PARTI #RATEDXTRA : PELANCARAN KOLABORASI ISTIMEWA DAN TONTON XTRA

20.12.17

PARTI #RATEDXTRA : PELANCARAN KOLABORASI ISTIMEWA DAN TONTON XTRA | Assalamualaikum semua.. Kini Tonton melangkah lebih Xtra selepas mengumumkan kolaborasi terkini dan juga pelancaran portal terkini di acara parti #RatedXtra baru-baru ini di Zouk Kuala Lumpur. Tahniah Tonton Dan Tonton Xtra. Terima kasih juga sebab sudi jemput hakak ke majlis ni. Happening sangat weiii...

Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Parti #RatedXtra

Parti #RatedXtra ni urut menampilkan wajah tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack (penyanyi sensasi YouTube Malaysia); selain barisan pelakon utama drama bersiri popular Titian Cinta iaitu Farah Nabilah dan Daler Yusuf serta JinnyBoy dan Reuben, sensasi YouTube popular Malaysia. Turut hadir, wakil dari The Ming Thing.

Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Persembahan memukau Ayda Jebat

Ramai jugak yang datang ke majlis ni. Masing-masing menggayakan pelbagai jenis pakaian mengikut tema "Alter Ego". Bukan tu je, sebenarnya masing-masing teruja nak tau apakah yang akan diumumkan sepanjang acara ni berlangsung kerana sudah pastinya ada sesuatu yang istimewa khas buat pengguna Tonton.

Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Terima kasih sudi jemput kami.. hehe

Korang tau tak yang Tonton telah disenaraikan sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor 1 dan terbesar du Malaysia?? iye wakkk.. katanya sekarang dah ada lebih 7.4 juta pengguna tau. Wow, banyak tu. Jumlah tu termasuk aku la.. hehe.. Sebagai pengguna Tonton, mesti korang tak sabar nak tau apa intipati isitimewa masa Parti #RatedXtra ritu kan. Ha, meh aku senaraikan :

Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Kolaborasi istimewa untuk pengguna Tonton


1) #TERIMAKASIHMALAYSIA


Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
#terimakasihmalaysia

💚 Harga Terhad Istimewa, Kandungan Definisi Tinggi (HD), Smart TV, Modem OTT Android & Tontonan Sosial
Pelanggan VIP kini menikmati potongan diskaun 50% untuk SEUMUR HIDUP menerusi langganan pakej Superhero di aplikasi tonton sebelum promosi berakhir pada 31 Disember 2017. Pelanggan boleh melanggan menerusi aplikasi tonton di laman web tonton.com.my.

💚 Pengalaman tontonan di rumah anda
Bagi menjadikan pengalaman tontonan lebih menarik dan capaian meluas di skrin besar, tonton kini boleh diakses di platform SMART TV (model terkini LG, Samsung dan Panasonic) dan modem OTT Android (untuk kesemua TV yang menyokong sistem Android termasuk SMART TV yang menyokong sistem operasi Android TV) bermula Januari 2018.

💚 Tontonan Sosial
tonton adalah perkhidmatan penstriman video OTT ulung di rantau ini yang bakal memperkenalkan teknologi Camment pada suku pertama tahun 2018. Pengenalan teknologi Camment di tonton membolehkan interaksi sembang sosial sehingga ke 6 pengguna pada satu-satu masa selain ciri pengesan suara di dalam sistem memacu capaian terhadap pemasaran bisnes pintar.

Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Ben Jern Loh dan Tomi Kaukinen

Teknologi yang menyokong pemasaran sosial pintar, membolehkan jenama bekerjasama dengan platform untuk pengiklanan kandungan yang relevan berdasarkan interaksi yang dibuat antara pengguna menerusi fungsi pengesan suara.



2) HEBAHAN XTRA


Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Peminat cerita berbahasa cina pasti teruja dengan kehadiran dimsum di Tonton

💚 Kerjasama TM, DiGi, dimsum & EROS NOW
Portal video tonton turut mengumumkan kerjasama strategik dengan pembekal kandungan Hypp TV, dimsum dan EROS selain usahasama dengan pembekal telekomunikasi, DiGi. Kerjasama ini menawarkan akses tontonan yang lebih meluas untuk kandungan urban, program berbahasa Cina / Korea / Thailand serta Bollywood.

💚 Dapatkan tonton VIP secara PERCUMA dengan HyppTV!
Menerusi kolaborasi bersama Telekom Malaysia, pelanggan pakej Aneka, Ruby dan Jumbo di HyppTV bakal menikmati pakej langganan tonton VIP secara PERCUMA bermula 2018 kelak.

💚 Tonton VIP + tambahan data Digi!
Kolaborasi tonton bersama DiGi menerusi ‘DiGi Video Freedom’ membolehkan pelanggan membayar serendah RM5 untuk data tontonan sehingga 5GB tanpa had. Pelanggan Digi kini boleh membuat langganan dan menikmati tawaran hebat bermula 1 Januari 2018.



3) HEBAHAN KANDUNGAN


💚 GOASEAN
Tonton berbangga mengumumkan sambungan capaian ke kandungan GOASEAN, sebuah platform video berkenaan gaya hidup dan kembara untuk tahun 2018; seterusnya menyaksikan lebih banyak kandungan di pustaka tonton.

💚 By MY Side & JinnyboyTV
By MY Side, sebuah filem kolaborasi eksklusif tonton dan JinnyboyTV kini boleh dimuat turun di iTunes (akses seluruh dunia) dan siaran filem penuh di tonton (Malaysia sahaja) bermula HARI INI!
Meneruskan lagi kesinambungan kerjasama, JinnyboyTV turut mengumumkan penghasilan siri TV eksklusif di tonton untuk tahun 2018 kelak.

💚 The Ming Thing
tonton turut mengumumkan kolaborasi bersama The Ming Thing, saluran YouTube Bahasa Inggeris terulung di Malaysia untuk menghasilkan siri original tonton menjelang April 2018.



4) PELANCARAN XTRA


Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Nak lebih Extra? Tentunya di Tonton Xtra


💚 PENGUMUMAN xtra!
Tonton mengumumkan pelancaran portal hiburan dan gaya hidup terkini dengan sajian LIVE TV PERCUMA, berita hiburan terkini, perkembangan sensasi serta kisah viral dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.


💚 LEBIH 20,000 JAM HIBURAN PERCUMA!!!

Kemuncak acara menyaksikan pengumuman istimewa - Lebih 90 peratus kandungan di tonton kini dapat diakses secara PERCUMA bermula hari ini, 8 Disember 2017 untuk pengguna tonton di Malaysia. Alami variasi pengalaman tontonan meluas termasuk berita, perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium serta rancangan klasik secara PERCUMA, memastikan pengalaman tontonan yang lebih menarik selain kemudahan siaran episod secara terus-menerus (‘binge-watch’).

Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Wow.. banyak betul input baru di Tonton

Wow.. banyaknya input terkini yang berkolaborasi dengan Tonton demi memenuhi kehendak dan kepuasan pengguna. Lepas ni sape-sape yang belum melanggan Tonton boleh la langgan cepat sebab sekarang ni ada promosi istimewa.

DAFTAR SEBAGAI VIP TONTON!

Bermula 1 November 2017, langgan tonton VIP dari serendah RM3 setiap hari dan nikmati pakej bulanan dengan hanya RM5 (harga asal RM10); atau nikmati pengalaman tontonan sepanjang tahun hanya RM48 (harga asal RM96)! Pakej tonton VIP menawarkan akses tanpa had ke lebih 30,000 jam kandungan hiburan dan pengalaman video bebas iklan.

Parti #RatedXtra : Pelancaran Kolaborasi Istimewa Dan Tonton Xtra
Ha, apa tunggu lagi. Jom daftar sebagai ahli VIP Tonton

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti kami di platfom media sosial:
Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP




You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *