MAJLIS MAKAN MALAM DAN DIALOG BERSAMA MENTERI KPDNKK

21.12.17

MAJLIS MAKAN MALAM DAN DIALOG BERSAMA MENTERI KPDNKK | Assalamulaikum semua.. Zaman sekarang ni banyak barangan naik harga kan. Paling perasan bila pi shopping barang dapur.  Dulu kalau shopping satu troli penuh baru dalam lingkungan RM200 je tapi sekarang mau cecah RM500. Huishh.. banyak beza tau, geram je rasa tapi nak buat macam mana. Kena la jugak bayar. Tapi kan kadang-kadang terfikir, betul ke harga barangan yang kita beli tu harganya sedemikian. Ke kena tipu dengan peniaga?? Hurmm.. pernah tak korang rasa macam tu? Kalau terkena, apa hak kita sebagai pengguna? 

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK

Jadi bila dapat peluang menghadiri Majlis Makan Malam dan juga Sesi Dialog bersama Menteri KPDNKK, harus la aku pergi kan. Time ni la nak dengar pasal isu kenaikan harga yang makin menjadi-jadi dan apa yang boleh kita lakukan kalau terkena tipu dengan peniaga yang naikkan harga melampau. Majlis makan malam ni dianjurkan sendiri oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dihadiri sendiri oleh Yang Berhormat Dato Seri Hamzah Bin Zainudin selaku Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Tak sangka beliau merupakan seorang yang peramah. 

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
Yang Berhormat Dato Seri Hamzah Bin Zainudin

Semasa majlis ni berlangsung, Yang Berhormat Dato Seri Hamzah Bin Zainudin menyampaikan ucapan mengenai peranan pihak KPDNKK dalam menangani isu kenaikan harga. Rupa-rupanya baru aku tau bahawa ada beberapa barangan keperluan asas yang tidak akan dinaikkan harga seperti gula, tepung, minyak masak, beras, dan gas memasak (LPG). Ini kerana demi memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan meringankan beban, pihak kerajaan memberikan subsidi melalui barang-barang keperluan asas tersebut. Bagi barangan lain pula pihak kementerian akan memerangi secara habis-habisan untuk membanteras peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati. 

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
YB Dato Seri Hamzah Bin Zainudin memberi ucapan

Selain dari tu, sepanjang sesi dialog juga aku baru tau bagaimana nak jadi pengguna bijak. Selain dari buat senarai harga sebelum pergi shopping, kita juga boleh buat perbandingan harga setiap barangan yang dibeli menggunakan Aplikasi Price Catcher. Ok, jujur aku cakap sebelum ni aku tak tau pun kewujudan aplikasi ni. haha.. ruginya. Tapi mujur la aku datang ke majlis ni. Dapat jugak la ilmu untuk jadi pengguna bijak. hehe

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
Sesi Dialog bersama Menteri KPDNKK

Apa itu Aplikasi Price Catcher


Aplikasi Price Catcher ini merupakan satu aplikasi di talian telefon yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan maklumat mengenai perbezaan harga yang ditawarkan bagi barang yang sama. Jadi, mudah la kita membuat pilihan sama ada harga yang ditawarkan di kedai mahal ke tidak. Dalam aplikasi ini juga ada menunjukkan lokasi di mana premis yang menjual harga yang berpatutan. Pastu boleh juga nak kongsi info dengan ahli keluarga atau rakan melalui aplikasi WhatsApp. Wow, lepas ni tak payah nak pening-pening bila shopping. Semuanya di hujung jari je rupanya.

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
Aplikasi Price Catcher

Ha, tu cerita kalau nak bandingkan harga bila membeli. Tapi macam mana pulak kalau kita tertipu dengan barangan yang ditawarkan ataupun ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati. Takkan kita nak diam je kan. Haaa.. kalau korang nak tau ada banyak saluran yang boleh kita gunakan untuk membuat aduan. Antaranya seperti :

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
Saluran aduan KPDNKK

Saluran Aduan KPDNKK : 

1) Portal e-Aduan KPDNKK :  http://eaduan.kpdnkk.gov.my
2) Talian Hotline : 1-800-886-800
3) Emel : e-aduan@kpdnkk.gov.my
4) Aplikasi Telefon Pintar : Ez ADU KPDNKK
5) Khidmat Pesanan Ringkas : SMS ke 15888
6) Hadir sendiri ke mana-mana pejabat / cawangan KPDNKK yang berhampiran

Jejaga la lepas ni kalau terjumpa mana-mana peniaga yang letak harga mahal, siap kau.. zassss, time tu jugak aku report. hehe... Awasss. Amacam, garang tak? ye la, dah selalu sangat kena tipu weii.. Tambah-tambah time zaman sekarang ni. Semua nak untung lebih. Ayoooo... 

Ok, ada satu lagi benda nak kongsi dengan korang. Alang-alang nak jadi pengguna bijak apa kata kita berdaftar sebagai Friends of KPDNKK (FOK). Eh, ape kebende pulak nye ni kan. Ni pun aku dengar masa sesi dialog tu jugak. Kita boleh mendaftar sebagai ahli FOK dan dapat membantu masyarakat dalam isu-isu kepenggunaan. Korang boleh layari website [DISINIataupun muat turun aplikasi Friends Of KPDNKK di Goople Play dan Apple Store.

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
Aplikasi Friends of KPDNKK

Paling best setiap ahli akan mendapat Kad Friends of KPDNKK. Kad ni adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada ahli Friends of KPDNKK. Tahu tak yang pemegang Kad Friends of KPDNKK ni boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini. Wow, i loike diskaun.. hehe. Banyak lagi kelebihan sebagai ahli selain dapat memberi kita lebih info yang lebih mendalam mengenai kepenggunaan. Ni kena daftar ni..

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
Kad Friends of KPDNKK

Wah, banyak juga info yang aku dapat masa Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK ni. Selebihnya kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut kena la follow rapat-rapat media sosial mereka kerana mereka sentiasa mengemaskini maklumat di laman sosial mereka. Boleh rujuk link di bawah ni :

Majlis Makan Malam dan Dialog bersama Menteri KPDNKK
Terima kasih atas jemputan ke majlis ini

Laman web :

Facebook :

Instagram :

Twitter :

Hashtag :
#kpdnkk
#mykpdnkk
#caringministry



You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *