NASI DAUN PISANG DI BANANABRO BERJAYA TIMES SQUARE

by - 28.4.18

NASI DAUN PISANG DI BANANABRO BERJAYA TIMES SQUARE | Assalamualaikum semua.. Sape sini suka makan nasi daun pisang?? Sedap kan.. Terbayang nasi yang dihidangkan atas daun pisang dengan kuah kari yang pekat serta lauk pauk yang penuh dengan rasa rempah. Gerenti makan sampai licin. Ishh.. Ni semua gara-gara teringatkan keenakan nasi daun pisang yang sedap kat BananaBro la ni.. Boleh dikatakan nasi daun pisang the best in Kuala Lumpur tauu.. ha, meh nak share dengan korang pasal restoran ni.

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square

Restoran BananaBro ni terletak di LG-59B, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Senang nak pergi sebab ia dalam shopping mall. Kalau tak silap restoran ni baru je dibuka pada 5 Mac 2018 yang lalu. Kiranya still baru la dan ini merupakan cawangan pertama mereka. Patut la masa aku mai tu restoran dia nampak macam baru. Ruang makan dia pun besar dan selesa. 

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Kaunter di BananaBro

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Ruang makan yang luas dan selesa

Seperti mana yang kita tahu nasi daun pisang ni merupakan hidangan istimewa yang berasal dari India. Ia merupakan makanan bagi mereka yang tidak makan daging (vegetarian). Daun pisang digunakan sebagai alas menggantikan pinggan kerana dipercayai bahawa haba dari nasi panas akan menyebabkan daun pisang membebaskan bahan yang dapat membantu penghadaman dan menghasilkan bau wangi yang dapat membangkitkan selera makan. Ha, sama macam nasi lemak daun pisang tu la..

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Makan nasi daun pisang ni lagi puas guna tangan

Tapi kat Malaysia ni aku yakin nasi daun pisang ni bukan orang india je yang makan, semua kaum pun suka makan termasuk aku. Ha, kalau korang datang ke BananaBro ni aku suggest korang order menu utama mereka iaitu Nasi Daun Pisang dan Nasi Lemak. Untuk air pulak korang kena order Teh Tarik Lawa dan Lassi.

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Antara menu yang ada di BananaBro


NASI DAUN PISANG BANANABRO

Nasi daun pisang di BananaBro ni didatangkan dalam bentuk "Craving Set" yang terdiri dari nasi putih atau nasi beras perang, 3 jenis sayur (tauge, peria, timun), 4 jenis kuah (kari ayam, kari ikan, kari kacang hijau, dhal), papadom, yogurt dan rasam. Yang menariknya untuk set ni setiap item yang aku sebut tadi boleh refill mengikut keperluan kita. Mana la tau tak cukup nasi ke, sayur ke, ha boleh mintak tambah ye.

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Craving set bersama lauk tambahan

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
3 side dishes sayuran yang boleh ditambah bersama rasam dan yogurt

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
4 jenis kuah

Rasa macam tak sedap pulak makan sayur je kan. Ha, ada beberapa lauk yang boleh diorder sebagai lauk tambahan seperti Chicken 65, Mutton Varuval, Chicken Varuval, Fried Chicken, Fried Squid Rings, Fried Tenggiri, Crispy Bilis dan Sambal Petai. Antara banyak-banyak tu aku suka Mutton Varuval dengan Fried Squid Rings. Sedap. Memang kena dengan citarasa aku.

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Fried Chicken

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Chicken 65

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Fried Tenggiri

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Fried Squid Rings

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Chicken Varuval

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Mutton Varuval

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Sambal Petai

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Crispy Bilis

Harga bagi Nasi Daun Pisang Craving Set bermula dengan harga RM12.90 dan jika kita ambil lauk tambahan, maka harga akan meningkat mengikut menu yang kita tambah. Bagi yang datang waktu malam, ada set Dinner Combo dimana kita boleh ambil Craving Set + Chicken 65 dengan harga RM17.90.


NASI LEMAK BANANABRO

Bagi mereka yang datang sarapan pagi di BananaBro, korang patut cuba menu Nasi Lemak Limited kat sini. Nak tau kenapa aku suggest nasi lemak ni? Ha, sebab first time aku makan nasi lemak ada acar sayuran. Nampak pelik kan tapi serius aku cakap ia satu gabungan yang mantap sebab acar tu sedap. Oh ya, nasi lemak ni siap ada ayam goreng dan telur tau. Ditambah pulak dengan sambal nasi lemak yang tak berapa pedas dan juga kacang dan ikan bilis yang rangup, fuhh.. memang sedap.

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Makanan kegemaran rakyat Malaysia

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Nasi Lemak BananaBro

Harga bagi Nasi Lemak Limited yang ada ayam goreng ni RM11.90. Mahal?? Sesuai dengan rasa dia weii.. sekali rasa mesti mai lagi.


TEH TARIK LAWA

Untuk minuman, aku order Teh Tarik Lawa. Masa order tu aku ingatkan air minuman panas, rupanya air teh ais. Aishh, selalunya teh tarik ni panas, macam mana plak boleh jadi ais ni. Tapi tula kot specialnya air minuman kat sini. 

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Teh Tarik Lawa

Tapi part mana pulak yang lawa tu? Eh, bukan nya kita boleh jadi lawa lepas minum tau.. haha, sebenarnya Teh Tarik Lawa ni dapat nama sebab buih yang banyak sampai keluar-keluar dari gelas. Tu sebab nampak lawa.. hehe.. Dari segi rasa bagi aku teh tarik lawa ni sedang-sedang elok je. Heyy.. jangan minum manis-manis tau, tak elok untuk kesihatan. Harga Teh Tarik Lawa RM4.90 sahaja.


LASSI

Kalau makan restoran nasi daun pisang, rasa tak complete kalau tak order air minuman Lassi. Maklumla, makan kari kan, mesti rasa panas. Bila sedut je air lassi yang sejuk terus rasa segar. Kat sini ada 4 jenis air lassi yang boleh order iaitu Original, Mango, Strawberry dan SourSoup. Harga air Lassi adalah RM6.90.

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Lassi

Overall bagi aku semua menu makanan kat BananaBro ni sedap dan kena dengan tekak aku. Lagipun lokasi restoran BananaBro yang terletak dalam shopping mall ni membuatkan kita rasa lebih selesa nak makan. Betul tak. Dengar cerita akan datang mereka nak buka cawangan di Mid Valley. Ha, lagi senang la nak pergi. Tak sabar weii.. 

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Nasi daun pisang terbaik di Kuala Lumpur

So kalau korang nak cari nasi daun pisang yang sedap di Kuala Lumpur, boleh datang ke BananaBro di Berjaya Times Square.. Ajak adik, kakak, mak,ayah dan kengkawan semua sekali sebab nasi daun pisang ni syok makan beramai-ramai.. hehe.. Adios

Nasi Daun Pisang Di BananaBro Berjaya Times Square
Meh ramai-ramai ke BananaBro di Berjaya Times Square

Banana Bro Times Square
LG-59B, Berjaya Times Square
Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

Dibuka setiap hari : 8.30am - 10pm

Facebook :

Instagram :

Website :



You May Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Allahuuuu terliurnyaaaa,lama dah teringin nak makan nasi daun pisang huhuuu...

    ReplyDelete