FILEM SURF THIS LOVE DI PAWAGAM MALAYSIA

by - 29.1.18

FILEM SURF THIS LOVE DI PAWAGAM MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Dah lama rasanya tak tengok filem Melayu kat pawagam. So, untuk tahun 2018 ni rasanya nak tengok cerita apa ekk. Haa... dengar kata tak lama lagi nak keluar filem baru dan bakal ditayangkan di pawagam pada bulan depan. Filem yang bertajuk Surf This Love - Gelora Juara arahan Waan Hafiz dan diterbitkan oleh GSR Production Sdn Bhd bakal menemui penonton di pawagam bermula 22 Februari 2018

Filem Surf This Love Di Pawagam Malaysia
Filem Surf This Love Di Pawagam Malaysia

Filem yang berkisarkan mengenai sukan luncur air di Malaysia ini akan dibintangi oleh pelakon yang terkenal seperti Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Cristina Suzzane, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz dan Josiah Hogan. Wow, semua pelakon hebat-hebat ni. Mesti best. So, apa kata kita tengok sikit sinopsis dan trailer untuk filem Surf The Love ni.


SINOPSIS FILEM SURF THE LOVE


Filem Surf This Love Di Pawagam Malaysia
Watak Utama - Billie

Billie (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie.

Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billie terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walau bagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur.

Filem Surf This Love Di Pawagam Malaysia
Billie dan Mia

Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. Walaupun Mia 1st time sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an)

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawannya sejak kecil iaitu Billie. Tanpa diduga Billie mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti kakaknya, tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.

Kini, Billie mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu menjadi juara sukan luncur ombak, dan memenangi hati Mia yang baru dikenalinya. Hancur luluh hati Billie apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billie lebih frust lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. Terpaksalah Billie melupakan Mia dan menumpukan perhatiannya pada cita-cita asalnya.


TRAILER FILEM SURF THE LOVE




Bagaimanakah pengakhiran filem ini?  Apakah konflik di sebalik kematian Bobby?  Dapatkah Billie menggapai impiannya untuk menjadi juara dan memenangi hati Mia ? Jom sama-sama kita saksikan filem Surf The Love di pawagam nanti. 

Filem Surf This Love Di Pawagam Malaysia
Filem Surf This Love

Instagram @surfthislove


You May Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥