BUFFET RAMADHAN 2018 - HOTEL SHERATON IMPERIAL KL

by - 20.4.18

BUFFET RAMADHAN 2018 - SHERATON IMPERIAL KL HOTEL | Assalamualaikum semua.. Gaiss, dah mula cari lokasi untuk berbuka puasa ke ? Ha, kali ni aku nak share satu lokasi berbuka puasa. Mana tau boleh jadi rujukan korang nanti. Lokasi kali ni masih di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Restoran Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Buffet Ramadhan 2018 di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur 

Kalau sebut tengah bandar, mesti korang fikir susah nak ke sana sebab jem kan. Jangan risau, korang boleh datang naik LRT atau Monorail kerana hotel ni berhadapan dengan Stesen Medan Tunku. So, agak malas nak drive boleh naik public transport. Tahun ni dengan bertemakan "Ramadhan Chefs Out", ada sesuatu yang istimewa menanti para pengunjung yang datang berbuka puasa di sini. Selain tu, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel turut menyajikan lebih 300 hidangan enak yang pasti menambat selera.

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Lebih 300 hidangan disediakan

Biasanya kalau konsep buffet, kita akan ambil sendiri makanan yang disediakan di sudut makanan kan. Tapi di Restoren Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ada sesuatu yang istimewa menanti anda. Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, Chef akan datang ke meja dan menghidangkan menu istimewa iaitu Seafood Chef Out atau longgokan makanan laut yang segar seperti ketam, udang, kupang, sotong, kerang, pepahat bersama dengan 6 jenis sos seperti Butter sauce, Coriander thai sauce, Kam heong tauchu, Aglio olio dan Kari masala. Fuh.. jarang jumpa kat buffet ramadhan yang lain ni.

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Seafood Chef Out

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Longgokan makanan laut yang segar dan sedap

Selain tu, ada banyak lagi menu-menu istimewa yang sedap dihidangkan tau. Semuanya penuh dengan hidangan yang menyelerakan. Ada Ayam Panggang Percik Ala Kelantan, Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit, Gulai Kawah Rusuk Lembu, Assam Pedas Special dan banyak lagi. Bayangkan buffet sepanjang 120m. Mau rambang mata nak pilih. Tapi sedikit tips yang aku sarankan, ambil makanan dengan kuantiti yang sederhana dan cuba untuk merasai sebanyak mungkin menu yang disediakan. Lepas solat, boleh sambung lagi. Time tu confirm boleh masuk lagi seround dua.. kannnn..

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Assam pedas special

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Gulai Kawah Rusuk Lembu

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Kari Special

Bagi yang sukakan makanan yang dibakar, ada sudut "Live Cooking Stations" di mana seekor kambing golek menanti anda untuk dimakan bersama Mandi Rice. Ada juga ikan bakar bersama sambal portugis, satay ayam dan satay daging. Semuanya sedap-sedap belaka. Oh ya, bagi yang suka makanan ala kampung, ada banyak kerabu, sambal belacan, ulam-ulaman bahkan petai pun ada. Jangan ingat kat hotel takde petai ye.. hehe

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Kambing Golek

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Mandi Rice

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Ikan bakar dengan sambal portugis

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Satay ayam dan daging

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Pelbagai jenis kerabu

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Sedap ni pekena sambal belacan, air asam dengan ikan masin

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Ketupat, lemang dan serunding

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Ulam ulaman.. petai pun ada

Eh, dah kenyang ke? jangan stop makan dulu tanpa merasai keenakan dessert dan juga pencuci mulut yang disediakan kat sini. Ni kalau ada yang bawak kanak-kanak, memang favorite corner la untuk mereka. Mana taknya, ada banyak kek, puding, ais krim dan buah-buahan. Coklat fountain pun ada. Bagi ibu bapa, pelbagai seleksi kuih muih melayu pun ada.

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Pelbagai jenis kek ada

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Sedapnya kek

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Pelbagai jenis puding

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Pelbagai jenis mini kek

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Kuih Muih Tempatan

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Ais krim

Ha, ni yang aku share ni kira yang utama je tau, ada banyak lagi menu-menu yang menanti di sana. So, kena la pergi dan rasai kemeriahan berbuka puasa di Restoran Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel sendiri. Ajak kawan-kawan, family ataupun yang tersayang sekali. Mesti mereka happy. Untuk harga sila rujuk kat bawah ni :

Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial KL Hotel
Restoran Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Harga Buffet Ramadhan 2018 Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

RM158 nett dewasa 
RM79 nett kanak-kanak & warga tua
(kanak-kanak bawah 9 tahun percuma)

Early Bird Booking :
RM111 nett
(sehingga 16 Mei 2018)

Group Booking :
RM113 nett/adult 
(30 pax & above)

Tarikh buffet ramadhan : 17 May - 12 June 2018

Alamat : 
Essence Restaurant
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Untuk tempahan boleh hubungi : 03-27179933 atau email essence.venue@sheraton.com


You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥