HADIAH RM20,000 SETIAP HARI UNTUK TEKA TEKAN DI UNIFI TV

by - 22.1.18

HADIAH RM20,000 SETIAP HARI UNTUK TEKA TEKAN DI UNIFI TV | Assalamualaikum semua.. Nak menang wang tunai tak?? Heyyy.. sape yang tak nak. Ye tak?? Tambahan pulak zaman sekarang ni semua serba serbi memerlukan wang. Jadi kalau ada peluang untuk dapat duit lebih, apa salah nya.. kannn.. Ok, Ni nak habaq mai. Korang nak tak menang hadiah berjumlah RM20,000 setiap hari ?? wow, banyak kan. Sape nak bagi duit sebanyak tu weii... Ha, kalau korang nak tau, meh baca bawah ni.

Hadiah RM20,000 Setiap Hari Untuk Teka Tekan DI Unifi TV
Hadiah RM20,000 Setiap Hari Untuk Teka Tekan DI Unifi TV

Pada 15 Januari 2018 yang lalu, satu rancangan berbentuk "Live Interactive Game" yang diberi nama Teka Tekan telah mula disiarkan di Unifi TV (nama baru bagi HyppTV) kat channel HyppSensasi HD (Channel 116). Rancangan ni akan bermula pada pukul 8.30 malam setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Sape yang ada aplikasi Unifi PlayTV (dulu dipanggil HyppTV Everywhere) pun boleh juga tengok rancangan ni. Memandangkan rancangan ni disiarkan secara LIVE, sape-sape yang ada akaun Unifi TV sila melekat di kaca TV anda ye time ni untuk memenangi hadiah berjumlah RM20,000 setiap hari


CARA NAK MENANG RM20,000 DI TEKA TEKAN


Macam mana nak join Teka Tekan ni? Ha, cara dia mudah aje. Setiap hari ada 5 soalan yang akan diberikan dalam masa lebih kurang 45 saat untuk setiap soalan. Pastu dia punya soalan tu ala-ala macam soalan kat rancangan "Who Wants to Be a Millionaire?" tu tapi kita hanya perlu menjawab dengan menekan butang # dan seterusnya menekan butang berwarna merah, hijau, kuning dan biru pada alat kawalan jauh (remote). So, sila pastikan remote korang berfungsi dengan baik dan ada bateri ekk.. Kalau dah hilang atau butang dah rosak, boleh cepat-cepat pi ganti.. hehe

Hadiah RM20,000 Setiap Hari Untuk Teka Tekan DI Unifi TV
Hanya perlukan remote untuk menjawab soalan

Hari tu masa pengenalan rancangan ni, kami dah try main. Kalut gila wei nak jawab.. haha..Soalan macam senang tapi jawapan agak mengelirukan. Tak dapat bayangkan kalau time betul-betul depan TV. Mesti lagi kalut kan. Mana nak google jawapan lagi. Mana nak tanya orang lagi. Adesss.. So, disarankan korang ajak la satu family or kawan-kawan join skali ekk. Dapat hadiah boleh kongsi-kongsi. 

Hadiah RM20,000 Setiap Hari Untuk Teka Tekan DI Unifi TV
Kecoh bila time menjawab soalan.. haha

Oh ya, untuk pemenang harian memang akan membawa pulang RM20,000. Tapi andai kata sehari ada lebih dari seorang pememang, RM20,000 tu akan dibahagi sama rata. Contoh kalau 20 orang pemenang menjawab dengan betul semua soalan, maka seorang pemenang akan dapat RM1,000. Tapi jangan risau, pemenang yang dah menang hari ni masih boleh join untuk hari-hari berikutnya. Ha, yang penting korang jangan miss masa rancangan disiarkan la. Kalau hantar jawapan time siaran ulangan tak dikira ekk.. hehe

Hadiah RM20,000 Setiap Hari Untuk Teka Tekan DI Unifi TV
Macam ni la contoh soalan

Maybe ada antara korang yang kata, "Ala kacang je tu. Tau jawapan, tekan je remote".. haaaa.. jangan tak tau, jawapan korang akan dimanipulasi oleh pengacara yang akan mengendalikan rancangan ni.. masa tu mesti korang akan rasa goyang mana satu jawapan yang betul. Haha.. ada 4 orang pengacara tetap untuk rancangan Teka Tekan ni iaitu Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuan. Selain tu beberapa orang artis jemputan akan muncul setiap hari untuk menemani 2 orang pengacara tetap secara bergilir setiap hari. Tengok pengacara pun dah tau dah.. mesti happening. haha

Hadiah RM20,000 Setiap Hari Untuk Teka Tekan DI Unifi TV
Barisan pengacara tetap

Oh ya.. kepada pelanggan Unifi TV, nak bagitau ni sempena tayangan Teka Tekan korang boleh akses ke channel HyppSensasi HD (Channel 116) secara Percuma ye. Sebelum ni kena langgan kan. So, sekarang tak perlu nak langgan kalau nak sertai Teka Tekan. Yippieee... Selain tu, Unifi TV juga menawarkan sebanyak 108 pilihan siaran yang terdiri dari  53 premium channel, 25 free channel, 2 radio channel, 7 video-on-demand (VOD) channel dan 21 interactive channel. Weii.. banyak tu channel yang ditawarkan. Patut la penggunna Unifi TV dah lebih 1.6 juta. 

Hadiah RM20,000 Setiap Hari Untuk Teka Tekan DI Unifi TV
Pelancaran rancangan Teka Tekan

Bagi sape-sape yang belum melanggan Unifi TV, sempat lagi ni nak pi daftar. Pastu boleh sertai Rancangan Teka Tekan. Mana tau ada rezeki kan. Boleh menang RM20,000 setiap hari. Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Hadiah RM20,000 Setiap Hari Untuk Teka Tekan DI Unifi TV
Jangan lupa join tau.. hehe



You May Also Like

12 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Nak kena join ni..trima ksh sbb share info

    ReplyDelete
  2. Pergh rm20k, banyak tu.. Boleh buat macam -macam

    ReplyDelete
  3. Ni game yang diorang cakap tu eh, dekat siaran Unifi TV.. banyak tu hadiah dia... nak try jugalah

    ReplyDelete
  4. Ala.. rumah kita punya unifi pakej xde Unifi tv

    ReplyDelete
  5. Waaa bestnya menang hadiah hri tu. Nak cuba jugak lah masut je

    ReplyDelete
  6. Sayangnya...dekat rumah sis tk ada unifi. Sayang pulak nk potong apa yg ada ni. Apa2 pun buat yg berjaya nanti tahniah

    ReplyDelete
  7. Wow bestnya. Kalau mng dapt cash hehehe

    ReplyDelete
  8. This show is awesome saw them.life and it's so much fun!

    ReplyDelete
  9. uyyoo! grand nye hadiah.
    tapi tak layak nak join uhuk uhuk..
    AS follow sini yea~

    ReplyDelete
  10. it seem interesting and I want join the Unifi contest. Who know I can win something big. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  11. won 2222.22 but need to go to kl to collect cheque. all the way from jb :(

    ReplyDelete