MENYANYI SEPUASNYA DI REDTAIL KARAOKE GENTING HIGHLANDS

18.11.18

MENYANYI SEPUASNYA DI REDTAIL KARAOKE GENTING HIGHLANDS | Assalamualaikum semua.. Sape kata pergi Genting Highlands membosankan. Ye, aku pasti ramai yang tertunggu-tunggu pembukaan outdoor theme park kan tapi tu tak bermakna korang tak boleh enjoy masa berada di sini. Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti menyayi sepuas-puasnya beramai-ramai di Redtail Karaoke.

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
Tak sabar nak karaoke di Redtail Karoke Genting

Elllehhh, mesti korang nak kata takat karaoke ni kat KL pun boleh kan kan kan. Tapi lain wakkk. Tak sama feel dia bila nyanyi kat tempat sejuk ni. Suara jadi lebih serak-serak basah gitu.. haha.. ni tipu. Tapi yang betulnya aku suka sangat dengan Redtail Karaoke ni sebab tempat dia menarik. Sape yang kenal Xiao Hong iaitu maskot panda merah jantan pastinya akan teruja kecomelan panda ni di sekeliling Redtail Karaoke seolah-olah tak sabar nak berkaraoke bersama kita.

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
Karektor Redtail Karaoke Genting Higlands

Dengan keluasan 3000 kaki persegi, Redtail Karaoke boleh memuatkan lebih kurang 60 pax dalam satu-satu masa dengan bilik yang boleh memuatkan 2-20 orang. Setiap bilik mempunyai tema tersendiri dan dilengkapi dengan peralatan karaoke terkini dan juga peranti skrin sentuh yang mesra pengguna. Ha, mudah tau nak cari lagu. Paling best setiap bilik ada microfon retro siap dengan stand lagi ala-ala Elvis Presley. Baru la ada gaya nak menyanyi kan.. Ni kalau nak ambik gambar ala-ala bintang superstar pun best ni. Terbayang baju merelip-relip dengan bulu-bulu sampai memegang microfon retro tu.. perghhh, baru la in character kann..

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
Sempat lagi bergambar masa tengah nyanyi.. hehe

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
Setiap bilik ada tema tersendiri

Aku pasti setiap orang mesti ada lagu favourite masing-masing kan. Ha jangan risau kat Redtail Karaoke ni ada lebih dari 10,000 buah lagu yang sentiasa dikemaskini bagi memenuhi permintaan pelanggan. Jangan tak tau, lagu latest pun ada tau. Contohnya lagu yang tengah hot dari One Avenue Band yang bertajuk 'Kisah Antara Kita'. Aku pulak macam biasa la pilih lagu favourite aku dari Agnes Monica yang bertajuk 'Tak Ada Logika'. Kah.. dasat tak lagu aku nyanyi.. hehe.

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
I pun fefeling jugak nak nyanyi

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
Banyak pilihan lagu tau
Mesti korang tertanya-tanya berapa harga nak menyanyi kat Redtail Karaoke ni kan. Ha, kat sini ada pakej secara berkumpulan seperti pakej 'Let's Sing' berharga RM200 yang sesuai untuk 3-4 pax dalam satu bilik bersama air minuman dan popcorn ayam manakala ada juga pakej 'Ladies & Gentlemen' berharga RM500 bagi mereka yang datang berkumpulan seramai 10 pax. Pakej ni didatangkan dengan pilihan air minuman dan juga kudapan seperti popcorn ayam, kentang goreng, dan sosej. Untuk mereka yang nak buat majlis keraian boleh pilih pakej ‘Party in the House’ dengan harga RM1,000 dan disediakan air minuman serta 2 hidangan popcorn ayam, kentang goreng dan ayam atau sosej lembu. Kalau tak cukup, ada juga dijual kudapan ringan seperti kacang masin dan twisties.

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
Ada pakej sekali dengan makanan

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
Tak cukup?? Boleh tambah kudapan

Sekali sekala dapat menyanyi sepuasnya di Redtail Karaoke ni best weiii.. dapat jugak release tension. Lagipun time ni la nak test vokal dengan lontaran suara yang paling tinggi. Jangan risau, takde orang nak marah pun kalau nak melalak walaupun suara ala-ala katak panggil hujan. haha.. Dibuka setiap hari dari pukul 5 petang hingga 3 pagi pastinya takkan buat kita rasa boring. Tak percaya?? datang la ke Redtail Karaoke Genting Highlands.. adios

Menyanyi Sepuasnya Di Redtail Karaoke Genting Highlands
Jom melalak di Redtail Karaoke Genting tau

Untuk maklumat lanjut sila rujuk :




You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *