HARI 3 : SNORKELING DAN ISLAND HOPPING DI PULAU BELITUNG

by - 29.12.18

HARI 3 : SNORKELING DAN ISLAND HOPPING DI PULAU BELITUNG | Assalamualaikum semua.. Good morning... Hari ni dah masuk hari ketiga di Pulau Belitung dan hati sangat berbunga-bunga. Mana taknya, hari ni hari yang ditunggu-tunggu iaitu aktiviti snorkeling dan island hopping di sekitar Pulau Belitung. Sebelum datang ke pulau ni aku dah ada google pasal keindahan lautan kat sini. Subhanallah memang cantik-cantik weii. Tak sabar rasanya nak tengok dengan mata sendiri.. yippieee.. Tapi sebelum tu korang jangan lupa baca entri aku sebelum ni sebab aku ada kongsikan beberpa Tempat Menarik di Pulau Belitung tau..

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung

Macam biasa, lepas siapkan semua keperluan, kami pun turun breakfast dulu. Kena makan kenyang-kenyang baru la ada energy kan. Lepas makan, kami pun turun dan menaiki bas untuk menuju ke lokasi pertama kami. Tapi sebelum tu kami singgah di satu kedai ole-ole untuk membeli keperluan seperti baju dan selipar sebab ada yang tak bawak. Ni yang aku suka pasal MTN Getaways ni. Mereka sangat flexible. Tapi memandangkan aku dah ada semua keperluan so aku tak turun tapi dengar kengkawan cakap t-shirt kat situ murah. Next time kalau duduk hotel La Lucia, dah tau dah nak shopping mana. Lokasi kedai ni dekat je dalam 5 minit gitu.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Oty bercerita mengenai apa yang menarik di Pulau Belitung

Ok, lokasi pertama kami kali ni adalah Pantai Tanjung Tinggi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit gitu dari hotel. Sepanjang perjalanan mbak Oty bercerita mengenai tempat menarik di Pulau Belitung. Seronok pulak dengar cerita mbak Oty sampai tak sedar yang bas kami dah sampai. Kami semua turun bas dan berjalan menuju ke pantai. Mbak Oty kata kat sini juga salah satu lokasi shooting untuk filem Laskar Pelangi. Ada satu signage yang turut diletakkan untuk rujukan pelancong.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Pantai Tanjung Tinggi merupakan salah satu lokasi penggambaran Laskar Pelangi

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Pantai Tanjung Tinggi, cantik kan

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Bergambar reramai dulu sat

Lepas sessi bergambar beramai-ramai, mbak Oty bawa kami menuju ke celah-celah batu. Kat sini batunya agak licin jadi memang pemilihan kasut kena sesuai ye.. Kang ada pulak yang tergolekkk.. hehe. Bila dah melepasi celah-celah batuan maka sampai la kami di batu yang paling hujung atas air laut. Masa ni tak terkata dah sebab cantik sangat view kat sini. Ditambah pulak dengan air laut yang jernih kehijauan. Siap boleh nampak coral dah dasar. SubhanAllah, nikmat apa lagi yang perlu didustakan melainkan menikmati keindahan yang tak terkata ni. Apalagi, harus la abadikan gambar kat sini kan. Mujur juga ada drone. Dapat view dari atas jugak.. cantik tauuu.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Selepas melalui celah batu, jumpa lokasi ni. Cantik weiii, air pun biru kehijauan

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Pandangan atas, jernih kan. Siap nampak coral

Memandangkan masa agak mencemburui, kami kena bergerak untuk ke lokasi seterusnya. Kang kalau lambat takut tak sempat nak snorkeling pulak. So, kami pun bergerak ke lokasi untuk naik bot. Kami hanya perlu bawak barang-barang yang penting je. Yang lain boleh tinggal dalam bas. Lagi satu kalau ada beg yang kalis air tu lagi bagus untuk bawa naik bot. Jadi kalau kena percik ombak takde la basah kan.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Ini lah bot kami

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Tengok air dia.. masyaAllah, jernih yakmat

Ha, ni la rupa bot kami. Bot ni boleh muat dalam 15 orang dan jaket keselamatan pun ada disediakan. Jangan risau keselamatan diutamakan tau. Memandangkan cuaca hari ni agak baik, so laut pun agak tenang. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Seronok masing-masing menikmati pemandangan yang indah. Memang tak tergambar dengan kamera. Korang kena mai sendiri untuk tengok keindahan ni.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Memang kat Belitung ni air laut nya jernih tau. Tapi bergantung pada cuaca juga

Sebelum sampai ke lokasi untuk snorkeling, kami singgah sebentar di Pulau Garuda. Ha, nampak tak batu yang kat atas tu. Macam paruh burung kan. Ye, itu sebab pulau ini dipanggil Pulau Garuda kerana burung garuda adalah lambang bagi Indonesia. Kat sini kami berhenti sekejap dan bergambar dari atas bot je sebab kat sekitar pulau garuda tak ada pantai. Yang ada hanya ketulan batu yang besar je.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Pulau Garuda sebab batu tu macam paruh burung

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Pose dulu dekat Pulau Garuda sebab sini tak boleh turun, takde pantai

Lepas dari Pulau Garuda kami bergerak pula ke Pulau Lengkuas. Apa yang menarik kat Pulau Lengkuas ni ada satu rumah api warna putih. Menurut tour guide kami rumah api ni telah dibina pada tahun 1882 semasa pemerintahan kolonial Belanda dulu. Tapi disebabkan penduduk tempatan tak boleh menyebut 'Light House', lama kelamaan pulau ni diberi nama Pulau Lengkuas. Hingga kini rumah api ni masih berfungsi dengan baik. Nah, harus la kena bergambar depan rumah api ni kan sebagai tanda dah pernah datang ke sini.. hehe

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Pulau Lengkuas, yang diberi nama sempena Light House

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Happening tau diorang ni

Oh ya, kat Pulau Lengkuas ni kita boleh minum air kelapa percuma tau. Duk sibuk bergambar pun sempat lagi singgah ke warung air kelapa. Ye la, free kan. Harus la kena redeem. Kena pulak dengan cuaca yang panas lagi la menyegarkan. Lepas minum, sambung balik bergambar. Tak puas rasanya duduk kat Pulau Lengkuas ni sebab banyak sangat port cantik. Yang penting sempat jugak kami berposing ala-ala watak Laskar Pelangi. So, cuba teka aku watak apa?? nak tau sila tengok gambar kat bawah.. hehe

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
minum air kelapa sat, free je

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Gerai air kelapa di Pulau Lengkuas

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Pose Laskar Pelangi, sis jadi Bu mus.. hehe

Selesai bergambar di Pulau Lengkuas, kami bergerak untuk ke snorkeling point yang pertama. Sampai je ke satu tempat yang berhampiran juga dengan Pulau Lengkuas, bot berhenti dan melabuhkan sauh. Rupanya kami dah sampai. Sebelum snorkeling tour guide kitorang memberikan penerangan untuk cara-cara pemakaian goggle dan juga fin. Dua peralatan ni kena pakai bersama dengan life jacket. Ha, lepas tu sorang demi sorang terjun ke laut untuk snorkeling. Aishh, jangan tanya sis terjun ke tidak ye. Dah semestinya aku duduk atas bot je ye sebab aku memang tak reti berenang walaupun menggunakan life jacket. So, berhuhu la atas bot sambil ambikkan gambar kengkawan tengah snorkeling.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Tutorial cara pakai goggle untuk snorkeling

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Ok, ni cara pakaian untuk snorkeling - goggle, life jacket, fin

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Banyaknya ikan kat sini - model : Sunah

Bila dah puas melihat ikan berenang-renang, kami pun stop snorkeling dan bergerak ke Pulau Kepayang untuk makan tengah hari. Tak sedar langsung dah masuk waktu makan tengah hari. Ni semua gara-gara excited berenang kot. Tapi bila melangkah masuk ke restoran dan tengok menu yang dihidangkan terus perut pun berbunyi. Haishh, mana boleh tahan tengok ikan bakar, ketam masak sambal, sayur, sotong goreng tepung dengan udang bakar. Memasing senyap time makan. Lapar bebenor tu.. hihi

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Menuju ke restoran di Pulau Kepayang untuk lunch

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Menu kami untuk lunch.. sedappp

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Pose jap kat Pulau Kepayang Signages

Lepas makan kami sambung lagi snorkeling dekat point no 2. Lokasi snorkeling kali ni special sikit sebab coral kat sini lebih cantik berwarna warni. Menurut tour guide kami, kat sini banyak landak laut dan kalau bernasib baik boleh jumpa nemo juga. Teringat pulak cerita Finding Nemo.. hehe. Sementara diorang semua sibuk snokeling aku pula sibuk bergambar kat hujung bot. Ha, time ni la nak berposing kan buat kenangan.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Orang sibuk snorkeling, sis sibuk posing.. hehe

Tengah duk sibuk berposing, tetiba kengkawan yang snorkeling naik balik ke bot. Rupanya arus makin deras. Jadi atas faktor keselamatan semua kena naik balik. Ada beberapa kawan yang mengiyakan sebab diorang pun terasa hanyut. So, kami decide untuk stop snorkeling dan menuju ke satu lagi pulau iaitu Pulau Kelayang.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Time ni ombak dah kuat.. ok, rempitttt

Bila dah sampai Pulau Kelayang, cantik sangat pantai kat pulau ni. Ombak kat sini pun tak kuat. Sesuai ni kalau nak mandi tapi sebelum tu kami nak masuk Gua Kelayang dulu. Nak masuk gua Kelayang ni kena jungle trekking sket tapi tak jauh sangat la. Ha, tu la sebabnya kena pakai kasut yang bersesuaian. Gua Kelayang ni terbina dari bongkahan batu besar yang membentuk satu ruang dan di dalam ruang ini air laut masih boleh masuk. So, memang kena berendam la cite nye. Jadi pada yang bawak henfon or kamera tu kena hati-hati tau. Kang tak pasal2 bergenang air dalam screen. hehe..

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Sampai di Pulau Kelayang

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Laluan Gua Kelayang yang berbatu

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Cantik Gua Batu Kelayang ni. Batunya ada pelbagai lapisan warna

Dah puas berposing di dalam Gua Kelayang, kami bergerak pulang semula ke tepi pantai untuk aktiviti bebas. Haa.. apa lagi. Masing-masing menuju ke laut la.. Mandi time.. Seronok weii mandi kat laut yang tenang, tak dalam dan air pun jernih. Susah nak dapat pantai macam ni kat Malaysia. Tapi aku mandi kejap je sebab nak jugak bergambar sebab cantik sangat lokasi kat sini.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Syok dapat mandi laut

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Air kat sini pun jernih dan tenang

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
A lots of love from Belitung.. cantik sangat kat sini

Dalam duk bergambar nampak pulak beberapa orang budak dan emaknya dok mengetuk-ngetuk batu. Rupanya diorang cari teritip. Baru perasan kat batu tu banyak teritip rupanya. Teritip ni sejenis siput yang melekat kat batu. Adik tu cakap boleh makan terus. Aku pun try la rasa.. sedap jugak. Macam oyster rasa dia.. patut la adik tu cari. Banyak gak dia dapat dalam setengah tong gitu.

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Cari teritip

Dah puas mencari ketenangan di Pulau Kelayang, it's time to go back. Noooo.. boleh tak nak stay kat sini je. Tapi pulau ni takde orang wak.. so, kena la balik jugak. Alaaaa, sedihnya. Tambah pulak esok dah nak balik ke Malaysia. Pasti aku akan rindu tempat ni dan pengalaman snorkeling dan island hopping di Pulau Belitung memang best dan terbaik.. adioss..

Hari 3 : Snorkeling Dan Island Hopping Di Pulau Belitung
Time to go back, rindu Pulau Belitung

⬇⬇⬇⬇⬇⬇
Baca juga Artikel Pulau Belitung yang lain :
HARI 1 : SELAMAT DATANG KE PULAU BELITUNG, INDONESIA

~ PAKEJ BERCUTI KE BELITUNG ~
MTN Getaways Getting You There

No. Tel: +65 8531 3381
Email: admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:


You May Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Rindulaaaa..
    Jom lepas ni plan Hatyai tu okay heheheh..
    Geng gegirl aje yang pergi heheheh

    ReplyDelete