TEMPAT MAKAN BEST DI AMATI COFFEE TEA & RESTO BATAM

by - 28.2.19

TEMPAT MAKAN BEST DI AMATI COFFEE TEA & RESTO BATAM | Assalamualaikum semua... Sebelum ni aku dah cerita pasal tempat-tempat menarik di Pulau Lingga kan. Ha, kali ni aku nak cerita pasal satu port lepak yang best kat Batam pulak. Kebetulan sebelum pergi ke Pulau Lingga tu kami stay sehari kat Batam kan. Alang-alang tu kita buat food review la kan cuma kali ni jauh sikit la kat Batam sana. hehe. Tempat makan best yang aku maksudkan adalah di Amati Coffee Tea & Resto Batam. 

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Lepak santai di Amati Coffee Tea & Resto Batam

Lokasi restoran ni kira-kira 20 minit dari dari Terminal Batam Centre. So, takde la jauh sangat kan. Kami disambut mesra oleh warga Amati. Ya, mereka sangat peramah tau. Kami diberi pilihan sama ada nak duduk di ruangan luar (open air) atau pun ruangan dalam (berhawa dingin). Memandangkan cuaca kat luar panaih lit lit, kitorang pilih duduk dalam je la. Tapi kalau lepak santai time petang better pilih kat luar, banyak angin.. hehe.

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Bangunan Amati Coffee Tea & Resto Batam

Ok, kalau review mesti semua nak tau apa menu yang best kan. Kat restoran Amati Coffee Tea & Resto ni mesti la yang special nya coffee dan tea kan. Di sini mereka menggunakan coffee dan tea yang berkualiti serta disediakan oleh pekerja yang mahir membancuhnya. Baru la coffee yang dihasilkan sedap dan wangi. Rumit juga penyediaan minuman ni, selalu kalau aku main campak-campak tuang air panas je.. nooo, kat sini bukan macam tu yeee.. So, penggemar coffee dan tea kena datang ke Amati Coffee Tea & Resto tau.

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Pelayan di Amati menunjukkan cara membuat coffee

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Coffee kat Amati pekat dan menyegarkan baunya

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Antara minuman yang boleh didapati di Amati

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Enaknya bau coffee ni

Untuk menu makanan pula ada macam-macam menu yang boleh dipilih sampaikan kami sendiri rambang mata nak pilih. Last-last kami letak kepercayaan pada pelayan untuk suggest menu yang best dan sedap di Amati Coffee Tea & Resto. Jadi ini la antara menu yang kami makan hari tu. Memang sedap ditambah pula dengan cili padi yang pedas, lagi la sedap. Aku suka sambal hijau diornag weiii..

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Daging Sambal Hijau

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Ayam Sambal Hijau

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Sayur campur

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Nasi Goreng Daging

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Nasi Goreng Special

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Soto

Untuk menu sampingan pula, kami dihidangkan dengan satu menu istimewa yang belum penah aku jumpa di mana-mana restoran. nak tau apa? Tadaaa.. ini la Tapai Goreng Cheese. Siapa sangka menu tapai boleh diubah menjadi bebola yang rangup di luar lembut di dalam. Rare tak? Kat Malaysia tak pernah jumpa lagi ni.

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Tapai Goreng Cheese

Seriusly secara keseeluruhan memang best lepak kat Amati Coffee Tea & Resto. Mujur la jauh kalau tak hari-hari aku sini. Bukan apa, teringat-ingat nasi goreng kambing dengan tapai goreng cheese diorang tu. Sedap sangat. So, kalau korang ada bercuti di Batam, jemput singgah di Amati Coffee Tea & Resto tau..

Tempat Makan Best Di Amati Coffee Tea & Resto Batam
Seronok lepak di Amati Coffee Tea & Resto Batam

Waktu operasi restoran : 

Isnin - Jumaat : 3pm - 11pm
Sabtu - Ahad : 9am - 12pm

LIVE MUSIC: FRIDAY & SATURDAY NIGHT

Alamat:
Amati Coffee Tea & Resto
Jalan Jend Soeprapto Buana 
Central Park Batam

Email :
amati.coffeebatam@gmail.com

RSVP :
+62 813-2560-8545

Instagram:

Facebook:




You May Also Like

4 ♥ Surat Cinta ♥

  1. lawa tmpt dia.. makan pon mcm sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat dia cantik dan santai je. Dinding pun guna kaca so nampak lebih luas. Makanan dia sedap exp tapai goreng cheese. First time makan gitu. :)

      Delete
  2. air dia tu nampak sedap gilerrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat coffee mcm sis lin mesti suka tempat ni.. hihihi

      Delete