KERJASAMA CADS DAN COURSERA LANCAR KURSUS DALAM TALIAN ANTARABANGSA

KERJASAMA CADS DAN COURSERA LANCAR KURSUS DALAM TALIAN ANTARABANGSA | Assalamualaikum semua.. Hari ni aku berkesempatan menghadiri satu sidang media mengenai kerjasama di antara CADS dan juga Coursera bagi melancarkan kursus dalam talian antarabangsa (E-learning). Majlis ini di adakan di Connexion @  The Vertical, Bangsar South

Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa
Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa

Dalam majlis ini juga pertukaran Memorandum Persefahaman telah dilakukan di antara Encik Cheam Tat Inn (Pengarah Urusan di CADS), Encik Matthew Klein (Pengurus Perkongsian Kerajaan Antarabangsa di Coursera), Cik Sharala Axryd (Ketua Pegawai Eksekutif ADAX) dan juga Dr. Karl Ng Hou (Pengarah Bahagian Data Ekonomi di MDEC).

Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa
Pertukaran Memorandum Persefahaman

Melalui kerjasama ini, golongan pekerja profesional dan para pelajar di universiti boleh meneruskan kerjaya impian mereka dalam bidang sains data dengan menamatkan program pendidikan secara talian dalam tempoh setahun dan memanfaatkan 11 kursus dalam talian melalui piawaian antarabangsa yang ditawarkan oleh institusi global terkenal. Para pelajar juga akan mempunyai akses kepada Hub Pembelajaran CADS beserta sesi tuisyen peribadi dengan para penyelidik data yang terlatih dan berpengalaman. 

Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa
Barisan panel utama hari ini

Pendidikan antarabangsa dalam talian adalah platform penting yang membolehkan rakyat Malaysia mengejar pendidikan yang diingini tanpa sebarang kekangan dan masalah. Kerjasama CADS dan Coursera menawarkan pembelajaran meluas dalam sains data dan topik yang berkaitan. Para pelajar juga akan mendapat akreditasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa tanpa perlu belajar di luar negara. Ianya boleh dicapai bersama Coursera kerana ia memberikan pengalaman pembelajaran meluas dan menakjubkan bagaikan membawa kampus terus kepada kita.

Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa
Encik Cheam Tat Inn (Pengarah Urusan di CADS)

"Kami amat berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Coursera kerana kami percaya kerjasama ini membolehkan kami memupuk dan memperkasakan generasi baru saintis data yang akan mempunyai akses kepada pendidikan dalam talian terbaik di dunia. Ini menandakan komitmen kami untuk melahirkan kumpulan saintis data yang berkemahiran tinggi yang memiliki kursus-kursus dari universiti antarabangsa. Antara Institusi yang bereputasi adalah John Hopkins University, Wharton University of Pennysylvania, Universiti of Washington, dan University of California San Diego."
Encik Cheam Tat Inn (Pengarah Urusan di CADS)

Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa
Encik Matthew Klein (Pengurus Perkongsian Kerajaan Antarabangsa di Coursera)


"Kami sangat berbesar hati dengan kerjasama ini kerana ia membuka peluang dan kini pembelajaran sains data yang berkualiti tinggi dan efektif dapat diakses di Malaysia. Perkongsian dengan CADS benar-benar unik kerana pembelajaran yang ditawarkan membolehkan para pelajar menikmati pelbagai manfaat melalui kursus analisis data dari Universiti hebat dan rakan industri. Mentor peribadi turut disediakan agar mereka boleh berusaha mencipta peluang inovatif dan seterusnya melahirkan bakat-bakat baru saintis data di Malaysia."
Encik Matthew Klein (Pengurus Perkongsian Kerajaan Antarabangsa di Coursera)

Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa
Cik Sharala Axryd (Ketua Pegawai Eksekutif ADAX)

"Platform MOOC seperti Coursera akan membuktikan ianya bernilai bagi pencapaian individu. Organisasi telah membuka lebih banyak peluang penting disebabkan permintaan tinggi terhadap kemahiran teknologi baru. Kursus dalam talian juga boleh membantu pembelajaran yang meluas bagi pelajar universiti serta perkembangan kerjaya untuk para pekerja dan kestabilan tenaga kerja untuk majikan."
Cik Sharala Axryd (Ketua Pegawai Eksekutif ADAX)



Apa itu CADS dan COURSERA ?


Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa
Info mengenai Coursera

CADS - The Center of Applied Data Science
Platform pertama ASEAN dan satu-satunya pusat kecemerlangan Sains Data di rantau ini bagi memperkasakan generasi Profesional Data.

COURSERA 
Platform kursus dalam talian terbuka (MOOC) yang terbesar di dunia dan menawarkan pelbagai kursus Sains Data kepada Rakyat Malaysia.

Kerjasama CADS Dan Coursera Lancar Kursus Dalam Talian Antarabangsa
Pilihan kursus yang ditawarkan

Kursus ini akan bermula pada bulan Februari 2018 dengan kos RM4,999 untuk pekerja professional dan RM3,599 untuk pelajar. Yuran ini termasuk peperiksaan dan kuiz, akses makmal dan panduan saintis data selama sejam seminggu sepanjang proses pembelajaran secara keseluruhan. Pendaftaran secara talian bermula 15 Disember 2017 dengan diskaun istimewa sebanyak 10%  bagi yang mendaftar sebelum 31 Disember 2017. So, sape yang berminat cepat-cepat la mendaftar ekk.. adios..

Maklumat lanjut boleh rujuk :
www.thecads.org/coursera




Post a Comment

2 Comments

  1. This was really one of my favorite website. Please keep on posting.
    rpa training in malaysia

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete