RENOSKIN ORYZA LIQUID SOAP BANTU MASALAH KULIT SENSITIF

by - 22.11.18

RENOSKIN ORYZA LIQUID SOAP BANTU MASALAH KULIT SENSITIF | Assalamualaikum semua.. Setiap kali nak pergi travel aku dah mula resah. Resah bukan sebab takut atau tak cukup duit tapi resah sebab aku ada masalah kulit sensitif. Eh, apa kaitan travel dengan kulit sensitif pulak kan. Ye, bagi aku ada kaitan sebab bila travel kita akan melakukan banyak aktivit outdoor jadi kulit akan lebih terdedah kepada sinaran UV. Ini akan menjadikan kulit menjadi sensitif dan gatal-gatal.

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Bila terdedah sinaran UV kulit jadi kemerahan dan gatal-gatal

Sebenarnya aku memiliki masalah kulit sensitif yang agak teruk. Tiap kali buat aktiviti outdoor kan berpeluh. So, bila berpeluh akan menyebabkan kulit jadi gatal-gatal especially bahagian leher. Tak tahu la kenapa tapi memang sejak dari kecil macam tu. Lama-lama kulit jadi makin kemerahan dan naik ruam-ruam kecil. Pulak tu bila dah kena, lambat nak sembuh. Kadang-kadang tu makan masa berminggu jugak. Lepas tu bila dah sembuh, bahagian kulit yang sebelum ni kemerahan akan bertukar menjadi kehitaman. Adusss, satu hal pulak nak memutihkan balik. Paling geram perkara ni akan berulang setiap kali aku banyak buat aktiviti outdoor terutama bila travel. Seksa weiii..

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Mujur ada RenoSkin Oryza Liquid Soap

Terkini aku dapat panggilan untuk menaiki sebuah kapal pelayaran mewah iaitu SuperStar Cruise Gemini. Wah, hati memang melonjak gembira tapi dalam masa yang sama perasaan resah tu datang. Weiii, duduk atas kapal di tengah lautan confirm la mengeletis nanti. Mana taknya, mau terbakar kulit. Tu belum masala kulit gatal-gatal lagi.. Ayooo... Mujur la ada member perkenalkan dengan satu produk yang bagus untuk masalah kulit sensitif iaitu RenoSkin Oryza Liquid Soap.

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Sejak guna kulit dah kurang kemerahan dan gatal-gatal bila berada di luar rumah

Jujur aku cakap lepas aje aku menggunakan RenoSkin Oryza Liquid Soap ni, kulit rasa segar je. Masa tu kira-kira seminggu sebelum naik kapal. Jadi aku teruskan penggunaan sabun ni setiap hari sehingga lah naik kapal. Walaupun saiz botol RenoSkin Oryza Liquid Soap ni 300ml tapi tak risau sebab naik kapal boleh je bawak. Tak macam kapal terbang. Jadi, aku hangkut la jugak naik padahal tau dalam kapal tu mesti ada sabun disediakan.

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Nak tunjuk sikit rupa RenoSkin Oryza Liquid Soap

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Berbentuk cecair, warna coklat jernih gitu

Pejam celik pejam celik dah 3 hari berada di atas kapal. Setelah mengharungi lautan Andaman siap berpanas berhujan atas kapal, aku tidak mengalami masalah kulit gatal-gatal pun. Berpeluh tu memang ada tapi setakat berpeluh tu je la. Alhamdulillah, keputusan untuk menggunakan RenoSkin Oryza Liquid Soap ni memang berbaloi. Jadi atas rasa puas hati terhadap produk ni, apa kata aku kongsikan juga dengan semua pembaca setia blog ni.

RenoSkin Oryza Liquid Soap


RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif

RenoSkin Oryza Liquid Soap
merupakan pembersih yang direka untuk kulit yang sensitif dan kaya dengan bahan pelembab semulajadi, tiada bahan kimia merbahaya dan bertindak lembut terhadap kulit. Untuk kesan yang lebih optimum boleh pakai satu set dengan Renoskin Medic Serum. Produk ini bagus kerana :

✔ BEBAS Steroid
✔ BEBAS Pewangi & Pewarna
✔ BEBAS Paraben
✔ BEBAS Merkuri

Jangan risau, produk ini selamat digunakan kerana Oryza Liquid Soap telah didaftarkan dengan KKM (NOT 180701868 K) dan juga didaftarkan dibawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Info mengenai RenoSkin Oryza Liquid Soap

RenoSkin Oryza Liquid Soap sesuai untuk masalah kulit seperti :

✔ Kulit sensitif terhadap sabun atau pencuci yang bersifat tajam macam sabun serbuk
✔ Kulit sensitif terhadap pewangi sintetik
✔ Kulit sensitif terhadap bahan kimia seperti SLS dan Paraben
✔ Kulit eczema dan gatal-gatal
✔ Kulit berminyak

Bahan-bahan dalam kandungan RenoSkin Oryza Liquid Soap :

✔ Aqua
✔ Saponified Pure Oryza Sativa Oil (Rice Bran)
✔ Pure Coconut Extract
✔ Therapeutic Rosemary Herbs Extract
✔ Vitamin E
✔ Vitamin B6
✔ Vegetable Glycerin
✔ Premium Bofareira Herbs Extract
✔ Essential Fatty Acids (EFAs)

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Cara penggunaan RenoSkin Oryza Liquid Soap hanya perlukan beberapa titik dan campurkan sedikit air utk hasilkan buih

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Buih RenoSkin Oryza Liquid Soap lembut dan mudah meresap

Cara guna RenoSkin Oryza Liquid Soap ni sama je macam sabun yang lain. Hanya pump 1-3 titik dan letak kan sedikit air untuk menghasilkan buih yang lembut dan sapukan pada bahagian kulit yang sensitif tu. Kemudian bilas dengan air bersih. Kalau nak guna untuk muka pun boleh juga. Suka baunya yang lembut dan menyegarkan. Paling best RenoSkin Oryza Liquid Soap ni sesuai untuk pelbagai peringkat umur. So, kalau korang ada anak yang mempunyai kulit sensitif boleh juga guna sabun ni.

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Keputusan untuk memilih RenoSkin Oryza Liquid Soap adalah tepat

Ok la, ini sahaja perkongsian aku untuk produk RenoSkin Oryza Liquid Soap dalam membantu masalah kulit sensitif yang aku hadapi. Actually ada banyak testimoni pengguna yang telah berjaya mengatasi masalah kulit dengan produk RenoSkin Oryza Liquid Soap. Ni aku kongsikan beberapa testimoni tersebut. Selebihnya korang boleh baca di website RenoSkin ye.

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Testimoni 1

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Testimoni 2

So, kalau korang mengalami masalah kulit sensitif juga, boleh la cuba produk ni. Mana tau dapat membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu korang selama ni kan. Tapi macam biasa la, setiap orang mungkin berbeza kesannya. Mungkin ada yang cepat dan mungkin lambat. Jika ada sebarang pertanyaan atau pun pembelian boleh rujuk info kat bawah ni :

RenoSkin Oryza Liquid Soap Bantu Masalah Kulit Sensitif
Terima kasih RenoSkin Oryza Liquid Soap

Harga RenoSkin Oryza Liquid Soap :
RM52 (SM) / RM56 (SS)

RENOSKIN INTERNATIONAL
Jalan Gambang, Batu 5,
25150, Kuantan, Pahang, Malaysia
Tel: +60-16 490 7155

Instagram: @renoskin_hq




You May Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥