OMBAK KITCHEN : SEAFOOD SHELL OUT BEST DI SHAH ALAM

by - 7.9.18

OMBAK KITCHEN : SEAFOOD SHELL OUT BEST DI SHAH ALAM | Assalamualaikum semua.. Dah lama aku mengidam nak makan makanan laut (seafood) segar yang dihidangkan secara lambak di atas meja. Alaaaa, yang orang sebut 'Shell Out' tu. Terbayang-bayang betapa sedapnya dapat meratah seafood yang segar tu dan dimasak bersama sos pilihan. Sebelum ni pernah gak makan tapi kecewa sebab seafood yang kami dapat tak segar dan tak manis. Spoil mood kitorang masa tu.

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam

Orang kata kalau dah namanya rezeki tu memang tak pernah salah alamatkan. Bagai 'Pucuk Dicita Ulam Mendatang' bila ada kawan yang ajak pergi makan seafood secara lambak ni. Walaupun lokasinya agak jauh sedikit tapi bila dengar yang restoran ni menyediakan makanan laut yang segar dan berkualiti premium, terus aku setuju nak ikut. Mana boleh tak join, dah lama mengidam kottt..

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Besar juga restoran Ombak Kitchen ni

Restoran yang aku maksudkan ni adalah Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Masa sampai tu rasa macam pelik je sebab situ merupakan kawasan shop lot baru. Tapi bila dah parking dan berjalan menuju ke hadapan restoran ternyata suasana hadapan restoran sangat best dan mendamaikan. Siap ada air pancut lagi tau.

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Boleh pilih nak duduk santai di luar atau di dalam

Tu baru bahagian depan, bila masuk dalam restoran sekali lagi kami kagum dengan hiasan dalaman restoran ni yang seolah-olah macam dalam kapal. Siap ada jaring-jaring dan tali bot lagi. Sesuai la dengan menu yang mereka hidangkan. Terasa bagai di lautan yang sebenar. Terus rasa teruja dan tak sabar nak order makanan.

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Ruang dalam Ombak Kitchen yang seperti dalam kapal

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Menu Ombak Kitchen

Untuk malam ni kami memesan 2 set hidangan shell out yang dimasak bersama 2 pilihan sos yang berbeza iaitu Ombak Hot Cajun dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese. Sebenarnya di Ombak Kitchen ada menyediakan 5 jenis sos yang boleh dipilih oleh pelanggan. Ye la, ada yang suka pedas, ada yang suka manis. Jadi boleh la pilih ikut citarasa masing-masing.

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Seafood with Ombak Hot Cajun Sauce

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Seafood with Zesty Lemon Butter with Cheese Sauce

1) Ombak Hot Cajun : Rasanya pedas dan berempah, sesuai untuk mereka yang suka pedas.

2) Dark Chilli Chocolate : Sos ni istimewa ciptaan Ombak Kitchen. Rasanya pedas-pedas manis pasti memikat selera.

3) Zesty Lemon Butter with Cheese : Bagi yang tak tahan pedas boleh pilih sos ni. Rasanya yang lemak berkrim pasti disukai ramai. Bila digabung dengan rasa manis dari seafood segar, perghh.. tak terkata enaknya. Sesuai untuk semua lapisan umur.

4) Creamy Tom Yum Sauce : Mana yang sukakan masakan ala Thai, sos ni sesuai sebagai pilihan. Ye la, selalu order tomyam seafood kan. Ha, kali ni try seafood dengan creamy tom yam pulak.

5) Buttermilk Sauce : Rasanya kalau kat tempat lain pun ada sos butermilk ni. Memang sinonim dengan menu shell out kan.

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Makanan laut kat sini semua segar, siap ada Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobster dan banyak lagi

Percaya tak kalau aku katakan kat Ombak Kitchen mereka hanya menggunakan sumber makanan laut yang segar. Kalau ketam tu, diorang guna yang masih hidup, bukan jenis yang frozen tau. Tu sebab rasa ketam lebih manis, juicy dan segar. Udang pulak bukan calang-calang semua saiz besar tau. Puas hati dapat makan kat sini. Nak lagi best, boleh order Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobster dan banyak lagi.. yummy..

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Aikk takkan makan sayur je, jangan risau makanan kat sini menyihatkan

Diet?? Haha.. berbaloi rasanya kalau cheat day semata-mata nak makan kat Ombak Kitchen ni. Lagipun makanan kat sini dimasak secara rebus ataupun steam. Takde goreng-goreng tau. Kaedah ini juga adalah untuk memastikan rasa seafood tu terpelihara dan menyihatkan. Untuk sos pula tidak menggunakan minyak masak sebaliknya menggunakan butter dan nasi pulak guna beras wangi. fuhh.. patut la Shell Out kat Ombak Kitchen ni lain dari yang lain.

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Buah-buahan, mashmellow dan durian crepe

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Rainbow Dessert

Dah kenyang makan Shell Out, kami order pulak Rainbow Dessert. Ingatkan ala-ala macam ais kacang tu rupanya sangkaan kami meleset. Terkejut bila pencuci mulut kami dihidangkan di atas hamparan kertas putih. Buah-buahan disusun bersama marshmellow dan durian crepe. Manakala sosnya pula dibentuk seperti pelangi dan gula berwarna biru ditabur berbentuk seperti awan. Cantik kan.. rasa sayang nak makan. Nak sedondon dengan konsep, malam tu aku pilih air Blue Lagoon. Baru la kena konsep kan.. hehe

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
First time makan dessert secara lambak macam ni

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Blue Lagoon

Seronok makan kat Ombak Kitchen ni. Dah la makanan sedap pastu puas hati lak tu sebab dapat makan dengan tangan. Dah nama makan seafood memang tak nikmat la kalau pakai sudu garfu. Sesuai dengan tema "Pakai Tangan Jer". Pastu suka hati la nak suap macam mana pun takde orang nak kutuk. Comot?? tu perkara biasa tapi jangan risau, ada apron dan sarung tangan untuk memastikan baju tak kotor.

Ombak Kitchen : Seafood Shell Out Best Di Shah Alam
Di Ombak Kitchen pakai tangan je, makan sepuas nya

Ternyata betul la review yang aku baca selama ni mengenai Ombak Kitchen ni. Memang sedap weii. Tak keterlaluan kalau aku katakan kat Ombak Kitchen ni menghidangkan Shell Out terbaik yang sedap di Shah Alam. InshaAllah, ada rezeki nanti nak repeat lagi makan kat sini. Berbaloi kalau bawa yang tersayang ni. hehe.. Kalau korang nak cari restoran yang menghidangkan makanan laut (seafood) secara lambak atau Shell Out yang sedap boleh la datang ke Ombak Kitchen di Bukit Jelutong, Shah Alam ni.. Memang terbaik tauu..

Waze :
Ombak Kitchen Bukit Jelutong

Alamat :
5.G.01, D'Vida Business Centre,
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam Selangor

Tel :
03- 7734 4699 / 010 - 220 5946

Email :
ombakkitchen@gmail.com

IG :

FB :





You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥