MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

by - 18.2.18

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA | Assalamualaikum semua.. Cuba korang dalam cuaca yang panas dapat meneguk air mangga yang sejuk dan pekat.. perghh, tak terkata nikmatnya weii... Ha, itu la perasaan yang aku rasa masa ke Melaka hari tu bila mana aku sempat singgah di satu lokasi yang viral di media sosial. Tempat ni kawan aku yang suggest. Nak tau kat mana? Ha, jawapannya di Mango Float Royale Melaka yang terletak di Sungai Putat, Melaka

Mango Float Royale Melaka
Mango Float Royale Melaka

Biasanya kalau ke Melaka orang kata tak sah kalau tak rasa kuih keria antarabangsa dengan coconut shake. Tapi bagi aku yang dah banyak kali ke Melaka nak la cuba kelainan pulak sebab kedua-dua menu kat atas ni aku dah rasa. So, kali ni nak pi cuba plak Mango Float Royale Melaka. Nak la jugak tengok apa yang special sampai jadi viral tu kan.

Perjalanan ke tempat ni melalui kawasan kampung yang tenang je tapi bila sampai aje ke lokasi Mango Float Royale Melaka ni tiba-tiba macam agak busy sebab banyak kereta keluar masuk. Wow, first impression dah kagum dengan sambutan pelanggan. Ramai jugak yang singgah ke sini. Mujur mudah nak parking sebab ada tempat disediakan tapi kalau time cuti mau penuh gak ni.

Mango Float Royale Melaka
Masa datang meja penuh.. ramai jugak orang

Dari luar dah kelihatan orang beratur untuk membeli air mangga yang viral kat Melaka ni. Kami pun tak ketinggalan la jugak. Lepas dapat booking table, memasing bergilir-gilir pergi beratur. Konsep kat sini self service ye. Tapi jangan risau, walaupun beratur tapi tak lama tunggu turn sebab pekerja kat sini cekap buat kerja. zap zap zap.. dah siap. Kalau nak bungkus bawak balik pun boleh.

Mango Float Royale Melaka
walaupun ramai, tapi cepat dapat sebab konsep self service

Tadaaaa... ni la dia rupa Mango Float Royale Melaka yang viral tu. Ok, jap nak bismillah dulu. Slurpp sluppp.. mmm sedapnya. Terasa air mangga yang sejuk dan pekat lalu kat tekak. Bukan tu je, siap ada ketulan mangga segar dan ais krim vanila lagi. Patut la ramai yang suka. Memang sedap weii.. Berbeza dari air mangga yang aku minum sebelum ni. Dari segi harga pun tak mahal. Berbaloi dengan apa yang kita dapat. 

Mango Float Royale Melaka
Menggiurkan tak?? yummy

HARGA MANGO FLOAT ROYALE MELAKA
RM 5.50

Selain dari Mango Float Royale Melaka, kat sekeliling kawasan tu ada juga kedai-kedai yang lain yang turut menjual pelbagai jenis makanan. Jadi takde la kita kelaparan kan kat sini. Sesambil minum Mango Float Royale Melaka boleh la menjamu selera sekali. Ha, ni menu yang kami order :

Mango Float Royale Melaka
Keropok Lekor Cheezy

Mango Float Royale Melaka
Cendawan Goreng Cheezy

Mango Float Royale Melaka
Nasi Ayam Penyet

So, amacam?? Menarik tak? Ha, kalau korang ke Melaka, aku sarankan singgah la kat sini. Boleh tambah dalam itinerary persinggahan korang ke Melaka. Tapi ni tips aku, korang boleh singgah time nak balik ke KL sebab kalau melalui tol Ayer Keroh, dah tak jauh dah. Jangan risau, takkan sesat punya. Kalau nak waze pun boleh... hehe..

Mango Float Royale Melaka
Food Truck Mango Float Royale Melaka

Note : akan datang dengar kata Mango Float Royale Melaka dah ada versi food truck. Kemungkinan besar beroperasi di Klebang. Ha, lepas ni kalau tak sempat ke Sungai Putat, boleh try di Klebang. Ingat tau, cari food truck warna oren yang ada tulis Mango Float Royale Melaka.. adios

Alamat:
Mango Float Royale Melaka
Kampung Sungai Putat,
75350 Batu Berendam, Melaka

Buka setiap hari 
Waktu operasi : 
12.00tgh - 11.30 mlm
Rehat : 6.30ptg - 8.30mlm
Ahad : 
11.00pg - 6.00ptg

Waze : Mango Float Royale Melaka

Instagram:

Facebook:



You May Also Like

11 ♥ Surat Cinta ♥

  1. wahhh,, turun melaka nanti boleh la cuba sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee... dah dekat dgn exit ayer keroh tu

      Delete
  2. Dah try minum, memang sedap sangat. Terasa mangonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. alaaa, nak rasa lagi kena ke melaka la jawabnya.. huhu

      Delete
  3. adakah lagi sedap dari food court kat oermqisuri ni? hehehehe tapi apa pon benda viral confirm
    mmg sedap rasa dia kan

    ReplyDelete
  4. nanti kalau ke negeri melaka memang kena singgah sini lagi. bukan manggo royale je. macam-macam ada kan

    ReplyDelete
  5. Memang terliur dengan menu yang sedap Dan minuman sejuk yang menyirap ke tekak. Melaka Makin maju.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat minum Mango Float Royale Melaka ni. Teringin nak rasa juga

    ReplyDelete
  7. sedap kakk! memang rugilah kalau ke Melaka, tak singgah sini. lepasni selain kuih keria inshaaAllah akan ke sini jugakk. dah lah servis cepat-giler lepastu harga pun murah je.

    ReplyDelete
  8. 1st time dengar Mango Float. Adui menu yg cheeesy tu menggoda...huwaaa

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum,
    dh cuba,bos yg belanja.memang terbaik...

    ReplyDelete