SPECIAL HI-TEA SEMPENA KRISMAS DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

SPECIAL HI-TEA SEMPENA KRISMAS DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ | Assalamualaikum semua.. dah lama tak buat review makan kat hotel kan. Ok, memandangkan next week ramai yang akan bercuti sempena Hari Krismas, apa kata kita bawa orang tersayang pergi makan di hotel. Ha, ni nak bagitau yang Restoran Oceania di Summit Hotel Subang USJ ada menawarkan promosi Special Hi-Tea sempena hari krismas nanti.

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Menghidangkan pelbagai jenis makanan yang enak pastinya Summit Hotel Subang USJ menjadi lokasi yang terbaik untuk makan bersama yan tersayang. Eh, jangan salah sangka. Orang yang tersayang tu tak semestinya kekasih ye, family dan rakan-rakan pun boleh. Time-time cuti ni la nak spent time with them kan.

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Mesti korang nak tau apa hidangan istimewa yang ada kat sini kan. Kalau tiba perayaan Krismas pasti ada Roasted Turkey. Yeahh, ni la signature dish yang disediakan oleh Chef Sakya iaitu Roasted Turkey, Lamb atau Beef. Hidangan ni lebih enak bila dimakan bersama mashed potatoes with cheese serta sos BBQ dan black pepper. Memang sedap tau. Aku sendiri berapa kali menambah.. hehe. Dek kerana kesedapannya, kalau nak beli roasted turkey, lamb atau beef ni secara berasingan pun boleh tau. Mana la tau kot nak jamu tetamu di rumah. Nah ni harganya :

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Date : 01/12/18-13/01/2019
Roast Turkey : RM398nett
Roasted NZ Beef Striploin : RM220nett
Roasted boneless Leg of lamb: RM 280nett
*To book 3 working days in advance.
Promotion - 10% discount Early bird pre book 15/11-16/12

Selain dari tu ada juga Seafood On Ice. Ha, sape suka seafood memang port ni la jadi tumpuan. Ada udang, mussels, scallops, dan macam-macam lagi. Semuanya segar-segar belaka. Nak-nak pulak diperah limau dan diletakkan sos masam manis. Perghh.. memang terasa kemanisan seafood tu di dalam mulut.

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Ok, bukan setakat tu je. Bagi korang yang inginkan menu berat, jangan risau. Di sini juga ada menyediakan mee goreng, nasi goreng, nasi halba, lauk pauk seperti rendang daging, ikan masak kari, ayam masak merah, butter oats prawn, sayur campur, fish finger, meat ball baked dan banyak lagi. So boleh la makan sampai kenyang tapi awas ye, jangan sampai membazir. Kalau rasa tak nak makan berat, sudut untuk noodles dan bubur juga ada.

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Tak lengkap rasanya kalau makan berat tapi tak ada desserts kan. Ya, ada banyak desserts yang comel dan menggiurkan utuk dinikmati. Bila tengok rupa desserts ni rasa macam sayang plak nk macam sebab comel sangat. hehe.. Bagi kanak-kanak, pastinya akan lebih gembira bila dapat menikmati semangkuk ABC dan juga ada live entertainment untuk menghiburkan mereka seperti magic shows, clown with ballon sculpturing dan juga real-life superhero pada 22, 23, 25, 29 dan 30 Disember 2018.

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Oh ya, sekarang ada promosi tau, setiap minimum RM50 nett makan di Oceania Restoran akan melayakkan diri untuk cabutan bertuah. Ada hadiah menarik menanti dan cabutan adalah mengikut bulanan. Jadi, apa lagi.. Bawa la keluarga dan rakan-rakan datang ke Summit Hotel Subang USJ untuk menikmati keenakan Special Hi-Tea sempena krismas. Butiran untuk harga adalah seperti berikut :

Special Hi-Tea Sempena Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Date : 22/12/18 - 01/01/19
Time : 12pm-4pm
Normal Price : RM 55 / Adult , RM38/ Child (7 to 12 yrs old),
below 7 years old dine for free ( limit to 2 child for every booking)

Entertainment ( Magic show/ Clown/ superhero)
Date appearance: 22/12, 23/12, 25/12, 29/12 & 30/12
Contact person: Mr Shogi
Rate RM450/ session (1 hour) x 5 days= RM 2250


Post a Comment

0 Comments