan dapat shampoo secara Percuma. Iya Percuma wakkk... Pastu dapat selfie bersama Duta Maydan lagi.. Untung la kan. Haishh, rugi tak tunggu sampai malam. Dengar kata ramai yang datang untuk berjumpa dengan Fattah Amin. Masa sessi Elfira Loy pun tak kurang hebatnya. Ramai peminat Elfira datang dan support produk Maydan sekaligus selfie bersama Elfira termasuk aku le.. Musti laaa bergambar jugak buat kenangan kan.. heheheehehe

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Elfira Loy pelakon dari zaman kanak-kanak hingga dewasa dan makin cantik 

Ok la, sesiapa yang nak beli produk Maydan ni, boleh dapatkan di website mereka ataupun kalau berkesempatan datang ke lokasi di mana mereka mengadakan sesi Road Tour. Siyes aku cakap produk mereka berbaloi sangat sebab produk mereka berkualiti tapi dengan harga yang reasonable. Mana la tau dah pakai nanti boleh jadi cantik dan hensem macam ketiga-tiga Duta Maydan kan.. hehe.. Maklumat lanjut boleh rujuk kat bawah :

Wow ! Elfira Loy, Fazura Dan Fattah Amin Duta Maydan
Yeayy... dapat shampoo & moisturizer. Tak sabar nak guna

Website :

Facebook :

Instagram :



You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥