BUFFET RAMADHAN 2018 - BANGI GOLF RESORT

by - 20.5.18

BUFFET RAMADHAN 2018 - BANGI GOLF RESORT | Assalamualaikum semua.. Bila tiba bulan ramadhan ni aku pasti ramai yang dok usha buffet ramadhan kan. Iye la, sekali sekala bawak keluarga dan kawan-kawan berbuka puasa kat luar, seronok jugak kan. Kalau ikutkan memang banyak je lokasi yang menawarkan buffet ramadhan ni tapi bergantung pada harga la. Ada yang mahal dan ada yang murah. Tapi hari ni aku nak share satu lokasi untuk buffet ramadhan 2018 yang boleh dikatakan murah dan berbaloi iaitu di Bangi Golf Resort.

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort

Kalau ikutkan ini dah tahun ke-4 aku berbuka puasa di sini. Memang setiap tahun tak pernah miss tau. Tudiaa, dasat kan. Haaa.. mesti korang nak tau kan kenapa aku suka ke sini. Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan aku suka datang ke sini tapi kat sini aku senaraikan 13 keistimewaan berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Harap-harap dapat memberi panduan kepada korang untuk memilih Bangi Golf Resort sebagai salah satu lokasi untuk korang berbuka puasa nanti.

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Kali ni aku pergi bersama Deana


13 Keistimewaan Iftar Di Bangi Golf Resort


😍 Masakan Melayu dan Tradisional
Di Bangi Golf Resort ni ada menghidangkan pelbagai menu masakan melayu termasuk Nasi Kerabu. Tapi apa yang membezakan nasi kerabu di sini berbanding di tempat lain, di sini mereka menggunakan ulam-ulaman yang ditanam sendiri di dalam kawasan premis mereka sendiri. Ha, dah tentu la organik dan tiada bahan kimia. Selain tu bagi kawan-kawan dari Sarawak dan Singapura yang rindukan kampung halaman, kat sini ada menu istimewa Laksa Sarawak dan Laksa Singapura. Sedap tau..

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Nasi Biru a.k.a Nasi Kerabu

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Laksa Singapore

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Laksa Sarawak

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Roti Jala


😍 Hidangan Barat Moden
Kalau rasa nak makan makanan western pun ada gak kat sini. Ada Lasagna Ayam dan juga Spaghetti. Tapi ada satu menu yang korang kena cuba sebab setakat ni aku tak pernah jumpa kat mana-mana. Kiranya ni signature dish la kat Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ni iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Nampak simple tapi bila dah digaul dan disuap ke dalam mulut, terus teringat sampai bila-bila. hehe

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Penne Carbonara

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Spaghetti Bolognese


😍 Sajian Eksklusif
Kalau datang ke mana-mana buffet ramadhan, mesti semua orang cari kambing bakar kan. Betul tak? Ha, kat sini pun ada jugak. Rasa kambing bakar kat sini memang sedap dan selalu jadi tumpuan. Silap-silap memang kena beratur panjang. Tapi jangan risau, kambing bakar kat sini sentiasa mencukupi. Selain dari kambing bakar, satay ayam dan daging pun ada. Sedap jugak.

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Kambing Bakar

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Satay


😍 Sajian Chinese Style
Sajian melayu ada, western ada, ha sajian chinese style pun ada tau. Kat sini ada hidangan nasi ayam Hainan. Berbeza dengan nasi ayam yang biasa kita makan tu sebab ayam dia empuk dan berjus. Dicicah pulak dengan sos dan kicap, perghhh.. sedapnya. Pastu ada pulak daging masak lada hitam dengan Filet ikan goreng dengan sos mentega pulak.. perghhh

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Nasi Ayam Hainan

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Filet ikan goreng dengan sos mentega

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Daging masak lada hitam


😍 Pelbagai Pencuci Mulut
Bab ni memang aku salute la. Kat sini banyak giler pilihan pencuci mulut. Tiap kali datang, aku tak mampu nak rasa semua tau. Tapi antara yang aku dah rasa macam Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse. Selain tu ada juga Churros dengan Sos coklat pekat dan Tiramisu Italy, puding dan buah-buahan. Tak lupa juga kuih muih melayu. Ha, of cos la ada kan..

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Pelbagai jenis desserts

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Kek gulung

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Pelbagai jenis kek

😍 Buffet Durian
Buffet ramadhan ada durian?? Ye wakk, kat sini ada disediakan durian tetapi harga berlainan ye. Kira add on la. Tapi duarian yang disediakan ada juga Musang King dan D24. Kalau nak tempah untuk raya pun boleh kat https://www.bgrrest.com/product/durian/

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Buffet durian

😍 Disahkan Halal
Bila cerita bab makanan ni, mesti ada yang tertanya-tanya, buffet ramadhan kat Bangi Golf Resort ni halal ke? Jawapannya adalah sejak tahun 2009 lagi restoran BGR ni disahkan halal oleh Jakim. Siap dapat anugerah Restoran Paling Patuh Halal di Selnagor pada tahun lepas.

😍 Persembahan Live
Bila time makan memang orang kata tak boleh bising or bercakap. Tapi tak salah kalau ada iringan alunan muzik dan juga persembahan nyanyian secara Live. Tambah-tambah kalau lagu raya. Baru la rasa seronok. kannn..

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Persembahan live alunan muzik

😍 Parking Percuma
Salah satu faktor yang aku suka datang ke BGR ni adalah parking dia yang luas dan percuma. Biasa kalau hotel kena bayar kan. Ha, sini tak perlu. Lagipun tak perlu risau sebab boleh muat dalam 800 biji kereta dalam satu-satu masa. Jadi datang lambat pun tak de masalah.

😍 Surau Disediakan
Makan tu makan juga, jangan lupa menunaikan solat maghrib ye. Ha, kat sini ada surau yang luas disediakan untuk pelanggan yang ingin menunaikan solat. Lepas tu boleh sambung makan balik.

😍 Iftar Sambil Beramal
Bulan Ramadhan ni elok sangat kalau kita dapat membuat amalan kan. Tahu tak, kalau berbuka puasa kat BGR ni pun kita dapat beramal? Ya, setiap 1% dari keuntungan akan disumbangkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi membantu mereka yang memerlukan.

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Ukiran buah tembikai yang cantik

😍 Tiada Pembaziran
Apa yang aku respek kat BGR ni, walaupun pengunjung ramai tapi makanan mereka tetap mencukupi. Ye, memang mereka akan masak dalam kuantiti yang banyak tapi dalam masa yang sama akan pastikan tiada pembaziran kerana BGR bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan makanan yang berlebihan kepada mereka yang memerlukan.

😍 Harga Murah Dan Berbaloi
Walaupun banyak lokasi lain yang menawarkan harga buffet ramadhan yang tinggi kerana kekangan ekonomi dan juga kenaikan harga barang tetapi di Bangi Golf Resort ni harga masih dikategorikan sebagai murah iaitu :

RM59 nett untuk dewasa
RM29.50 nett untuk kanak-kanak

Ha, murahkan. Bagi aku harga yang ditawarkan di sini amat-amat berbaloi kerana hampir 200 hidangan disediakan untuk pelanggan. Alhamdulillah, setakat 4 tahun aku datang ke sini rasa makanan masih sama dan sedap. So, kalau korang nak berbuka puasa di Buffet Ramadhan 2018 Bangi Golf Resort, boleh la membuat tempahan di :

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort
Meriah di Bangi Golf Resort

No Tel (Tempahan/Pertanyaan) : 1700-81-8557

Alamat :
Bangi Golf Resort Restaurant
No 1,Persiaran Bandar,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor.

Email : sales@bgrrest.com



You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥