HIDANGAN ISTIMEWA SRI LANKA DI HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

by - 10.2.18

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Kalau bab makan ye sis memang no 1.. Ajak la makan kat mana pun laju je.. haha. Tambahan kalau ada menu baru ataupun tempat makan baru. Mesti pergi punya kalau diajak.. Nampak tak?? Alamatnya kena tunda diet laaaa.

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Hidangan istimewa dari Sri Lanka

Terbaru ada hidangan istimewa yang aku pasti akan buat semua orang terliur. Tengok rupa je pun dah mampu buat perut berkeroncong. Amboiii.. special sangat ke tu?? Ha, harus la. Hidangan istimewa ni resepi dia datang dari jauh tau. Nak tau dari mana? Ya, jawapannya adalah resepi hidangan istimewa ni di bawa khas dari Sri Lanka. Tapi yang lebih istimewa, kita tak perlu pun ke sana untuk menikmati hidangan ni. Sebaliknya hanya perlu ke Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur sahaja. Jimat tambang.. hehe

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Restoran Essence di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Bertempat di Restoran Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur, pelbagai menu yang terkenal di Sri Lanka akan disediakan kepada pelanggan oleh Chef Siva yang didatangkan khas dari Restoran Aliyaa. Untuk pengetahuan korang Restoran Aliyaa yang terletak di Bukit Damansara ini memang terkenal dengan hidangan asli dari Sri Lanka. 

Sebenarnya hidangan istimewa dari Sri Lanka ini dibawa ke Sheraton Imperial Kuala Lumpur sempena Hari Kemerdekaan Sri Lanka yang ke-70 dan juga sempena sambutan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Sri Lanka yang ke-60 tahun. Wahh, lama jugak hubungan baik antara kedua negara terjalin. Jadi, kita sangat beruntung kerana turut dapat merasakan keenakan hidangan dari Sri Lanka juga. InshaAllah, kalau ada rezeki teringin juga nak ke sana.

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
A Taste of Sri Lankan Feast

Berbalik kepada hidangan istimewa dari Sri Lanka, sajian utama yang disediakan adalah Sri Lankan Crab Curry. Terdapat 2 jenis cara masakan yang berbeza untuk hidangan ketam ini iaitu Sri Lankan Crab  Curry (Colombo) dan Sri Lankan Crab Curry (Jaffna). Walaupun kedua-dua hidangan ni menggunakan rempah ratus dari Sri Lanka tetapi terdapat perbezaan yang ketara diantara keduanya. Kuah Sri Lankan Crab (Colombo) berwarna lebih gelap dan pekat manakala Sri Lankan Crab (Jaffna) pula lebih mirip dengan hidangan kari ketam kita di sini. Cumanya dari segi rasa kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing.

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Sri Lankan Crab Curry (Colombo)

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Sri Lankan Crab Curry (Jaffna)

Selain dari hidangan ketam ni, ada juga hidangan lain yang turut dihidangkan. Semua hidangan ni memang juga merupakan resepi dari Sri Lanka. Antaranya adalah seperti Soothi, Brinjal Moju, Negombo Style Prawn Curry, Mutton Poal Poriyal, Ladie Finger dan Murunga Peratal.

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Soothi

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Murunga Peratal

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Ladie Finger

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Mutton Poal Poriyal

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Brinjal Moju

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Negombo Style Prawn Curry

Untuk hidangan ringan ataupun pencuci mulut ada pilihan sama ada nak appam (hoppers), string hoppers, pol sambol, seeni sambal, Kothu Roti, dan watalappam. Baru-baru ni ada tengok video orang buat appam kat Bangsar. Rupa-rupanya appam ni makanan dari Sri Lanka. Baru ku tahu..hehe. Ada beberapa pilihan appam disediakan tapi aku paling suka appam telur.. sedap..

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Kothu Roti

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
String Hoppers

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Hoppers (egg)

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Seeni Sambol

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Pol Sambol

Masa kami datang makan kat Restoran Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur ni, kami cukup bertuah kerana dapat melihat sendiri cara Chef Siva menyediakan Sri Lankan Crab (Jaffna), Appam (hoppers) dan juga Kothu Roti. Nampak macam senang je cara masak dia tapi yang istimewanya adalah rempah ratus yang digunakan. Ha, jangan tak tau, semua rempah ratus dibawa khas dari Sri Lanka sampaikan kulit kayu manis pun dari sana tau..

Hidangan Istimewa Sri Lanka Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Chef Siva membuat demo dan memberi penerangan mengenai masakan dari Sri Lanka

Uishhh.. panjang pulak aku bercerita pasal hidangan istimewa dari Sri Lanka ni. Apa kata korang mai sendiri ke Restoran Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan rasai sendiri keenakan menu yang disediakan oleh Chef Siva bermula dari 6 hingga 11 Februari 2018. Iya wakkk, memang limited time, tapi sempat lagi nak pi ni. Bawak sekali keluarga dan kawan-kawan sebab kalau pi sorang, tak habis ketam tu.. hehe... Untuk info lanjut boleh rujuk di bawah :

Harga bermula dari :
RM143 untuk dewasa
RM71.50 untuk kanak-kanak

Alamat :
Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 
50250 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon : 
60327179900

Website : 






You May Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥