MENU BARU SERENDAH RM25 DI SUNWAY PUTRA HOTEL | Assalamualaikum semua.. Sebagai seorang yang kuat makan aku suka mencari port baru dan tentu dah banyak tempat aku explore atau google. Tapi kebanyakan lokasi yang aku tuju mesti kedai makan atau pun restoran. Sebab bagi aku tempat-tempat begini dah tentu murah. Kadang-kadang tu teringin jugak nak makan kat hotel tapi dah tentu mahal kan.
![]() |
Menjamu selera di Sunway Putra Hotel dengan Menu serendah RM25 nett sahaja |
Ha, aku pasti korang pun berfikiran macam aku. Tapi rupa-rupanya salah wakk.. Baru ku tau rupanya di Sunway Putra Hotel ada menawarkan set A La Carte dengan harga serendah RM25 nett aje. Murah tak? Well, korang jangan la compare dengan nasi campur. Maksud aku reasonable la harga dia sebab kat hotel kan. Kalau makan kat restoran biasanya lebih kurang gitu jugak. Lagipun lokasi Sunway Putra Hotel ni sangat strategik dan dekat dengan stesen LRT PWTC dan juga Sunway Putra Mall. So, lepas shopping boleh la chill out sambil makan-makan kat sini kan.
Bermula pada 1 March 2018, ada 8 pilihan menu baru untuk set A La Carte ni. Setiap set akan disertakan dengan dessert of the day dan juga pilihan air minuman tea atau coffee. Setiap satu dari menu ini adalah dari air tangan Executive Chef Rossham Rosli yang telah mempunyai pengalaman 28 tahun dalam bidang kulinari. Wow, lama tu.. Dah banyak negara dah Chef Rossham ni merantau menimba ilmu dan beliau pernah mendapat anugerah Best Head1Malaysian Chef dari Chefs Association Of Malaysia (CAM). Berikut adalah senarai 8 menu baru tersebut :
![]() |
Indonesian Fried Rice with Malinja Crackers |
![]() |
Sunway Putra Club Sandwiches |
![]() |
Grilled Chicken Chop with Mashed Potato |
![]() |
Trio Mushroom's Spaghetti With Garlic Bread |
![]() |
Margherita Pizza |
![]() |
Curry Noodle with Cockles |
![]() |
Vegetable Curry Tauhu With Jeera Pulou Rice |
![]() |
Fish Tikka with Jeera Pulou Rice |
8 MENU BARU A LA CARTE
(Main Dish + Dessert Of the Day + Tea/Coffee)
HARGA : RM25 nett per set
Masa Operasi :
11 pagi - 10 malam
Setiap hari
Masa Operasi :
11 pagi - 10 malam
Setiap hari
![]() |
A slice of cake or |
![]() |
a slice of fruit |
![]() |
Tea or Coffee |
Seriously aku katakan dengan menu-menu yang dihidangkan kat sini memang berbaloi sebab portion dia besar. Actually selain menu kat atas ni ada juga menu-menu lain seperti Nasi Lemak Goreng Berapi, Angel Hair Golden Pasta With Soft Shell Crab, Mongolian BBQ Fried Noodles, Carbmeat Sandwich, Lobster Noodle Cantonese Style dan banyak lagi tapi harganya di antara RM25 nett hingga RM39 nett. Sesuai sangat kalau bawak family or kawan-kawan datang makan kat sini. Ya, sekali sekala ajak makan kat hotel, apa salahnya ye tak. Tapi kalau harga macam ni, tiap-tiap minggu pun tak pa.. hehe.
Oh, lupa nak bagitahu tempatnya adalah di Coffee House, Level 9, Sunway Putra Hotel. Ada laluan ke Hotel dari parking Sunway Putra Mall dan juga dari Stesen LRT. So, jangan lupa ajak kengkawan, family ataupun officemate ke sini ye. Kalau boleh ajak la iols sekali.. hehe.. Untuk sebarang pertanyaan atau booking boleh rujuk link di bawah ni ye :
Booking tel :
03-40409988
Email :
spkl.dine@sunwayhotels.com
Website :
Facebook :
Instagram :