BUFFET RAMADHAN 2018 - RESTORAN RIVERSIDE PWTC | Assalamualaikum semua... ha, tengah buat apa tu?? Tengah survey buffet ramadhan ke?? Dah jumpa ke lokasi pilihan hati? Kalau belum meh aku share satu lagi lokasi yang menyediakan buffet ramadhan sepanjang bulan puasa ni. Lokasi ni terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Restoran Riverside PWTC.
Rasanya semua orang tahu kan di mana letaknya PWTC ni. Terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah Sunway Putra Mall, senang sangat nak ke sana sama ada dengan menaiki kenderaan sendiri ataupun guna public transport sebab kat tepi tu ada stesen LRT PWTC. Jadi takde masalah kalau nak ke sini kan.
Tahun 2018 ni Restoran Riverside PWTC menampilkan konsep pasar malam kerana menyedari yang rakyat Malaysia ni suka pergi ke pasar malam ataupun kalau bulan Ramadhan ni ke Bazar Ramadhan. Bukan apa, makanan kat sana lebih ringkas dan ada banyak pilihan. Jadi inilah pendekatan yang diambil oleh pihak PWTC dengan menawarkan pelbagai menu seperti di pasar malam tetapi di dalam ruangan berhawa dingin. So, tak perlu la nak bersesak-sesak kan. hehe...
Terdapat lebih kurang 300 pilihan juadah dan 24 buah gerai makanan telah disediakan untuk para pelanggan. Wow banyak tu. Antara menu makanan yang ada di Restoran Riverside PWTC ni adalah seperti apam balik, char kuey teow, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, roti canai, nurtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rojak, air tebu, air mata kucing dan banyak lagi.
Selain dari tu, ada banyak juga lauk pauk melayu yang akan membangkitkan selera hasil dari air tangan team Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih. Antaranya seperti Ayam Kampung Goreng Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Daging Rendang Tok, Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan, Udang Masak Lemak Nenas, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Sotong Sambal Petai, Gulai Kawah Daging dan Paru, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak dan macam-macam lagi. Paling special Kambing goreng berempah. Ha, yang ni korang kena rasa. Memang lain dari yang lain.
Nasi Goreng dan Char Kuey Teow macam kat pasar malam |
Nasi Kandar |
Nasi Kerabu |
Aneka Mee Berkuah |
Pelbagai goreng-gorengan |
Selain dari tu, ada banyak juga lauk pauk melayu yang akan membangkitkan selera hasil dari air tangan team Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih. Antaranya seperti Ayam Kampung Goreng Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Daging Rendang Tok, Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan, Udang Masak Lemak Nenas, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Sotong Sambal Petai, Gulai Kawah Daging dan Paru, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak dan macam-macam lagi. Paling special Kambing goreng berempah. Ha, yang ni korang kena rasa. Memang lain dari yang lain.
Ayam Kampung Goreng Kunyit |
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api |
Daging Rendang Tok |
Udang Masak Lemak Nenas |
Sotong Sambal Petai |
Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak |
Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak |
Kambing goreng berempah |
Tak lengkap rasanya kalau pergi ke Buffet Ramadhan tak de Kambing panggang dan satay kan. Ha, kat sini mesti la ada. Sedap juga kambing dia sampai 2 kali aku pi amik. Favorite ni. Lepas makan, jangan lupa untuk legakan perut dengan pelbagai jenis pencuci mulut dan juga ABC yang meriah dan warna warni ni.
Kambing Panggang |
Satay Ayam dan Daging |
![]() |
Lemang dan serunding |
Pelbagai jenis kek |
Pelbagai jenis kek |
Pelbagai jenis kek |
Pelbagai jenis desserts |
Pelbagai jenis buah-buahan |
Pelbagai jenis kuih muih tradisional |
ABC warna warni |
kumpulan Picha-Picha ft Linda Eva |
Harga Buffet Ramadhan 2018 Restoran Riverside PWTC
RM88 nett dewasa
RM45 nett kanak-kanak (7-12 tahun)
RM75 nett warga tua (60 tahun ke atas)
RM75 nett warga tua (60 tahun ke atas)
Early Bird :
RM75 nett
(tempahan sebelum 16 Mei 2018)
Tarikh : 17 May - 13 June 2018
Bagi yang datang untuk berbuka puasa secara berkumpulan ataupun inginkan Pakej Bankuasi/Korporat, kat sini pun ada disediakan ruang yang lebih selesa iaitu di Dewan Bankuasi. Pakej ini termasuk hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruang solat khas, dan bayaran parking secara tetap sebanyak RM5 sahaja (bermula 6 petang). Berikut harga bagi Pakej Bankuasi :
![]() |
Jom berbuka puasa di Selera Ramadan PWTC |
Harga Pakej Bankuasi/Korporat
RM98.00 nett seorang
(tempahan 100 orang ke atas)
RM115 nett seorang
(tempahan minima 50 orang)
Sebarang tempahan silla hubungi :
Tel : 03-26146701/6702 atau 03-26146262
Website : www.pwtc.com.my