JOM PI PASAR : MUNGKIN ANDA PENGUNJUNG BERTUAH

JOM PI PASAR : MUNGKIN ANDA PENGUNJUNG BERTUAH | Assalamualaikum semua.. Amboi amboi.. duk buat apa tu ? Mentang-mentang la hari ni cuti. Overtime tidoq ka??? haha.. gurau jek.. Aku yakin hujung minggu macam ni bukan hari untuk bermalas-malasan tapi hari ni la hari paling busy. Mana taknya, hari ni la hari yang paling sesuai untuk pergi ke pasar membeli barang keperluan dapur. Yela, kalau pergi hari biasa susah pulak especially bagi mereka yang bekerja. Betui tak?

Jom Pi Pasar, Mungkin Anda Pengunjung Bertuah
Jom Pi Pasar, boleh beli barang keperluan dapur

Jom Pi Pasar, Mungkin Anda Pengunjung Bertuah.. Ha, dah kenapa pulak aku buat tajuk macam tu? Ada cabutan bertuah ke kat pasar tu?? Takkan la kot.. haha.. Tapikan kalau anak dara macam aku ni bangun pepagi pi pasar, memang bertuah la sape yang masuk meminang.. ehhh ehh.. melalut pulak aku ni.. 

Jom Pi Pasar, Mungkin Anda Pengunjung Bertuah
Rajin nya pi pasar, jauh plak tu.. "kenangan di Laos"

Tak la, sebenarnya kalau korang nak tau sesiapa yang pergi ke pasar yang terpilih di kawasan Kuala Lumpur ni, korang mungkin menjadi pengunjung bertuah kerana setiap bulan seramai 150-300 pengunjung akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan mereka. Program ni dianjurkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk membantu mengurangkan beban bagi mereka yang kurang berkemampuan. Selain tu dapat menggalakkan orang ramai membeli-belah barang keperluan harian di pasar dan sekaligus dapat membantu menjana pendapatan bagi peniaga-peniaga kecil di pasar. 

Jom Pi Pasar, Mungkin Anda Pengunjung Bertuah
Kupon RM20 sempena program "Jom Pi Pasar"

Eh, mesti ada yang cakap "laaaa.. takkan RM20 je".. Ewah ewah, rezeki tu, bersyukur la ekk. Alhamdulillah.. tu pun mujur la ada yang sudi bantu. Memang satu inisiatif yang bagus dan dapat la berjimat cermat di zaman yang serba mahal ni kan. Lagipun sape nak bagi RM20 camtu je. Nampak sikit tapi sebenarnya besar nilainya kalau kita bijak berbelanja. Tambahan pula kalau kat pasar, RM20 tu boleh beli banyak juga barang keperluan sebab harga di pasar lebih murah dari pasaraya. Lagipun bahan mentah kat pasar segar-segar belaka. Kalau sayur tu pulak helok-helok belaka.. takde la layu semacam.. ha, baru la ada semangat nak masak kan. Oppss.. macam mana nak tau ikan tu segar ke tak? Nah, kat bawah ni aku share sedikit tips untuk korang memilih ikan yang segar (perkongsian dari blog siraplimau.com)

Jom Pi Pasar, Mungkin Anda Pengunjung Bertuah
Kat pasar ada banyak jenis sayuran segar dijual

Jom Pi Pasar, Mungkin Anda Pengunjung Bertuah
Ikan pun ada banyak pilihan yang segar

Tanda-tanda & ciri-ciri ikan segar ialah:
🐋 Warna kulit terang dan cerah.
🐋 Daging ikan bila ditekan terasa keras.
🐋 Mata jernih menonjol dan cembung.
🐋 Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan mengkilat, sisik masih utuh tidak banyak yang lepas.
🐋 Insang berwarna merah
🐋 Sirip kuat.
🐋 Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut.
🐋 Tidak berbau busuk.

Tanda-tanda & ciri-ciri ikan yang sudah busuk ialah :
🐋 Sisik suram dan mudah lepas.
🐋 Mata suram dan tenggelam.
🐋 Warna kulit suram dengan lendir tebal.
🐋 Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.
🐋 Dinding perut lembik.
🐋 Warna keseluruhan suram dan berbau busuk

Jom Pi Pasar, Mungkin Anda Pengunjung Bertuah
Orang ramai tak melepaskan peluang untuk dapatkan Kupon RM20

Dengar kata pemberian kupon RM20 ni dah bermula sejak April 2017 lagi.. Alahai, kenapa la baru sekarang aku tau. Ni pun hasil dari perkongsian rakan-rakan. Jadinya, benda baik macam ni harus la aku kongsikan dengan korang-korang semua pulak kan. So, diharap program sebegini akan diteruskan lagi di masa akan datang. Mana tau mungkin rezeki aku pulak dapat kupon RM20 tu. So gais, apalagi... Jom Pi Pasar, Mungkin Anda Pengunjung Bertuah... adioss..


Sumber gambar : google

Post a Comment

8 Comments

  1. Syok la jadi pengunjung bertuah tu dapat kupon Rm20, dapat la beli sayur ;)

    ReplyDelete
  2. syoknya pi pasar dapat kupon nak jugak

    ReplyDelete
  3. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  4. tulah k.el pun baru tau ni..kalau tak mesti hari2 p pasar haha..

    ReplyDelete
  5. Mengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj :)

    ReplyDelete
  6. RM20 nilai xbesar mana tapi boleh beli mcm mcm

    ReplyDelete
  7. Semoga mereka yg benar2 memerlukan dpt bantuan ni kan

    ReplyDelete
  8. betul betul. RM20 nampak kecil tapi besar nilainya. sedikit sebanyak dapat membantu :)

    ReplyDelete