PROMOSI 'SPIN AND SAVOUR' DAN ' TACOS' DI TONY ROMA'S

by - 10.8.18

PROMOSI 'SPIN AND SAVOUR' DAN ' TACOS' DI TONY ROMA'S | Assalamualaikum semua.. Hujung minggu tiba lagi. Apa kata weekend ni ajak family dan kawan-kawan makan kat Tony Roma's sebab sekarang mereka ada membuat promosi dan memperkenalkan menu baru iaitu 'Spin and Savour' dan juga 'Tacos'. Menu dari Mexico ni pasti membuatkan korang terliur. Aku sendiri dah rasa keenakkan menu yang ditawarkan di Tony Roma's ni. Memang sedap weiii.. Gerenti nak repeat lagi. Meh aku kongsikan menu-menu tersebut dengan korang.

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's


MENU SPIN AND SAVOUR


Bagi penggemar makanan bercucuk ala-ala satay pasti akan menyukai menu Spin and Savour ni. Bayangkan isi daging yang diperap dengan bahan istimewa dan dibakar sempurna dan dihidangkan panas-panas. Perghhh.. terliur pulak rasa bila teringat time makan haritu. Ada tiga jenis daging yang boleh dipilih iaitu :

Menu dan harga :

Lamb Skewer - RM48*
Beef Skewer - RM42*
Chicken Skewer - RM35*

Ketiga-tiga skewer ini didatangkan dengan tiga pilihan side dishes iaitu Tortilla Wrap & Fries, Rice & Brocolli ataupun Pasta. Tak kisah la nak pilih yang mana tapi yang pasti ia sangat sedap bila digandingkan dengan ketiga-tiga skewer tu. Nampak macam sikit kan tapi percaya la, gerenti kenyang tau.

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Menu Spin and Savour

Antara ketiga-tiga skewer ni aku paling suka Lamb Skewer sebab aku memang penggemar kambing. Biasa kalau makan western memang pilihan pertama aku adalah kambing. Rasa kambing dia memang terbaik la. Memang sedap perapan kambing dia. Beef Skewer pulak dibuat dari isi lembu yang digaul dengan rempah dan dikepal berbentuk bulat. Penuh rasa daging tau. Tapi kan Chicken skewer tu pun sedap juga dan diperap dengan rempah fajitas. Nampak je macam tak sedap sebab bahagian isi tapi bila dimakan, isi ayam tu sangat juicy. Ditambah pulak dengan sambal istimewa tu.. terbaek la rasa dia. So, sape yang tak makan kambing atau lembu boleh pilih ayam.

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Lamb Skewer with Tortilla Wrap & Fries

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Beef Skewer with Pasta

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Chicken Skewer with Rice & Brocolli


MENU TACOS


Bagi mereka yang tidak menggemari hidangan yang heavy boleh order menu Tacos. Walaupun hidangan nampak light je tapi mengenyangkan juga tau. Malah boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Aku suggest kalau pergi ramai-ramai, boleh order Tacos bersama dengan Spin and Savour. Jadi hidangan kita lebih variety. Betul tak.. Untuk tacos ni ada 3 pilihan menu enak yang boleh dipilih seperti :

Menu dan harga :
Lamb Tacos - RM21*
Beef Tacos - RM19*
Shrimp Tacos - RM23*

Tak lengkap hidangan tacos ni tanpa side dishes. Setiap hidangan akan datang bersama 1 pilihan side dishes yang boleh dipilih sama ada Potatoes Croquette, Nachos with Picante Salsa ataupun Crispy Onion Rings.

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Menu Tacos

Untuk hidangan tacos ni ketiga-tiganya aku suka kerana rasanya rangup dan isinya yang juicy ditambah pulak dengan sos yang sedap. Tapi nasihat aku, kena makan segera selepas dihidangkan sebab kalau tak nanti jadi lemau dah tak sedap. Untuk rasai kelainan korang kena try order Tacos dengan Crispy Onion Rings. Serius aku sendiri mula-mula macam tak yakin nak makan bawang tapi ini bawang bukan sebarang bawang tau. Rasa dia manis. Tak sangka ada bawang yang sedap dan disalut dengan tepung yang rangup macam ni.

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Beef Tacos with Crispy Onion rings

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Lamb Skewer with Potatoes Croquette

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Shrimp Tacos with Nachos & Picante Salsa


MINUMAN BUAH-BUAHAN ISTIMEWA


Heyy.. asyik sebut bab makan je kang tercekik pulak ye. Makan dah sedap, harus la kena order air yang special jugak kan. Ha, apa kata korang try order minuman buah-buahan yang istimewa ni. Baru la boleh fefeling kat Mexico kan. Ada 5 pilihan minuman buah-buahan yang boleh dipilih seperti :

Pina Strawberry Swirl - RM19.72*
Pina Mango Swirl - RM19.72*
Pineapple & Grape Blast - RM18.77*
Cranberry Mojito - RM18.77*
Mint & Fruit Dream - RM18.77*

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Minuman Buah-Buahan Special


SPIN AND SAVOUR BOARD


Sambil-sambil makan kalau nampak ada staff Tony Roma's bawak Spin and Savour Board ni sila la panggil. Ha, mana tau hari tu hari bertuah korang kan. Hanya perlu pusingkan dan anda berpeluang untuk memenangi hidangan percuma di Tony Roma's. Katanya boleh redeem terus tau. Antara menu yang ditawarkan sebagai hadiah adalah Bountiful Beef Ribs with any ribs & Steaks purchase, Onion loaf, Romarita dan banyak lagi. Best kan

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Spin and Savour Board

Alhamdulillah, kenyang dah perut ni. Siap dapat hadiah lagi. Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's ni bermula dari 18 Julai hingga 11 September 2018. Ha, siapa kata mahal makan kat Tony Roma's ni. Bagi aku harga kat sini sangat berbaloi dengan portion dan rasa yang dihidngkan malah ada sesetengah menu lebih murah dari restoran western yang lain. Yang penting kita kena enjoy dan menikmati setiap suapan dengan kelazatan makanan di Tony Roma's. Puas hati weii... tazzabar nak repeat lagi.

Promosi Spin and Savour dan Tacos di Tony Roma's
Jemput makan semua

Website :

Facebook :

Instagram :



You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥