MENJELAJAH TEMPAT MENARIK DI PULAU LINGGA INDONESIA

by - 23.2.19

MENJELAJAH TEMPAT MENARIK DI PULAU LINGGA INDONESIA | Assalamualaikum semua.. kali ni aku masih lagi nak cerita mengenai Pulau Lingga yang aku pergi baru-baru ni. Ye la, mana boleh nak sumbat semua dalam 1 entri kan. Kang panjang berjela-jela pulak. So, lepas korang baca mengenai Kemeriahan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019, boleh la sambung kat sini plak untuk mengetahui pengalaman menjelajah tempat menarik di Pulau Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia yang turut dikenali sebagai Bunda Tanah Melayu.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Menjelajah tempaat menarik di Pulau Lingga Indonesia

Tapi sebelum tu aku sambung sedikit mengenai keindahan di bumi Batu Belubang. Seperti yang korang dah baca entri aku sebelum ni, kami semua tinggal di Desa Batu Belubang. Walaupun lokasinya jauh dan perlu menaiki feri selama 4-5 jam tapi sangat berbaloi. Pertama kali aku datang ke sebuah perkampungan nelayan yang sangat bersih dan terjaga rapi. Di sini para penduduk telah menerima kemudahan elektrik dan air tetapi masih dicatu. Tapi tu bukan penghalang untuk mereka melaksanakan kegiatan harian.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Menikmati pemandangan yang indah

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Desa Batu Belubang yang bersih dan nyaman

Sungguh pun jauh di perantauan tapi aku rasa tiada perbezaan dengan negara kita kerana corak kehidupan masyarakat kat sini sama je macam kita. Baik dari segi gaya hidup, pakaian malah pertuturan juga sama seperti kita. Ya, kat sini diorang guna bahasa melayu macam kita je. Rasa macam balik kampung pulak.. hehe

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Gaya hidup penduduk di sini tak jauh beza dengan kita

Di sebelah petang, kami dibawa oleh beberapa pemuda kampung untuk bersiar-siar di kawasan kampung. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak riang bermain permainan rakyat seperti gasing. Tak kurang juga yang mengikut kami untuk bersiar-siar. Seronok tengok mereka riang tanpa gadget di tangan. Ye, anak-anak di sini kurang pendedahan terhadap gadget sebab di sini hanya ada 2 tempat sahaja yang mempunyai signal telefon iaitu di jeti dan di tepi pantai. Kami? memang langsung takde kemudahan wifi ye.. tu yang hilang selama 2 hari tu.. hehe

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Bersiar-siar keliling kampung

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Pemuda kampung bermain takraw

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Anak-anak kecil bermain gasing

Setelah bersiar-siar di sekelilling kampung, kami dibawa menyelusuri semak-samun dan menuju ke tepi pantai. SubhanAllah, cantiknya pemandangan kat pantai ni. Bayangkan pantainya bersih dan pepohon kelapa melambai-lambai. Tapi hairan juga kenapa tiada yang mandi di sini. Rupanya menurut penduduk, di sini ada ikan pari. Bahaya kalau mandi.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Menyusuri semak untuk ke pantai

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Cantiknya pemandangan pantai ni

Kami meneruskan lagi perjalanan. Kali ni kami perlu panjat Bukit Batu Belubang pula. Tak jauh tapi agak curam juga. Akhirnya kami sampai ke puncak. Lagi sekali aku terpukau dengan apa yang terhidang di hadapan kami. Satu pemandangan yang sangat cantik. Rasa bertuah sangat dapat menatap pemandangan yang indah ni.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Penat panjat bukit terus hilang bila lihat view cantik ni

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Posing dulu baru fikir macam mana nak turun.. hihi

Setelah beberapa minit berapa di atas, kami perlu turun untuk melihat sebuah gua. Ya, gua ini yang dikenali sebagai Gua Batu Belubang merupakan simbolik kepada nama tempat ini. Gua ini terjadi hasil dari hakisan ombak ke batu dan membentuk seperti gua. Kedudukannya yang mengadap laut sangat cantik pada waktu petang kerana dapat melihat sunset. Kami tak lepaskan peluang mengambil gambar di dalam batu belubang ini sebagai kenangan.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Gua Batu Belubang

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Muat nak masuk untuk bergambar

Setelah tamat acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga, kami tak terus pulang ye. Kami dibawa pula untuk melihat tempat menarik di Pulau Lingga seterusnya menjejak warisan asal usul kerajaan melayu. Kami menaiki feri kecil dan bergerak menuju ke Pulau Lingga. Setelah mengharungi perjalanan lebih kurang 30 minit, kami tiba di jeti Sei Tenam.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Kami tiba di jeti Sei Tenam

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Pulau Lingga turut digelar Bunda Tanah Melayu

Dari sini kami menaiki bas kecil dan bergerak menuju ke bandar. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di Air Terjun Resun. Kalau korang nak tau, Air Terjun Resun merupakan salah satu dari belasan air terjun di Pulau Lingga. Jika semalam kami melihata keindahan laut, kali ni kami melihat keindahan hutan dan deruman air terjun yang bisa menggamit pengunjungnya untuk datang mandi. Tapi malangnya aku tak dapat nak mandi kerana masa suntuk. Maklumla perempuan kan. Kang mandi tu renyah pulak nak salin pakaian. So, kita celup-celup kaki je la..

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Singgah di Air Terjun Resun

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Tak mandi pun.. celup-celup kaki je.. hihi

Memandangkan malam bakal menjelma, kami berangkat untuk menuju ke lokasi penginapan kami di Pekan Pancur. Pekan kecil ini dibina di atas air dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik terutama ketika matahari terbenam. Di sini kebanyakan masyarakatnya adalah kaum cina dan melayu. Aktiviti jual beli di sini agak pesat menjadikan Pekan Pancur dikenali sebagai Little Hong Kong.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Kami ke Pekan Pancur pulak

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Pekan Pancur turut digelar Little Hong Kong

Memandangkan ketibaan kami pada hari perayaan Tahun Baru Cina, kami dijemput menghadiri acara sambutan Tahun Baru Imlek. Meriah tapi disebabkan kami dah keletihan maka kami tidak lama di situ. Kami pulah ke penginapan kami untuk beristirehat kerana keesokannya kami perlukan tenaga lagi untuk menjelajah tempat menarik di Pulau Lingga.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Siap sedia untuk perayaan tahun baru imlek

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Meriahhh

Hari berganti dan kami bangun awal untuk meneruskan perjalanan kami. Selepas sarapan kami menaiki bot nelayan untuk menyusuri sebatang sungai menuju ke Resun. Menurut pemandu bot kat sungai ni ada buaya tau. Jadi kami dinasihatkan jangan mengeluarkan tangan atau kaki dari bot. Sepanjang perjalanan nampak sungai tenang je. Tiba-tiba kak min berbisik "ha, tu dia". Rupanya kak min ternampak kelibat sang buaya tengah beristirehat. Uishh, betul la orang kata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Serammmm nakkk..

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Dari Pekan Pancur kami ke Resun pula

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
View dari bot kami

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Ni la bot kami. Dengar kata kat sungai ni ada buaya.. scary weii

Syukur alhamdulillah, perjalanan kami tiada gangguan dan kami tiba di Dermaga Resun. Masing-maasing menarik nafas lega. Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki bas kecil pula dan menuju ke sebuah muzium yang mempamerkan khazanah asal usul kesultanan Melayu Lingga.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Syukur dah selamat sampai di Dermaga Resun

Setelah mengharungi perjalanan lebih kurang 30 minit kami tiba di Museum Linggam Cahaya yang terletak di Daik Lingga. Ya, di sana ejaannya adalah museum tau. Di dalam muzium ini terdapat lebih kurang 4,960 koleksi tinggalan sejarah yang dipamerkan dari Kerajaan Lingga dan Melayu. Di sini juga pengunjung dapat mengetahui bagaimana Sultan Mahmud III mengusir Belanda dengan bantuan angkatan Iranun dari Tempasuk dan memindahkan kerajaannya ke Lingga.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Menjejak sejarah Kerajaan Melayu Lingga di Museum Linggam Cahaya

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Banyak koleksi artifak sejarah dipamerkan di sini

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Salasilah Kesultanan Kerajaan Lingga

Banyak lagi informasi menarik yang kami dapat tengok kat sini. Paling menarik adalah tulang Gajah Mina ataupun dikenali sebagai gajah laut. Ia adalah sejenis haiwan laut dari keluarga dugong yang ditemui mati di Pantai Daik kira-kira sebulan selepas tsunami di Aceh. Gajah Mina ni mempunyai gading yang panjang, belalai di wajah, bertelinga besar dan ekor seperti ikan paus. Unik kan. Ha, kalau nak tengok boleh la datang ke Museum Linggam Cahaya di Daik Lingga.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Tulang Gajah Mina

Setelah puas melihat koleksi artifak kami keluar dari bangunan muzium kerana kami diberitahu bahawa gunung daik telah kelihatan dari awan. Wah, rasa teruja dapat tengok dengan mata sendiri keindahan Gunung Daik yang selama ni hanya dikenali melalui pantun sahaja.

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,
Gunug Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi Baik Dikenang Jua.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Gunung Daik

Ya, mesti semua tau kan pantun ni. Memang sejak dari sekolah lagi dah diajar pasal pantun ni. Tapi perasan tak dalam pantun kata Gunung Daik ni bercabang tiga tapi awat aku tengok ada dua je cabang dia. Menurut penduduk setempat gunung yang mempunyai ketinggian 1,165 meter dari aras laut ini memang mempunyai tiga puncak tapi hanya kelihatan dua puncak yang ketara kerana satu lagi kedudukannya agak rendah dan sukar dilihat dari jauh. Puncak paling tinggi digelar Gunung Daik, puncak kedua digelar Pejantan atau Pinjam Pinjaman dan puncak terendah digelar Cindai Menangis. Ada juga yang bercerita bahawa puncak Cindai Menangis sebelum ini dikenali sebagai Cindai Manis, tetapi selepas puncaknya runtuh atau patah, namanya ditukar Cindai Menangis.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Aikk awat Gunung Daik cabang dua je??

Dari Museum Linggam Cahaya kami beralih ke Tapak Istana Damnah yang dibina pada tahun 1860 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857 - 1883). Walaupun struktur bangunannya sudah runtuh tapi kesan tapak serta struktur asas binaan bangunan bersama tangga batu yang diukir cantik masih kelihatan kukuh. Kini sebagai usaha untuk pelancongan, replika Istana Damnah dibina bersebelahan dengan tapak asal. Replika bangunan istana Damnah dan dewan ni memang sebijik mengikut struktur asal serta kedudukannya juga sama dengan bangunan asal. Di bahagian belakang istana pula terdapat kolam tempat mandi kuda-kuda milik raja yang dikatakan tak pernah keruh dan kering.


Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Signboard tapak Istana Damnah

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Tapak Istana Damnah

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Replika Istana Damnah

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Pose dulu di tangga istana Damnah dan replika istana Damnah

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Tempat mandi kuda-kuda diraja

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami sempat singgah di Pantai Pasir Panjang Daik Lingga. Cantik pemandangan kat sini. Dah la cantik, bersih pulak tu. Air laut yang jernih dan membiru seolah-olah memanggil untuk mandi. Rasa nak terjun je mandi tapi kang basah pulak bas. Jadi kami hanya duduk bergambar sambil-sambil menghirup angin laut. Sangat nyaman dan mendamaikan.


Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Rehat sebentar di Pantai Pasir Panjang

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Tak boleh jadi ni, rasa nak mandi laut je

Seharian di Daik Lingga banyak mengajar kami semua mengenai tinggalan sejarah kerajaan Melayu Lingga. Setelah masing-masing penat, kami pun pulang ke tempat penginapan kami di Hotel Lingga Pesona. Bagai diberi nyawa dalam game, semua kembali bersemangat bila kami mendapat liputan wifi kat sini. Eh, tadi dengar semua penat tapi bila ada line internet masing-masing cerah bijik mata. Haha.. dah nama pun blogger kan. Time ni semua duk update status dan gambar, tak kurang juga yang menghubungi orang tersayang setelah menghilang 2 hari tanpa internet. hehe..

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Lepak di lobi Hotel Lingga Pesona sebab nak wifi.. hihi

So, inilah serba sedikit pengalaman aku dan rakan-rakan blogger menjelajah tempat menarik di Pulau Lingga yang terletak di Kepulauan Riau ( KEPRI ) Indonesia. Keesokkan harinya setelah menempuh perjalanan hampir 12 jam kami selamat sampai ke Stulang Johor (10.30 WIB - 8.30 malam). Lepas tu kami memilih bas ke KL pukul 11.00 malam dan sampai di TBS KL pukul 3.30 pagi. Penat?? ya, of course tapi pengalaman tu lebih penting.

Menjelajah Tempat Menarik Di Pulau Lingga Indonesia
Seronok menjejak warisan dan asal usul masyarakat melayu Lingga

Buat korang yang cintakan sejarah memang wajib datang ke sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah orang melayu di sana. Mungkin belum ada banyak travel agent yang buat pakej ke sana tapi korang boleh hubungi Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsap +62 0811 7011 961. Beliau sudi membantu.. Apapun terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kembara kami ke bumi Lingga. Sampai ketemu lagi... adios


You May Also Like

4 ♥ Surat Cinta ♥

  1. cantik betul warna air laut kat Pulau Lingga ni ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan. maybe sebab pulau-pulau kat sini agak terlindung. tu sebab airnya tenang dan jernih

      Delete
  2. cantik gilerrrr pulau ni...bila la ada rezeki nak ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kann.. InshaAllah, ada rezeki tu nanti..

      Delete