SAJIAN ENAK FORTUNE FEAST DI TONY ROMA'S

SAJIAN ENAK FORTUNE FEAST DI TONY ROMA'S | Assalamualaikum semua, sempena ketibaan musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini, Tony Roma's menyediakan menu istimewa yang enak iaitu Fortune Feast. Menu ini memberi kelebihan kepada mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan sepanjang musim cuti perayaan ini.

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's
Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's

Aku sendiri dah cuba keenakan menu Fortune Feast ini. Serius sampai sekarang tak boleh move on lagi. Sedap sangat. Ni yang buat nak pergi lagi ni. Tapi sebelum tu aku kongsikan dulu menu-menu yang ada sepanjang promosi Fortune Feast ni. Mana la tau kot-kot lepas baca ni korang pun nak pergi kan. So, senang la nak order. hehe..

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's
Fortune Feast

Ok, kita mulakan dengan menu yang pertama. Kalau Chinese New Year mesti ada Yee Sang kan. Tapi di Tony Roma's menu yee sang disediakan di dalam versi mereka sendiri yang dipanggil Ong Lai Salad. Dari segi rupa memang nampak serupa macam yee sang tetapi kandungan bahan yang digunakan sedikit berbeza seperti campuran salad segar, nanas, lobak merah, mentimun segar, pomelo segar, kulit wonton goreng rangup, walnut panggang dan pilihan sama ada salmon atau octopus yang disajikan dengan vinaigrette bawang manis manis. Ada 2 pilihan iaitu Prosperity Salad with Grilled Salmon (RM 58.88) atau Wealthy Salad with Baby Octopus (RM 48.88).

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's
Wealthy Salad with Baby Octopus

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's
Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's

Untuk menu utama pula ada 2 pilihan juga iaitu Reunion Meal (RM 138.88) ataupun Buddy Meal (RM 98.88). Reunion Meal adalah gabungan kambing panggang dengan separuh BBQ ayam dan Kickin’ Shrimp bersama empat hidangan sampingan. Bagi Buddy Meal pula gabungan dua bahu kambing bakar yang dipanggang dengan separuh ayam BBQ beserta empat hidangan sampingan. Dari segi rasa jangan cakap la, memang aku suggest korang pergi sendiri dan rasa. Sedap yakmattt weiii.

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's
Reunion Meal

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's
Buddy Meal

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's
Buddy Meal with 4 side dishes

Bagi yang tak nak order menu berat, apa kata korang pilih menu burger. Ada 3 pilihan istimewa iaitu Beef Burst Burger, Steakhouse Burger dan Wild Mushroom Burger. Ketiga-tiga menu burger ni berharga RM 38.88 dan dihidangkan bersama Kentang Croquette dan Sos Jalapeno. Perbezaan antara ketiga-tiga burger ni adalah Beef Burst Burger terdiri daripada brisket daging yang ditarik berair yang disajikan di atas daun kubis, tomato segar, bawang merah dan sos pedas Texas. Untuk Steakhouse Burger pula terdiri daripada daging patty yang dibakar bersama-sama dengan demi-glace, keju Harvati berkrim dan bacon ayam manakala Wild Mushroom Burger terdiri daripada burger berair yang dihiasi dengan keju Harvati yang mentega dan cendawan liar.

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's

Pilihan menu burger di Tony Roma's

Tak lengkap hidangan kalau takde air kan. So, boleh la order minuman istimewa Tony Roma's iaitu Chocolate Creamsicle, Tropical Smoothies, Shocking Ang Pow, Good Luck Float dan Pineapple “ONG” Slurp. Unik kan nama-nama minuman ni dan semuanya berharga RM 19.88 setiap satu.

Sajian Enak Fortune Feast Di Tony Roma's
Jom ke Tony Roma's sekarang

So, kalau korang mencari tempat makan yang sedap dan berbaloi untuk makan bersama keluarga boleh la bawa mereka yang tersayang ke Tony Roma's untuk sajian enak Fortune Feast. Cepat tau sebab hidangan ni akan berakhir 28 February nanti.


Untuk maklumat lanjut sila layari :

Website :

Facebook :

Instagram :




Post a Comment

4 Comments

  1. Waaaa sedapnyaaa...
    Macam nak pergi je laaaa lusa nanti...wowwwww

    Ramai kata mahal, tapi mahal dia berbaloi dengan rasa dia, betul tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye betul.. memang mahal sket tapi sedappp

      Delete
  2. Replies
    1. sekali sekala rewards diri makan kat sini tak salah kan. lagipun memang sedappppp

      Delete