KEMPEN CSR HARI TIDUR SEDUNIA BERSAMA AMLIFE

KEMPEN CSR HARI TIDUR SEDUNIA BERSAMA AMLIFE | Assalamualaikum semua.. Sape sini ada masalah tidur? Rasanya ramai kan yang ada masalah tidur especially blogger macam kita ni. Mesti ramai yang jenis berjaga malam untuk siapkan entri masing-masing tambahan bagi mereka yang bekerja pada waktu siang. Tahu tak betapa pentingnya tidur yang cukup untuk kesihatan tubuh badan? ya, semuanya ada berkaitan dan jika tidak dibendung mungkin akan memudaratkan kesihatan untuk jangka panjang.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
World Sleep Day

Baru-baru ni aku ada menghadiri satu majlis yang menerangkan dan memberi kesedaran kepada pentingnya tidur yang berkualiti. Majlis ni diberi nama Kempen CSR Hari Tidur Sedunia sempena memperingati Hari Tidur Sedunia 2018. Kempen ini dianjurkan oleh pakar kesihatan tidur AmLife International Sdn Bhd dan menerangkan mengenai peningkatan kadar insomnia dan gangguan tidur yang semakin membimbangkan. 

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Kempen CSR sempena Hari Tidur Sedunia bersama AmLife

Sebagai tanda sokongan kepada tindakan global yang menekankan betapa pentingnya tidur yang berkualiti dengan tema "Join the Sleep World, Preserve Your Rhythms to Enjoy Life", maka AmLife hadir untuk membincangkan dan menghuraikan mengenai isomnia atau gangguan tidur dan kesannya terhadap kesihatan. Perkara ini turut diperjelaskan oleh pakar-pakar tidur & kesihatan antarabangsa dan turut disokong dengan hasil tinjauan kaji selidik tidur seluruh negara dan pertama kali dibuat di Malaysia.

"Gangguan tidur menjejaskan 45% penduduk dunia. Laporan media menunjukkan
 bahawa kira-kira 35% penduduk Malaysia amnya mengalami gejala-gejala
 insomnia dan 12.2% menghidap insomnia kronik

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Encik Lew Mun Yee, Presiden dan Pengasas Amlife

Menurut Encik Lew Mun Yee iaitu Presiden dan Pengasas Amlife, syarikatnya telah bekerjasama dengan Persatuan Tidur Sedunia dan beberapa organisasi berwibawa dan berprestij dalam industri teknologi tidur untuk memperjuangkan inisiatif penjagaan tidur.

Pada tahun lepas, kongres bersama Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan Persekutuan Tidur Sedunia telah menyampaikan Anugerah Kehormat Hari Tidur Sedunia kepada Amlife dan menjadikan Malaysia satu-satunya negara di Asia yang menerima anugerah berprestij ini.

Pada tahun ini, Amlife telah melancarkan pameran bergerak serantaunya yang menyasarkan golongan strategik termasuk khalayak umum dengan menganjurkan ceramah kesihatan, bengkel, memberikan petua & penyelesaian di negara-negara utama Asia Pasifik khususnya Taiwan, Singapura, Indonesia dan sekarang Malaysia.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Gangguan tidur dan Insomnia

Encik Lew berkata bahawa “krisis tidur” yang melanda membawa "ekonomi tidur" yang kukuh. Hasil perolehan industri teknologi tidur yang mencecah 11.3 bilion dollar AS pada 2013, telah meningkat kepada 35.2 bilion dollar AS pada 2015, dan diunjurkan mencapai 76.7 bilion dollar AS pada 2019.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kita menghabiskan sehingga 1/3 hayat kita dengan tidur. Tidur adalah satu keperluan asas manusia dan penting kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan. Insomnia sudah pun menjadi satu gangguan tidur yang umum dalam masyarakat moden, disebabkan gaya hidup yang sangat sibuk dan tekanan. Penularan produk elektronik menyebabkan kekurangan tidur dan memburukkan lagi keadaan.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Penyebab tidur yang tidak berkualiti

Terdapat hampir 100 gangguan tidur, dengan insomnia sebagai gangguan tidur paling umum dalam masyarakat moden. Kebanyakan gangguan tidur boleh diuruskan dengan bantuan pakar tidur. Bagaimanapun, hanya 1/3 daripada penghidapnya meminta bantuan dan perkhidmatan profesional.

Dalam majlis ini pihak AmLife telah menjemput dua orang panel iaitu Dr. Laura Palagini dan juga Dr. Koyabu Miki untuk sama-sama berbicara mengenai peranan tidur yang berkualiti dan juga kesan gangguan tidur terhadap kesihatan.


PROFESOR DR. LAURA PALAGINI


Dr. Laura Palagini merupakan seorang psikiatri dan pakar tidur dari Itali untuk menerangkan peranan tidur yang berkualiti. Beliau menyentuh tentang gangguan yang dikaitkan dengan kesihatan mental, pelbagai penyakit kardiovaskular dan juga penyakit alzheimer. Beliau mempunyai pengalaman lebih 2 dekad dalam penyelidikan biologi dan psikologi klinikal serta kepakaran dalam gangguan tidur.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Dr. Laura Palagini seorang psikiatri dan pakar tidur dari Itali 

Dr Laura menerangkan bahawa ritma harian waktu tidur bukan sahaja dikawal atur oleh faktor-faktor dalam badan tetapi juga faktor-faktor luar badan, dan juga faktor-faktor alam sekitar seperti sinar matahari dan gaya hidup.

Gangguan kepada ritma harian waktu tidur merosakkan mesin tidur yang 
mengawal atur tidur. Tidur nyenyak adalah satu daripada tiga tunggak kesihatan 
yang baik selain diet yang seimbang dan senaman secara tetap. Gangguan 
tidur menjejaskan kualiti kesihatan dan menimbulkan masalah seperti obesiti 
dan diabetes, melemahkan sistem imun, menyebabkan pelbagai keadaan psikologi 
seperti kemurungan, keresahan dan psikosis. Akhirnya, ia menjejaskan kesejahteraan 
& kualiti hidup, produktiviti sosial & kerja kita,”
~ Dr. Laura Palagini ~


DR. KOYABU MIKI


Dr. Koyabu Miki pula merupakan pakar dan juga profesional perubatan Barat dari Jepun yang juga telah mengumpul pengalaman luas dalam perubatan tradisional Cina. Beliau menjelaskan tentang gangguan tidur dan kesan buruknya ke atas badan kita, dengan tumpuan kepada sistem imun kita dan kesihatan wanita.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Dr. Koyabu Miki pula merupakan pakar/profesional perubatan Barat dan tradisional China 

Beliau juga menjelaskan tentang banyak penyakit gaya hidup yang mengakibatkan pesakit tidak dapat bergerak atau terlantar di atas katil.  Terdapat cara-cara untuk merawat mereka sambil mereka berehat dan tidur menerusi keberkesanan teknologi serba maju, dinamakan terapi keupayaan elektrik yang diperlihatkan kepada media.


HASIL KAJI SELIDIK TABIAT TIDUR RAKYAT MALAYSIA


Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Kaji selidik mengenai kefahaman, corak tidur dan juga tabiat tidur rakyat Malaysia

AmLife telah mengumumkan penerbitan hasil kaji selidik yang dibuat oleh Nielsen Malaysia tentang kefahaman, corak tidur dan juga tabiat tidur rakyat Malaysia. Antara hasil penting tinjau selidik itu ialah :

✔ 9 dalam 10 rakyat Malaysia mengalami masalah tidur.
✔ Purata rakyat Malaysia hanya dapat tidur kira-kira enam jam (berbanding tujuh hingga sembilan jam yang disyorkan) setiap malam.
✔ Punca utama masalah tidur dalam kalangan rakyat Malaysia ialah tekanan, keresahan dan kemurungan.
✔ Kesan-kesan gangguan tidur termasuk sakit kepala, kelesuan, sukar untuk berfikir atau memberi tumpuan, dan sakit bahu dan leher.
✔ Rakyat Malaysia bersetuju bahawa adalah penting untuk mencari penyelesaian apabila menghadapi gangguan tidur. Bagaimanapun, 40% daripada mereka tidak mengetahui caranya.
✔ Rakyat Malaysia lebih suka penyelesaian cara semula jadi dalam soal mendapatkan tidur yang lebih baik (43%)


PERKENALKAN TILAM PERUBATAN PENJAGAAN KESIHATAN TIDUR DENGAN TERAPI KEUPAYAAN ELEKTRIK


Di majlis pelancaran untuk media hari ini, Amlife memperkenalkan kelengkapan tempat tidur penjagaan kesihatan tidur yang bertujuan untuk “menjana kesihatan daripada tidur" secara semula jadi (terapi semula jadi tanpa ubat, tanpa suntikan, tidak invasif) untuk merangsang proses penyembuhan semula jadi badan.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Tilam Terapi Haba dari AmLife

Produk penjagaan kesihatan tidur Amlife diiktiraf sebagai kelengkapan tempat tidur kesihatan perubatan yang pertama sepertinya di negara ini, yang dapat menangani penjagaan kesihatan yang sewajarnya dan memberikan terapi pemulihan untuk pelanggan senmasa mereka tidur atau berehat. Tilam rawatan keupayaan elektrik AmLife 100% diimport dari Jepun.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Para panel bersama tilam yang dapat membantu tidur yang berkualiti

Amlife telah mengilham dan membangunkan bersama pakar-pakar teknologi Jepun tilam rawatan tidur yang menggunakan Terapi Keupayaan Elektrik dan Terapi Haba yang terbukti secara saintifik dapat menjaga kesihatan secara holistik.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Alat kawalan untuk Tilam terapi haba AmLife 
Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Tilam ini boleh diletakkan di atas mana-mana katil


Pada asasnya, terapi keupayaan elektrik mengecas semula badan dengan ion positif dan memulihkan fungsi sel ke tahap optimum. Fungsi terapi haba adalah untuk menyelimuti pelanggan dengan kehangatan yang memberi kelegaan dan keselesaan hingga memasuki mod tidur nyenyak bagi membolehkan badan mula pulih dan sembuh sendiri. 

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Demo untuk membuktikan pengaliran tenaga elektrik dalam badan

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Kalau bersentuhan juga mampu mengalirkan tenaga elektrik

Berasal dari Jepun seawal tahun 1928 dengan sokongan kajian klinikal selama 40 tahun, terapi keupayaan elektrik telah diiktiraf dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun sebagai satu teknologi perubatan yang dapat menambah baik 8 gejala seperti Sakit Kepala, Insomnia Teruk, Sakit Bahu / Tengkuk, Sembelit, Tidak Hadam, Kaki & Tangan Sejuk, Sakit Saraf / Otot, dan Kelesuan Kronik

Kini, tilam terapi haba keupayaan elektrik Amlife telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun, Malaysia dan Taiwan sebagai peralatan perubatan dan Amlife diiktiraf sebagai pusat elektroterapi terbesar di Malaysia oleh Buku Rekod Malaysia.  Ia juga telah melepasi beberapa ujian pemeriksaan ketat termasuk pensijilan Pengurusan Kualiti Antarabagsa ISO 9001:2008.

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Ada banyak kelebihan tilam terapi haba dari AmLife ni

Beberapa pesakit yang berdepan dengan isu insomnia juga menceritakan tentang cabaran tidur mereka dan kesannya ke atas kesihatan/kehidupan mereka sehinggalah mereka menemui cara untuk memulihkan kesihatan dan meneruskan kehidupan. So, bila dengar testimoni dari mereka, aku pun tak ketinggalan untuk mencuba juga tilam terapi haba dari AmLife ni..

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Aku pun turut berpeluang mencuba tilam terapi haba AmLife

Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife
Best.. rasa nak lena je kat situ

Balik dari majlis Kempen CSR Hari Tidur Sedunia bersama AmLife ni banyak input yang aku dapat terutama mengenai faktor-faktor penyumbang gangguan tidur dan kesan terhadap kesihatan dari segi mental dan fizikal. So, lepas ni nampaknya kena la jaga waktu tidur. Lagi best kalau dapat tilam terapi haba dari AmLife satu kat rumah. kan kan. So, sape yang nak tau lebih lanjut pasal AmLife dan produk mereka boleh rujuk di www.amlife.my... adios..


Post a Comment

19 Comments

  1. Macam menarik je tilamnya... Bro sejak ada anak, memang ada masalah gangguan tidur hahahah Kalau tidak, asal nampak bantal pun dah lena, kenkadang berbantalkan lengan je..

    ReplyDelete
  2. Allahu macam tau -tau je nak cari katil dengan tilam. haha bape harga dia weh. pastu kan berbaloi tak ko invest untuk tilam? pendapat tau

    ReplyDelete
  3. I think most of us usually will spend more time on electronic items before we go to sleep. That mean our mind not 100% shut down when sleeping and electronic also bring effect to good quality sleep. Have not try Amlife products and wondering how good it helps in promote a better sleep.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada gangguan tidur ni memang stress lah. Esoknya mesti ala ala 'zombie'. Ada juga pernah dengar cara2 / tips untuk buatkan kita senang tidur.

    1. Bauan yang lembut dalam bilik seperti lavender untuk effect tenang.
    2. Pakai stokin masa nak tidur.
    3. Tutup semua lampu dan pastikan bilik gelap.
    4. Mandi air suam sebelum tidur pun boleh membuatkan kita rasa relaks.
    5. Minum susu sebelum tidur.

    ReplyDelete
  5. Kempen ni sangat bermanfaat untuk bagi yang susah nak tidur macam saya. Saya ni jenis susah nak tidur. Tidur lambat..tapi bangun awal. Tak cukup tidur. Hehehe. Terima atas info. :)

    ReplyDelete
  6. Ada juga masalah bila dah elok lena.tetiba terjaga...dan nak tidur balik dah susah... Sakit kepala jadinya...

    ReplyDelete
  7. Alamak.... Terkesan laaa
    Nina laaa antara 9/10 rakyat malaysia yang susah tido. Kena try ni...

    ReplyDelete
  8. Dah ada hari tidur sedunia plak..bagus campign ni..kena la kita yang dewasa ni cukupkan tidur kan..macam akak ni ha..weekend je tak cukup tidur..hahahaha...so lepas ni jom sahut kempen jaga waktu tidur untuk kesihatan

    ReplyDelete
  9. Bestnya tilam ni. Ala tilam kat caragem jer akk tgk. Tapi klu sama mmg bagus sebab rmi yg guna dapat pulihkan masalah blkg

    ReplyDelete
  10. Wah, menarik program macam ni..
    Setuju sangat, memang gen millenial ada masalah insomnia. Tidur tak pernah tak terganggu...
    Maybe boleh try lah tilam ni... Mana tahu mujarab. Hee

    ReplyDelete
  11. Ana ada baca yang lately ni kes insomia semakin meningkat. Risau pula dengar. Menarik sangat tilam ni. Dah terbukti mampu rawat kes insomia. Bagus kan.

    ReplyDelete
  12. Ada hari tidur sedunia bestnya satu hari boleh tidur tanpa gangguan heheheh tapi tengok Dikbee tidur selesa tu kita juga rasa nak tido sekarang ni...

    ReplyDelete
  13. macam best je tengok tilam perubatan tu.. mesti rasa sengal-sengal badan pun kurang lepas tidur atas tilam tu kan.. hemm.. TB pun baru tahu ada 100 jenis ganngguan tido .. hubby TB pun macam tu.. imsomnia.. susah nak tidur

    ReplyDelete
  14. Bestnya tilam perubatan ni dapat merawat masalah tidur ni. Kadang-keja letih malam buat blog memang tak cukup tido kan. Nak keja deadline kerja dan blog. Weekend banyak juga habiskan masa dengan tido kalau dah takde review.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  15. Kempen CSR Hari Tidur Sedunia sempena memperingati Hari Tidur Sedunia 2018. Ini adalah hal baru bagi saya. Tak pernah dengar sih sebelumnya tentang ini

    ReplyDelete
  16. Hari tidur sedunia... if i wanna sleep i really can sleep 24 hours.. lolz.. the mattress really look interesting for me. Wanna check this out... so at least i can find solution for my insomia.. (sometimes i do have insomia)

    ReplyDelete
  17. Eh wujud rupanya hari tidur sedunia ni. Haha emi baru tahu. Selama ni tak tau pun.

    ReplyDelete
  18. Terapi di atas katil. Sedapnya.. kadang tidur pon boleh buat sakit. Sebab tu kena pilih material yang berkualiti untuk dapatkadapatkan tidur berkualiti. Badan pon segar lepas bangun tdo

    ReplyDelete