LIPTON NITRO TEA DAN MAKANAN SEDAP DI HIGH LINE RESORTS WORLD GENTING

by - 18.11.18

LIPTON NITRO TEA DAN MAKANAN SEDAP DI HIGH LINE RESORTS WORLD GENTING | Assalamualaikum semua... Bila berada di Genting Highlands pastinya kita akan cepat rasa lapar sebab sejuk. Tah la, mungkin perut aku ke hape, aku pun tak sure. Tapi seriusly tekak ni rasa nak makan something yang special aje. So, apalagi harus la Jalan-Jalan Cari Makan kan kat sini.

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Dah sampai Genting Highlands, nak makan kat mana ekk?

Jadi bagi korang yang mempunyai perasaan yang sama macam aku masa kat Genting Highlands, apa kata korang cuba something special kat sana. Apa yang special tu?? Ye, korang boleh rasai kenikmatan Lipton Nitro Tea bersama makanan yang enak dan sedap di High Line, Resort World Genting. Aku dah rasa masa ke sana minggu lalu. Memang special sebab nama je Lipton tapi tak sama langsung dengan teh lipton yang biasa kita minum.

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Lipton Nitro Tea

Untuk makluman korang, pihak Resorts World Genting iaitu Unilever Food Solutions Malaysia dan pembuat sirap terkemuka Perancis, Monin telah bekerjasama dalam memperkenalkan Lipton Nitro Tea minuman unik yang pertama seumpamanya di Malaysia untuk memberikan pengalaman yang berbeza kepada pelanggan yang berkunjung ke High Line at Resorts World Genting. Minuman sejuk yang dibuat dengan menggunakan teh dengan nitrogen, Lipton Nitro Tea merupakan pencapaian terbaik hasil penyelidikan oleh Unilever Food Solutions (UFS) dengan pakar perasa Perancis, Monin, yang menghasilkan sirip premium sejak tahun 1912.

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Boleh dapatkan Lipton Nitro Tea di Burgers & Shots

Semuanya bermula dengan #MixTealogy pada tahun 2017, di mana Lipton tea telah diselitkan dengan sirap Monin untuk mencipta pelbagai minuman dan mocktail yang berasaskan teh sekaligus berjaya membawa teh ke satu aras yang lebih tinggi. Berikutan itu, ia juga menjadi asas bagi Lipton Nitro Tea, yang menggunakan teh Lipton yang dihasilkan dari daun-daun asli yang dipetik dari ladang-ladang teh lestari di seluruh dunia serta disuntik dengan ramuan dan rasa semulajadi yang menarik dari Monin.

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Lipton Nitro Tea diperbuat dari teh yang berkualiti

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Chamomile Infusion & Green Tea With Jasmine

Air dari teh Lipton yang dihasilkan Monin kemudian dicurahkan ke dalam silinder gas nitrogen gred makanan untuk campuran selama lebih kurang tujuh jam. Daripada mencairkan cecair, kehadiran nitrogen dengan serta-merta menggelapkan minuman, mencipta teh sejuk yang sejuk yang hebat menyegarkan untuk diminum. Gelembung nitrogen ke dalam teh juga menghasilkan minuman dengan lebih berkrim yang kaya dan kaya kerana ia dihidangkan terus dari silinder ke dalam cawan.

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Tea Lipton dicurah dalam silinder gas nitrogen

Di High Line Resort World Genting kita boleh memesan 2 jenis Lipton iaitu Blue Owl Nitro Tea dan Spice Bloom Nitro Tea. Nak bagi tips sikit kat korang, untuk Spice Bloom Nitro Tea rasa dia sama macam minum air halia dan sesuai diminum bersama hidangan berasaskan daging. Manakala Blue Owl Nitro pula rasa macam air soda dan sesuai diminum bersama hidangan berasaskan makanan laut.

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Spice Bloom Nitro Tea

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Blue Owl Nitro Tea

Kalau korang nak tau kat High Line ni dah macam pasar makanan mewah dah. Mana taknya bersusun makanan laut yang masih mentah dan semuanya berkualiti. Ada pelbagai jenis ikan, lobster dan lain-lain. Rambang mata nak pilih oiii.. Bagi yang tak makan seafood jangan risau. Ada juga pilihan makanan berasaskan daging seperti burger dan sandwich. Kalau yang lidah melayu pulak boleh pilih nasi lemak gituuu. Ha, ni aku belanja korang antara menu-menu makanan yang sedap dan aku dah cuba kat High Line, Resort World Genting ni.

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Dasat makanan kat High Line ni, macam-macam ada

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Terliur tak tengok semua ni.. hehe

Amacam, mengancam tak semua menu-menu tu?? Hey, nak kata aku makan banyak letteww.. Nooo, ni semua dimakan beramai-ramai ye dan tak ketinggalan kami turut makan bersama Blue Owl Nitro Tea dan Spice Bloom Nitro Tea. Nikmat apa yang perlu didustakan lagi.. Semuanya perfect dan perut pun happy.

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Semua makanan lebih sedap bila digandingkan dgn Lipton Nitro Tea

Paling penting tempat makan pun best siap boleh tengok view yang cantik lagi. Berkeluasan 13,094 meter persegi, High Line boleh memuatkan sehingga 307 tetamu di ruangan dalam dan 180 di ruangan luar. So, sape-sape nak mai sini boleh cari High Line yang terletak di Level 4 SkyAvenue, Resorts World Genting. Waktu operasi dari 11 pagi hingga 1 pagi setiap hari tau.. ha apalagi jejomss la.. adios..

Lipton Nitro Tea Dan Makanan Sedap Di High Line Resorts World Genting
Ingat makan, ingat High Line

Untuk rujukan boleh klik di sini :


You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥