PELBAGAI MENU SEDAP DI INDOBOWL CAFE

15.10.18

PELBAGAI MENU SEDAP DI INDOBOWL CAFE | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, pagi ni rasa sejuk je sebab hujan. Tapi bila dah sejuk macam ni perut pun mula la dok berkeriuk-keriuk berdangdut. Alahaiiii..bestnya kalau dapat hirup kuah panas-panas. Ni yang buat teringat mee segera Indomie ni. Aritu makan kat IndoBowl Cafe sedap weii.. banyak isi pulak tu. Bukan tu je, kat sini juga ada menyediakan pelbagai pilihan menu Indonesian street food yang pasti dapat menambat hati pelanggan. Alang-alang dah teringat ni meh la aku kongsikan dengan korang pasal IndoBowl Cafe.

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe

Bila sebut Indomie rasanya semua tahu kan. Mee segera yang berasal dari Indonesia ni datang dalam pelbagai variasi dan perisa. Dalam banyak-banyak produk keluaran Indomie aku paling suka Mi Goreng sebab mee yang dihasilkan kenyal dan tak hancur bila digoreng berbanding mee segera yang lain. Tapi kalau korang pergi ke IndoBowl Cafe, mee segera yang mereka masak lagi sedap sebab ada banyak bahan yang ditambah. Tak caya?? Ha, ni antara menu yang aku order aritu. 

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Indomie Salted-Egg Chicken

Indomie Salted-Egg Chicken (RM11.90) - Menu yang paling aku suka antara banyak-banyak yang aku makan ni. Indomie yang digoreng sempurna bersama telur, sambal dan juga salted egg chicken. Rasa ayam tu masin-masin memang sedap, ditambah pulak dengan sambal yang pedas. Meletop-letop rasa dia bila kunyah. tu yang dok teringat-ingat sampai sekarang. yummy

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Indomie Cheesy Chicken Chop

Indomie Cheesy Chicken Chop (RM14.90) - Sekarang kan trend makanan letak cheese. So, penggemar cheese kena order menu ni. Cuma menu ni tak pedas so memandangkan tekak aku tekak melayu kena tambah sambal la.. Tapi jangan risau, rasanya memang sedap dan yang penting cheese dia banyak.. hoyeaaa

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Nasi Ayam Balado 

Nasi Ayam Balado (RM10.00) - Kalau tak nak makan mee boleh je order nasi. Menu nasi kat sini pun sedap-sedap juga. Contoh macam nasi ayam balado ni. Ayam tu bukan ayam goreng tau, tapi ayam yang digrill. So, isi ayam lembut disiram pulak dengan bawang kicap dan dimakan dengan sambal.. ayoo, dapnyaaa

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Nasi Ayam Bawang Cili Hijau

Nasi Ayam Bawang Cili Hijau (RM10.90) - Yang ni pun sedap juga, rasa bawang dan cili hijaunya memang menyengat. Uniknya siap ada telur dadar campur taugeh. I loike..

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Indomie Mumbo Jumbo Seafood Soto

Indomie Mumbo Jumbo Seafood Soto (RM39.90) - Haa.. kalau korang datang beramai-ramai apa kata order menu ni. Meriah isi dia. Kalau share tak payah nak berebut isi la. Makan panas-panas gerenti tak cukup ni. Teringat dulu-dulu zaman makan mee segera kongsi ramai-ramai kat asrama. Time tu boh telur je pun licin.. haha

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Soda Gembira & Es Cendol

Soda Gembira & Es Cendol (RM8.90) setiap satu - Selalu kalau order gelas kecil tak cukup kan. Lagipun kalau makan kat IndoBowl Cafe ni sambal diorang power oo.. memang tak cukup la, so boleh order air gelas besar ni.. 

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Meriah meja dengan makanan di IndoBowl Cafe

Bagi yang datang untuk makan tengah hari tertama bagi mereka yang bekerja berdekatan boleh la order Set Lunch. Set ni lebih murah dan yang penting dapat Free air teh o ais. Ada tiga pilihan menu untuk Set Lunch iaitu Nasi Ayam Goreng Jawa, Nasi Ayam Goreng Balado dan Nasi Ayam Bawang Cili hijau. Andai kata nak order set lunch tapi nak ubah selera pun boleh, cuma perlu tambah RM1 untuk tukar kepada Indomee ataupun tambah RM2 untuk tukar kepada nasi goreng. Air pulak boleh tambah RM4 untuk upgrade kepada Es Cendol atau Soda Gembira. Semuanya terpulang pada selera masing-masing. Yang penting tepuk perut tanya poket.. haha

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Set Lunch

Ha, ni ada something special untuk pelanggan yang datang dalam minggu ni kerana ada menu yang baru sahaja diperkenal. Memandangkan masih baru, menu ni takde dalam list of menu sebab masa aku datang tu, kiranya kami orang yang terawal merasanya. Nama menu ni adalah RoPang iaitu singkatan kepada Roti Panggang. Memang sedap walaupun nampak simple. Menu ni dikategori sebagai pencuci mulut dan sesuai juga untuk minum petang. 

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
RoPang Cheese Chocolate

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
RoPang Cheese Jagung

Ha, macam mana? Nampak sedap kan semua menu kat atas ni. Sebenarnya ada banyak lagi menu pilihan di IndoBowl Cafe ni. Next time nak datang lagi la sebab still tak boleh move on dengan semua menu especially Indomie Salted-Egg Chicken. Lepas tu nak try jugak pelbagai menu lain yang sedap seperti Sate Madura, Set Mambo Jumbo dan lain-lain. Kalau korang nak juga merasai keenakan Indonesian Street Food dan juga Indomie boleh la datang ke IndoBowl Cafe yang terletak di alamat :

Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Seronok makan beramai-ramai di IndoBowl Cafe

IndoBowl Cafe
72, Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel : 019-5426869 





You Might Also Like

2 Comments

  1. Mereciks! yang mumbo jumbo tu.
    Tapikan semua pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. woww - mcm best - nak cuba nanti

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *