HALAL BIHALAL PAGUYUBAN AMONG WORGO JOWO (PUNGGOWO) KE-10

6.8.18

HALALBIHALAL PAGUYUBAN AMONG WORGO JOWO (PUNGGOWO) KE-10 | Assalamualaikum semua.. Siapa sini orang jawa? Aku yakin ramai di antara kita yang berketurunan jawa kan. Tapi berapa ramai anak-anak muda zaman sekarang yang tahu mengenai adat dan budaya masyarakat jawa? Silap-silap bahasa jawa pun tak tau kan. Sayangnya kalau itu yang terjadi. Tapi di Indonesia perkara sebegini amat dititikberatkan oleh masyarakat Jawa disana. Bagi mereka cara hidup masyarakat Jawa harus dipertahankan maka terhasil la Acara Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (PUNGGOWO) yang ke-10 dan menghimpunkan masyarakat Jawa bagi mengeratkan silaturrahim.

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Pengalaman datang ke Acara Halal BiHalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10

Acara Halal Bihalal Punggowo ke-10 ini diadakan di Dataran Engku Putri, Batam pada 15 Julai 2018. Aku sangat bertuah kerana pada kali ini aku berpeluang ke Batam untuk melihat sendiri upacara yang gilang gemilang ni. Bayangkan la, jangkaan pengunjung yang datang pada tahun ini dianggarkan seramai 162,000 orang kot. Katanya bakal memecahkan rekod kehadiran pengunjung pada tahun lepas seramai 152,000 orang dan rekod itu berjaya.. Fuhh... memang ramai weiiii..

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Acara Halal BiHalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Pengunjung sangat ramai yang datang

Setiap tahun pemilihan tema adalah berlainan dan pada tahun ini tema yang dipilih adalah Urip Iku Urup. Apa maksud Urip Iku Urup?? Itu adalah perkataan dalam bahasa jawa yang bermaksud Hidup (Urip) dan Menyala (Urup). Tapi jika diterjermahkan ia membawa maksud "Hidup Itu Harus Bermanfaat". Inilah falsafah yang diterapkan dalam masyarakat jawa di sana dan dipegang hingga ke hari ini iaitu hidup itu haruslah berguna bagi sesama manusia dan juga alam sekitar..

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Ucapan dari Ir Istono selaku ketua panitia

Kenapa tema ini dipilih?? Tema ini dipilih kerana ia sangat relevan dengan nilai kehidupan kita sekarang. Ini kerana pada masa kini terdapat banyak persengketaan terjadi terutama apabila melibatkan isu politik. Kadang-kadang saudara sendiri pun boleh bergaduh, betul tak? Jadi apa gunanya jika kita hidup denga ego sendiri, itu kan merugikan. Alangkah bagusnya jika kita menerapkan falsafah Urip Iku Urup tak kira la kita ni siapa. Kaya ke miskin ke yang penting kita bersama-sama berganding bahu membantu sesama manusia tak kira la dari segi bantuan harta ataupun khidmat nasihat. Itu pun dah cukup bermanfaat.

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Upacara penyerahan bendera

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Penyerahan Bendera oleh Ki Lurah Punggowo iaitu DR HM Soerya Respationo SH MH

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Penyerahan Bendera oleh Ki Lurah Punggowo iaitu DR HM Soerya Respationo SH MH

Seriusly aku cukup kagum dengan semangat dan sifat bersatu padu masyarakat jawa di sini. Mereka sanggup datang walau dari jauh malah ada yang datang dari luar kepulauan Riau semata-mata untuk menghadiri upacara ini. Sebelum acara bermula, aku sempat berjumpa dengan Ki Lurah Punggowo iaitu DR HM Soerya Respationo SH MH. Beliau juga turut menyeru agar lebih ramai yang datang ke acara ini tak kira dari suku mana sekali pun.

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Ki Lurah Punggowo iaitu DR HM Soerya Respationo SH MH

Apa yang menarik mengenai acara Halal Bihalal Punggowo ke-10 ini adalah ia turut menghimpunkan lebih 70 buah kumpulan kesenian dari pelbagai daerah yang akan menunjukkan keunikan tarian mereka. Aku tertarik untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana sesebuah tarian dipersembahkan. Selalu tengok kat televisyen je. Dengar kata tarian sebegini ada menerapkan unsur mistik. Betul ke?

Atas permintaan, kami singgah di booth kumpulan tarian Turonggo Yakso dari Trenggalek. Tarian ini kebiasaan diadakan untuk upacara Baritan yang diadakan setiap tahun pada bulan Muharam bagi meraikan kemenangan penduduk kampung kerana berjaya mengusir kejahatan yang menyerang kampung mereka.

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
kumpulan tarian Turonggo Yakso dari Trenggalek

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Barongan (raksasa)

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Rupa macam naga pun ada

Tarian ini menampilkan watak barongan (raksasa) menari mengikut muzik yang dimainkan sambil disebat oleh seorang yang memegang cambuk (cemeti). Setiap kali cambuk tu dilibas, berderau darah aku. Mana taknya, bunyi libasan tu berdesing kat telinga. Ngilu je rasa. Ada jugak karektor penari bersama replika tunggangan seperti kuda kepang yang dibuat dari kulit sapi / kerbau dengan gambar kepala raksasa berambut lebat. Unik betul tarian ni. Siap ada aksi bakar kemenyan lagi.. seram wakk..

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Peralatan untuk tarian Turonggo Yakso

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Kuda kepang berbentuk kepala raksasa yang dibuat dari kulit sapi/kerbau

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
cambuk (cemeti)

Tengah khusyuk melihat tarian, sekali lagi aku dikejutkan apabila salah seorang pemain muzik dirasuk. Allahu, nervous kita wakkk.. Pertama kali melihat aksi sebegini. Tak tau nak gambarkan sama ada kejadian tu betul atau tidak tetapi dari aksi yang ditunjukkan oleh orang yang dirasuk tu memang diluar kawalan. Tapi jangan risau, aksi ni tidak akan membahayakan penonton kerana ada pawang yang akan menjaga setiap gerak geri orang yang dirasuk.

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Salah seorang pemain muzik telah dirasuk.. seramnya

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Usaha untuk memulihkan orang yang dirasuk

Satu lagi tarian yang kami lihat adalah dari kumpulan Bantengan Maheso Wono. Konsep tarian sama juga iaitu menghalau kejahatan tapi watak untuk tarian ini adalah Banteng (sejenis lembu tapi bertanduk besar) dan harimau. Menariknya, ada juga pertunjukan aksi ekstrem di mana beberapa penari membuka baju dan berbaring di atas paku dan kaca pecah. Uiks, macam mana mereka boleh baring atas benda tajam tu tanpa sebarang kecederaan?? Hanya mereka je yang tahu. Kami sebagai penonton kagum dengan kebolehan mereka.

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
kumpulan Bantengan Maheso Wono

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Wakil kumpulan Bantengan Maheso Wono menceritakan perihal tarian mereka

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Kepala banteng

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Salah seorang media dari Singapura bergambar dengan kumpulan Bantengan Maheso Wono

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Aksi baring atas paku

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Walaupun dipijak sambil baring atas paku, tetapi satu luka pun tak ada.. dahsyat

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Ini pula aksi baring atas kaca pecah sambil dia menggesek-gesek tetapi tiada luka

Selain dari pertunjukan kesenian tradisional, dalam acara Halal Bihalal Punggowo ke-10 ni juga ada menyediakan lebih dari 300 booth untuk pelbagai jenis makanan yang enak bagi setiap daerah. Dengar kata ada juga makanan tradisi masyarakat jawa yang berusia 200 tahun turut boleh diperolehi di sini. Tapi sayang, disebabkan terlalu ramai kami tak dapat masuk ke dalam Bazaar Kuliner Tradisional. Tak apa la, mungkin tak ada rezeki kan.

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Bazaar Kuliner Tradisional

So, bagi masyarakat jawa yang ada di Malaysia apa kata tahun hadapan korang ke acara Halal Bihalal Punggowo ke-10 di Batam untuk melihat sendiri kebudayaan masyarakat jawa di sana. Bukan tu je, mana tau ada rezeki korang boleh menang hadiah lucky draw. Tahun ni siap ada hadiah utama kereta dan 30 buah motorsikal untuk dimenangi. Sape la yang bertuah tu.

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Lucky draw hadiah utama sebuah kereta.. wow

Halal Bihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke-10
Barisan 30 biji motorsikal untuk lucky draw

Walau bagaimanapun, aku sangat berpuas hati dan gembira dapat diberi peluang untuk menghadiri acara yang meriah sebegini ini. Terima kasih kepada Badan Pengusahaan Batam dan Punggowo kerana sudi menjemput aku ke sana. Kalau ada rezeki next year nak datang lagi. Tak puas rasanya. Apapun hingga ketemu lagi tahun hadapan.. adios



You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *