BUFFET RAMADHAN 2018 - RESTORAN RIVERSIDE PWTC

by - 29.5.18

BUFFET RAMADHAN 2018 - RESTORAN RIVERSIDE PWTC | Assalamualaikum semua... ha, tengah buat apa tu?? Tengah survey buffet ramadhan ke?? Dah jumpa ke lokasi pilihan hati? Kalau belum meh aku share satu lagi lokasi yang menyediakan buffet ramadhan sepanjang bulan puasa ni. Lokasi ni terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Restoran Riverside PWTC.

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Buffet Ramadhan 2018 di Restoran Riverside PWTC

Rasanya semua orang tahu kan di mana letaknya PWTC ni. Terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah Sunway Putra Mall, senang sangat nak ke sana sama ada dengan menaiki kenderaan sendiri ataupun guna public transport sebab kat tepi tu ada stesen LRT PWTC. Jadi takde masalah kalau nak ke sini kan.

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Pelbagai menu disediakan

Tahun 2018 ni Restoran Riverside PWTC menampilkan konsep pasar malam kerana menyedari yang rakyat Malaysia ni suka pergi ke pasar malam ataupun kalau bulan Ramadhan ni ke Bazar Ramadhan. Bukan apa, makanan kat sana lebih ringkas dan ada banyak pilihan. Jadi inilah pendekatan yang diambil oleh pihak PWTC dengan menawarkan pelbagai menu seperti di pasar malam tetapi di dalam ruangan berhawa dingin. So, tak perlu la nak bersesak-sesak kan. hehe...

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Menampilkan konsep pasar malam

Terdapat lebih kurang 300 pilihan juadah dan 24 buah gerai makanan telah disediakan untuk para pelanggan. Wow banyak tu. Antara menu makanan yang ada di Restoran Riverside PWTC ni adalah seperti apam balik, char kuey teow, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, roti canai, nurtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rojak, air tebu, air mata kucing dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Nasi Goreng dan Char Kuey Teow macam kat pasar malam

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Nasi Kandar

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Nasi Kerabu

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Aneka Mee Berkuah

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Pelbagai goreng-gorengan

Selain dari tu, ada banyak juga lauk pauk melayu yang akan membangkitkan selera hasil dari air tangan team Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih. Antaranya seperti Ayam Kampung Goreng Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Daging Rendang Tok, Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan, Udang Masak Lemak Nenas, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Sotong Sambal Petai,  Gulai Kawah Daging dan Paru, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak dan macam-macam lagi. Paling special Kambing goreng berempah. Ha, yang ni korang kena rasa. Memang lain dari yang lain.

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Ayam Kampung Goreng Kunyit

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Daging Rendang Tok

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Udang Masak Lemak Nenas

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Sotong Sambal Petai

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Kambing goreng berempah

Tak lengkap rasanya kalau pergi ke Buffet Ramadhan tak de Kambing panggang dan satay kan. Ha, kat sini mesti la ada. Sedap juga kambing dia sampai 2 kali aku pi amik. Favorite ni. Lepas makan, jangan lupa untuk legakan perut dengan pelbagai jenis pencuci mulut dan juga ABC yang meriah dan warna warni ni.

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Kambing Panggang

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Satay Ayam dan Daging

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Lemang dan serunding

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Pelbagai jenis kek

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Pelbagai jenis kek

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Pelbagai jenis kek

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Pelbagai jenis desserts

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Pelbagai jenis buah-buahan

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Pelbagai jenis kuih muih tradisional

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
ABC warna warni

Sambil-sambil makan, pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Picha-Picha. Ha, baru la meriah nak makan kan. Siap ada lagu-lagu best nyanyian dari Linda Eva. Silap-silap lagu raya pun ada. Baru la mood raya naik kan. Oh ya, kalau nak solat pun boleh, di sini ada surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 PWTC. Nak solat Tarawih pun boleh. Jangan risau kalau terlupa bawak telekung, kat situ ada disediakan.

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
kumpulan Picha-Picha ft Linda Eva

Harga Buffet Ramadhan 2018 Restoran Riverside PWTC

RM88 nett dewasa 
RM45 nett kanak-kanak (7-12 tahun)
RM75 nett warga tua (60 tahun ke atas)

Early Bird :
RM75 nett
(tempahan sebelum 16 Mei 2018)

Tarikh : 17 May - 13 June 2018

Bagi yang datang untuk berbuka puasa secara berkumpulan ataupun inginkan Pakej Bankuasi/Korporat, kat sini pun ada disediakan ruang yang lebih selesa iaitu di Dewan Bankuasi. Pakej ini termasuk hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruang solat khas, dan bayaran parking secara tetap sebanyak RM5 sahaja (bermula 6 petang). Berikut harga bagi Pakej Bankuasi :

Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Riverside PWTC
Jom berbuka puasa di Selera Ramadan PWTC

Harga Pakej Bankuasi/Korporat

RM98.00 nett seorang
(tempahan 100 orang ke atas)

RM115 nett seorang
(tempahan minima 50 orang)


Sebarang tempahan silla hubungi :
Tel : 03-26146701/6702 atau 03-26146262
Website : www.pwtc.com.my



You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥