POLLO MENDI PERKENAL DATO AC MIZAL SEBAGAI RAKAN KONGSI

POLLO MENDI PERKENAL DATO AC MIZAL SEBAGAI RAKAN KONGSI | Assalamualaikum semua.. Cakk, haish lama bebenor cuti Hari Raya Haji kali ni. Almaklum la cuti approved sendiri. Tu yang sakan sampai 10 hari. Blog pun dah terabai sebab kat kampung line semput semacam je. Balik je dari kampung terus dapat undangan ke event di Pollo Mendi Restaurant yang terletak di One City Mall, USJ. Event ni sempena memperkenalkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi di bawah jenama Pollo Mendi.

Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi

Sebelum aku cerita lanjut pasal event tu, meh ku kongsikan sikit pasal restoran Pollo Mendi ni. Restoran yang telah beroperasi sejak tahun 2015 ni menyediakan makanan Arab dan Itali. Tapi jangan risau, bagi yang jenis tekak melayu kat sini juga ada beberapa menu khas dan terbaik untuk masakan Malaysia. Aku dah cuba beberapa menu yang ada kat sana. Apa yang boleh aku katakan memang sedap weii..

Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Restoran Pollo Mendi di One City USJ

Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Chicken Mendi, Chicken Khabsa, Mee Bandung

Dalam hati terfikir kalau la dapat makan macam ni hari-hari kat rumah.. Almaklumla iols ni bukan la expert pun masak. Takat goreng-goreng, rebus-rebus tu pandai la. Tapi semua ni tak jadi masalah dah sekarang sebab Pollo Mendi bagai memahami hati sis ni. Mereka juga ada mengeluarkan produk sejuk beku dan Eeman RTE (Ready To Eat) yang memang best. Bayangkan rendang ayam, ayam masak merah, ayam masak lemak cili api, kurma ayam dan kari ayam dapat disediakan dalam masa seminit je. Magik tak?? Hanya perlu panaskan dalam microvawe sahaja dan yang penting rasa makanan tu kekal sedap sama je macam yang selalu mak kita masak. Takde rasa pelik-pelik pun.

Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Pollo Mendi juga ada produk sejuk beku

Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Mudah nak masak, hanya panaskan dalam microwave 1 minit sahaja

Sebenarnya faktor ni juga yang membuatkan Dato AC Mizal berminat untuk menjadi rakan kongsi di Pollo Mendi sebab beliau sendiri dah mencuba makanan kat sini serta menggunakan juga produk sejuk beku di rumah. Menurut Dato AC Mizal makanan kat Pollo Mendi ni sedap dan halal. Selain dari tu beliau juga berharap dapat membantu golongan bumiputera yang ingin menceburi bidang F&B dan memiliki restoran sendiri.

Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Sessi bersama media

Yesss, Pollo Mendi bukan je menyediakan makanan di restoran dan juga poduk sejuk beku tetapi turut menawarkan kepada golongan bumiputera yang ingin memiliki perniagaan restoran mewah tetapi mampu milik. Macam mana? Ha, di Pollo Mendi ada jawapannya. Antara kelebihan kalau menjadi rakan niaga Pollo Mendi tak payah susah-susah nak sediakan bahan mentah kerana semua makanan akan dibekalkan sepenuhnya oleh 'Central Kitchen' yang terletak di Puchong.

So, tak perlu risau nak cari tukang masak ke atau berpeluh2 nak masak dalam kuantiti yang banyak. Central Kitchen ni mampu mengeluarkan semua makanan menggunakan teknologi 'Blast Freeze' dan 'Blast Chill' untuk mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan. Tapi kalau rasa-rasa tak mampu lagi nak handle restoran, boleh juga pilih 'Food Truck'. Konsep sama juga makanan dibekalkan melalui Central Kitchen.

Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Pollo Mendi juga mencari rakan niaga samaada untuk restoran atau Food Truck

Menarik kan. Dalam zaman sekarang yang semakin maju ni kita kena cuba untuk mencari jalan macam mana nak meningkatkan taraf hidup. So boleh la menceburi bidang F&B bersama Pollo Mendi. Menurut Dato AC Mizal selaku Pengarah Pemasaran mereka mensasarkan Pollo Mendi akan mempunyai sekurang-kurangnya 50 cawangan dalam tempoh 5 tahun. Selain tu, mereka juga akan melancarkan semula projek Rakan Usahawan Eeman RTE (Ready to Eat) berasaskan ayam. Seronoknya.. semakin banyak cawangan Pollo Mendi, maknanya makin mudah nak makan sedap hari-hari.. hehe..

Pollo Mendi Perkenal Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Tahniah Pollo Mendi dan Dato AC Mizal

So, sape-sape berminat tu boleh hubungi : En Fazli 019-271 8445

Info : Pollo Mendi ditubuhkan pada tahun 2015, merupakan salah satu anak syarikat kepada Brainy Bunch Sdn Bhd iaitu pemilik rangkaian tadika Brainy Bunch Islamic Montessori yang mempunyai 104 cawangan di Malaysia, 4 di Singapura, 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.


Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. betul tu.. sesuai untuk yg sentiasa sibuk.. tak perlu nak berperang kat dapur :)

      Delete