ASPIRO SDN BHD MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA

ASPIRO SDN BHD MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Setelah setahun 6 bulan duduk rumah tanam anggur, akhirnya aku berjaya mendapat kerja. Alhamdulillah, syukur sangat ada syarikat yang sudi mengambil aku bekerja. Sepanjang proses mencari kerja, baru aku sedar betapa banyaknya saingan dalam permohonan pekerjaan. Ini mungkin kerana terlalu ramai graduan yang masih mencari kerja. Jadi, hari ni aku nak kongsi satu peluang untuk mereka yang masih mencari kerja terutama kepada para graduan.


Pernah dengar mengenai Aspiro Sdn Bhd ? Secara jujurnya ini pertama kali aku mendengar nama syarikat ni. Terletak berhampiran dengan stesen LRT dan Komuter Subang Jaya, Aspiro merupakan sebuah syarikat berstatus MSC dan menjadi pusat perkhidmatan perniagaan secara global yang pertama di Malaysia. Di sini mereka menawarkan perkhidmatan yang terbaik terutama untuk perkhidmatan sumber manusia, teknologi maklumat, kewangan dan perakaunan kepada lebih 80,000 pengguna termasuk Indonesia dan China.


Baru-baru ini berlangsung Majlis Pelancaran Aspiro sebagai Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Yang Pertama Di Malaysia. Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Mohd Zahid Abdullah, Senior Director of Services Sector Development Division of the Ministry of International Trade and Industry (MITI), Dato’ Ng Wan Peng, COO of Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mr Goh Lin Piao, Managing Director of Asia Pulp & Paper (APP), Mr Gan Bock Herm, Country Manager of Jobstreet Malaysia, Mr. Thomas Lim, Director of Corporate Services, Aspiro Sdn. Bhd.

Walaupun baru memulakan perkhidmatan pada Disember 2017 tapi Aspiro kini telah mendapat memberi perkhidmatan kepada Syarikat Asia Pulp & Paper, sebuah syarikat pembekal kertas yang terbesar di dunia. Wow, hebat tu.. Aspiro juga mensasarkan sebanyak 450 hingga 500 peluang pekerjaan sehingga hujung tahun dan dijangka akan terus meningkat sebanyak 1500 pekerjaan pada penghujung tahun 2019 nanti.


Aspiro mengalu-alukan para graduan untuk menyertai mereka dan akan diberi latihan untuk memberikan perkhidmatan kepada klien mereka. Di sini setiap pekerja akan didedahkan dengan cara kerja secara teamwork, suasana tempat bekerja yang selesa dan juga menggunakan sistem teknologi yang canggih. Sebagai contoh kat sini kalau nak apply cuti ke, nak submit claim ke atau nak dapat segala info terkini semuanya melalui aplikasi telefon. fuh.. bestnya.

So, bagi sesiapa yaang masih lagi mencari kerja, aku rasa Aspiro merupakan tempat yang sesuai untuk korang memulakan dunia kerjaya dan dapat menonjolkan diri dengan bakat dan skill yang sebenar kerana Aspiro akan menjadi platform untuk korang menyerlahkan diri sebelum dihantar untuk berkhidmat di dunia korporat yang terpilih.


Seronoknya kalau dapat berkhidmat di Aspiro ni. Tapi nak buat macam mana, aku telahpun dilamar oleh satu syarikat pembinaan. Lagipun bidang aku tak ada kat Aspiro ni. Jadi sesiapa yang kelulusan bahagian Sumber Manusia (HR), Teknologi Maklumat (IT), Akaun dan Kewangan, boleh la mohon di Aspiro Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.aspiro.co


Post a Comment

3 Comments

  1. Eh, tak tahu pula Dik Bee menganggur 6 bulan dulu.. eh sebelum nie kerja apa?

    ReplyDelete
  2. Hi, I dpt iv di aspiro company. Can u give some tips bcs it's group iv. Have u been iv before ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, ala sorry tak dapat bagi tips.. sy tak pernah dpt IV kat sini. Aritu just pi melawat je. Apapun good luck to you...

      Delete