PROJEKTOR LED ULTRA-MUDAH ALIH VIEWSONIC M1

PROJEKTOR LED ULTRA-MUDAH ALIH VIEWSONIC M1 | Assalamualaikum semua.. Untuk pengetahuan semua, aku ni memang sejenis yang suka layan drama kat tv. Tak kisah la cerita melayu ke, english ke asalkan cerita tu best mesti tengok. Kadang-kadang tu bila malam sampai tertidur kat ruang tamu gara-gara nak layan drama atau movie. Hurm, kan best kalau ada tv kat dalam bilik. Sekurang-kurangnya selesa sikit kan nak layan drama sambil baring.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1

Ha.. bila aku diperkenalkan dengan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1, terus aku jatuh cinta. Eh, korang jangan salah sangka pulak tau. Projektor dari ViewSonic ni tak sama macam projektor masa zaman kita belajar dulu yang besar gedabak tu. Dah la saiz dia kecil molek, senang pula dibawa ke mana-mana. Bukan takat tu je, ada banyak kelebihan pada ViewSonic M1 yang membuatkan aku rasa rugi kalau tak memilikinya.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Comel kan ViewSonic M1 ni

Baru-baru ni masa event ViewSonic M1 Media Gathering, banyak info yang aku dapat berkenaan produk ni. Ya, mungkin ramai yang tak berapa mengenali produk dari jenama ViewSonic kan. Tapi tahu tak yang sebenarnya ViewSonic ni dah lama dah ada di pasaran.


Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
ViewSonic M1 Media Gathering

Ditubuhkan di California pada 1987, ViewSonic merupakan pembekal produk penyelesaian visual terkemuka dunia. Antara produk mereka termasuklah monitor LED, paparan komersial berinteraksi, paparan format besar, paparan sesentuh dan projektor. So, no wonder la mereka mampu mengeluarkan projektor yang berkualiti tinggi seperti ViewSonic M1 ni.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Mr Chaw Foo Hong, Pengurus Negara, ViewSonic Malaysia

Dengan projektor ultra-mudah alih M1 ini, ViewSonic berazam untuk berkongsi dengan pelanggan kami rakan kongsi yang terbaik sama-ada di rumah dan juga lokasi-lokasi lain. Kami mendapati bahawa pelanggan kami kini mencari cara yang senang dan versatil untuk menikmati hiburan berkualiti tinggi walaupun di rumah, terima kasih kerana peralihan teknologi di mana semuanya fokus ke peranti mudah-alih. Hiburan di rumah harus mencapai tahap yang serupa dengan hiburan di lokasi yang profesional. Dengan M1, ViewSonic berazam untuk menyampaikan kualiti gambar dan bunyi yang tinggi.
- Chaw Foo Hong, Pengurus Negara, ViewSonic Malaysia -


Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Wakil Team ViewSonic

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Saiz ViewSonic M1 yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana

Berikut ciri-ciri yang ada pada Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 :

✔ Bersaiz kecil dan seberat 0.75 kg sahaja.
✔ Mempunyai bateri terbina dalam (build-in) yang menjanjikan kuasa sehingga 6 jam.
✔ Mempunyai 16GB memori terbina dalam (Internal Memory)
✔ Mempunyai Dwi-Speaker Harmon Kardon
✔ Mempunyai port untuk sambungan USB-2.0, USB type-C, Audio output, dan HDMI.
✔ Mempunyai slot untuk MicroSD card

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Demo cara penggunaan ViewSonic M1

Masa event tu juga kami diberi peluang untuk merasai bagaimana ViewSonic M1 ni berfungsi. Best giler weii.. Mana taknya, asal ada permukaan yang rata dan berwarna cerah boleh je pancarkan visual dari ViewSonic M1 ni. Nak pancar kat siling pun boleh tau sebab ViewSonic M1 ni ada tapak pintar yang membolehkan paparan 360 darjah. So, boleh la layan movie sambil baring.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
ViewSonic M1 mempunyai tapak pintar yang boleh pusing 360 darjah

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Boleh dipancarkan di dinding yang kosong

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Pancar ke siling pun boleh

Pastu kalau dengan kawan-kawan nak main game pun boleh. Don't worry, visual dari ViewSonic M1 ni memang tip top sebab ia mempunyai kecerahan 250 lumens dan juga ratio kontras 120,000:1. Ia juga mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan di dalam lokasi yang kecil. Ha, bagus tak Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ? Siyes kualiti gambar macam tengok kat TV full HD tau. Takde istilah kabur or image jadi kembang.


Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Main game dengan kawan-kawan menggunakan ViewSonic M1

Bila dilihat kesemua ciri-ciri yang ada pada Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ni, nampak gayanya berbaloi sangat dan nak kena beli juga ni. Senang nak bawak pi travel. So, takde la bosan sebab selalu kalau kat hotel kadang-kadang channel tak menarik, ada kalanya signal pun tak bagus. Dengan ViewSonic M1 ni just cucuk je kat telefon pintar (tak kisah Android atau Apple) pastu boleh stream terus dari telefon. Nak buat kerja pun senang.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Port sambungan pada ViewSonic M1

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
ViewSonic M1 juga ada build-in speaker

Oh ya, selain Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1, ada satu lagi projektor yang didatangkan dengan resolusi 4K Ultra HD (3840 x 2160) dengan tahap kecerahan 3500 lumens. Perkenalkan projektor ViewSonic PX747- 4K. Perghhh, yang ni lagi la best. Tapi dari segi harga memang agak tinggi sikit but still berbaloi nak beli berbanding beli TV yang mempunyai ciri yang sama. Ni kalau beli ni boleh buat panggung wayang kat rumah. Puas hati tau.



Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
ViewSonic PX747- 4K

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Puas hati dengan kualiti ViewSonic PX747- 4K

Bagi aku, projektor sebegini perlu ada bukan hanya untuk layan movie sahaja, bagi yang dah bekerja especially ahli perniagaan ataupun pensyarah sangat bagus jika memilikinya. Bukan apa, senang nak buat presentation kan. Jadi kalau ada yang berminat nak beli Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ataupun ViewSonic PX747- 4K ni boleh la rujuk link di bawah :


Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Berbaloi-baloi memiliki ViewSonic M1


Harga :
ViewSonic M1 = RM1,349
ViewSonic PX747- 4K = RM5,999

Website :


Facebook :


Post a Comment

20 Comments

  1. Senangnya ada projektor ni. Sebab mudah alih kan. Boleh guna di mana-mana aje. Sesuai untuk mereka yang terlibat dengan bidang Marketing/Sales untuk sesi pembentangan depan clients.

    ReplyDelete
  2. Projektor LED yang kecik2 cili padi ni. Sekarang ni memang orang nak barang yang senang dibawa / portable. Dah takmo dah barang yang besar2 tu Ruang penyimpanan pun satu kan. Best la boleh dibawa kemana sahaja.

    ReplyDelete
  3. syok nya kalau ada satu projektor led macam ni.. good for presentation.. dan jugak.. tak payah lah pergi cinema.. watch at home sudah cukup.. hahaha~

    ReplyDelete
  4. menarik sangat ni wak..senang nak bawak travel ke mana-mana dengan saiznya yang comel ni. Jadi kalau ke luar negara tak yah pening dah tak ada movie nak tengok kan?

    ReplyDelete
  5. Awesome. Was thinking of getting a projector for our class. But does this peojector use battery. How long is the battery life

    ReplyDelete
  6. uiii bestnya kalau ada satu malam2 memang keje tengok movie je la hiks! harga dia pun sangat berpatutan best betul kalau dapat satu hehehe

    ReplyDelete
  7. wahhhhh....giler best gadget ni...comey je..takdelah beban nak bawak besar dan berat...ok nak masuk dalam wishlist lah..

    ReplyDelete
  8. wah wah wah... da baca dlm entri blogger lain.
    benda ni kalau ada, memang best. kecik.
    terutama kalau kita travel, kan. on movie dlm hotel.
    paparkan kat dinding. mcm wayang tu!!!

    ReplyDelete
  9. memang nampak comel prejector ni..syok oo layan movie, cerita guna ni..macam ududk dekat panggung..pergh layan gambr lagi best..dah takyah tv besar2..

    ReplyDelete
  10. Menariknya. Dulu pernah ad niat nk beli sebab nk tgok movie kat bilik.hehehe. Mcm dah boleh beli kot lepas baca entri ni. Small sgt. Mudah kan nk guna.heheh

    ReplyDelete
  11. Sis tengok je dah tertarik tau, cantik dan mudah kalau nak bawak travel. Nampak gaya kalau nak kan benda ni kenalah sis menabung dari sekarang...:D

    ReplyDelete
  12. Hari tu kita pernah tengok ada telefon yang ada fungsi macam ni menarik dan best hehehe sekarang dah ada projektor yang kecil dan mudah nak bawa macam ni ok lah boleh tengok movie dimana sahaja...

    ReplyDelete
  13. Kalu AM tengok tv/movie sambil baring confirm tv tgk AM pasni.. nak nak kalu dgn alunan muzik indah, hanyutlah AM dibuatnya..hehehe.. bahaya tue org yg AM yg mudah hanyut dibuai mimpi.. apa2 pun projektor nie mmg terbaik dan trending mengikut keperluan semasa..

    ReplyDelete
  14. Kalau Yang bekerja selalu meeting & buat presentation memang wajib ada benda ni kan. Lia pun rasa nak ada satu projector untuk personal .Saiznya yang comel boleh guna untuk kerja xpun tgk movie kat rumah .

    ReplyDelete
  15. Eh menariknya. Kecik senang nak bawak, nak simpan pun tak makan ruang. Tapi tengok harga boleh tahan jugak, hehe.

    ReplyDelete
  16. Bestnya projektor ni. Senang nak bawa ke mana sahaja. Paling best gambar dia jelas dan terang besar pulak tu view dia heheh

    ReplyDelete
  17. bestny aprojektor ni..selain kecik ainya kompak sennag nak bawa ke mana sahaja..paling best viewing die besar dan jelas..mcm tgk kat wayang dah heheh

    ReplyDelete
  18. wahhhh bestnya projector mini nie. sangat convenient. boleh bawa pi mana2. nak bawak travel pon boleh. harga pon berpatutan. nampak mcm kena beli satu je nie

    ReplyDelete
  19. Bestnyaaaaa......senang macam ni..mana citer ygyg x dpt dgok kat panggung bleh download and pasang kat bilik..lepak ramai2 kan...

    ReplyDelete
  20. Bestnya..dah la compact kan..boleh la acah2 tengok wayang dalam bilik kt umah..anak2 mesti suka kalau mcm ni

    ReplyDelete