HARI TIDUR SEDUNIA 2019 : SELIMUT PLATINUM AMPOWER DARI AMLIFE

HARI TIDUR SEDUNIA 2019 : SELIMUT PLATINUM AMPOWER DARI AMLIFE | Assalamualaikum semua.. Pernah tak rasa letih, lemau dan rasa tak puas walaupun tido berjam-jam. Ha, tu tandanya kita ada masalah tidur. Ya, penting tau tidur yang berkualiti untuk hidup yang lebih sihat dan yang penting dapat menghindarkan beberapa jenis penyakit. Jadi, dek kerana menyedari betapa pentingnya tidur yang berkualiti maka Amlife telah memperkenalkan Selimut Platinum AmPower.

Hari Tidur Sedunia 2019 : Selimut Platinum AmPower Dari AmLife

Baru-baru ni bertempat di Sunway Resort Hotel, AmLife International Sdn. Bhd. kembali dengan sambutan Hari Tidur Sedunia 2019 bagi tahun ke-empat berturut-turut. Dengan bertemakan “Life, Redefined,”, Amlife terus menerajui misi bagi membolehkan pengguna produknya di Malaysia memperbaiki kesihatan melalui tabiat tidur yang lebih baik dan berkualiti. Pelbagai kajian telah dilaksanakan untuk memperbaiki tabiat tidur yang bukan sahaja menjadikan kita lebih cergas setelah bangun malah turut mementingkan aspek kesihatan dan kecantikan. 

Hari Tidur Sedunia 2019 : Selimut Platinum AmPower Dari AmLife

Pengasas dan Presiden syarikat AmLife, En. Lew Mun Yee memegang kepercayaan yang teguh bahawa tidur yang nyenyak mampu membawa pemulihan semulajadi. Setelah berjanji untuk membantu orang lain mencapai kenyenyakan tidur, En. Lew telah menghasilkan jalan penyelesaian untuk mereka yang ingin memulihkan kesihatan melalui tidur. 

Hari Tidur Sedunia 2019 : Selimut Platinum AmPower Dari AmLife

“AmLife mempercayai bahawa semua orang patut memegang cita-cita dan mengejar cita-cita tersebut. Dalam perjalanan kita ke arah pencapaian matlamat ini, kita memerlukan tubuh badan yang sihat untuk tiba di destinasi tersebut, dan lebih pentingnya, kita patut menikmati perjalanan tersebut dan buah kejayaan.”
- En. Lew Mun Yee, Pengasas dan Presiden syarikat AmLife -

Semasa Hari Tidur Sedunia 2019, kami yang hadir diberi penerangan mengenai betapa pentingnya menjaga tidur. Ha, ni antara info penting yang aku boleh rumuskan :

✔ 50% daripada orang Malaysia menilaikan kualiti tidur mereka sebagai ‘biasa’.
✔ 63% daripada orang Malaysia berusia antara 25 dan 49 memerlukan lebih daripada 30 minit untuk tidur dan kebanyakan daripada mereka dalam kumpulan ini ialah kaum Cina (45%).
✔ 35% menghadapi masalah tidur sekali ataupun 2 kali seminggu, manakala 20% lagi menghadapi masalah tidur 3 atau 4 kali seminggu.
✔ 70% daripada orang Malaysia sedar bahawa tekanan merupakan antara sebab utama di sebalik masalah tidur.
✔ Orang Malaysia di bahagian-bahagian Utara (48%) dan Selatan (43%) memerlukan lebih daripada 30 minit untuk tidur.
✔ Orang Malaysia di bahagian Tengah (43%), Selatan (52%) dan Timur Malaysia (46%) lebih mementingkan rawatan semulajadi bagi masalah tidur.
✔ Lebih ramai wanita (46%) mementingkan rawatan semulajadi berbanding dengan lelaki (40%).
✔ 5 rawatan masalah tidur utama yang diketahui oleh orang Malaysia ialah senaman (59%), perubahan gaya hidup (54%), meditasi dan ketenangan (48%), urut (46%) dan aromaterapi (37%).
✔ 48% membaca buku, menonton televisyen dan memasang radio untuk membantu mereka tidur.

Fuhhh.. banyak juga info yang aku dapat. Mana taknya, pada majlis ni semua panel yang hadir terdiri dari mereka yang pakar mengenai tidur seperti Dr. David Samson, Penolong Profesor Antropologi Biologi di Universiti Toronto Mississauga, Canada, dan Dr. Koyabu Miki, pengamal perubatan bersepadu Cina dan Barat dari Jepun.

Hari Tidur Sedunia 2019 : Selimut Platinum AmPower Dari AmLife

“Manusia bergantung kepada tidur untuk fungsi kognitif, namun tidur paling sedikit berbanding primata yang lain. Tidur adalah kritikal bagi akal yang cergas, dan tidur yang tidak berkualiti telah dikaitkan dengan gangguan mental, bagi penuaan yang sihat, tidur yang lena melindungi seseorang itu daripada kerosakan kognitif yang berkaitan dengan penuaan, dan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan fizikal.” Beliau meneruskan, “Dijangka bahawa 300 juta orang di Asia Tenggara mengalami masalah insomnia dan apnea, dan lain-lain.”
- Dr. David Samson, Penolong Profesor Antropologi Biologi -

Hari Tidur Sedunia 2019 : Selimut Platinum AmPower Dari AmLife

“Tidur adalah penting untuk membenarkan otak dan tubuh badan kita berehat, dan juga memastikan hormon kita seimbang dan imuniti kepada penyakit diperkuatkan. Untuk menjaminkan penuaan yang sihat, kita perlu memastikan bahawa kita mengamalkan tabiat tidur yang baik.”
- Dr. Koyabu Miki, pengamal perubatan bersepadu Cina dan Barat dari Jepun -

Hari Tidur Sedunia 2019 : Selimut Platinum AmPower Dari AmLife

Mesti ramai yang nak tau apa sebenarnya Selimut Platinum AmPower. Ha, Selimut Platinum AmPower ni merupakan sejenis selimut yang mempunyai teknologi anti-penuaan yang bukan sahaja menjanjikan tidur yang nyenyak, namun juga menjaminkan pengguna bangun daripada tidur dengan berasa sihat, pulih dan segar. So, bersesuaian dengan slogan Hari Tidur Sedunia 2019 ni iaitu “Sleep Well, Age Well” maka kehadiran Selimut Platinum AmPower memang dialu-alukan. 

Hari Tidur Sedunia 2019 : Selimut Platinum AmPower Dari AmLife

Bagi korang yang masih ragu-ragu dengan AmLife ni, ha tahu tak yang AmLife ni dapat pengiktirafan tau. Ya, Persatuan Tidur Sedunia dan Persatuan Perubatan Tidur Sedunia telah menyampaikan Anugerah Aktiviti Cemerlang 2018 kepaada AmLife sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha AmLife bagi mempromosikan kualiti tidur di arena antarabangsa. Ini menjadi kali kedua AmLife memenangi anugerah ini membuktikan usaha-usaha syarikat tersebut dalam bidang kesihatan tidur.

Hari Tidur Sedunia 2019 : Selimut Platinum AmPower Dari AmLife

So, tak perlu la korang nak ragu-ragu lagi ye. Sememangnya produk AmLife memang berkualiti dah diiktiraf tau. Jadi kalau ada yang berminat nak beli Selimut Platinum AmPower meh aku nak bagi harga istimewa. Ye, betul wakkk.. demi pembaca kesayangan nah harga khas untuk korang semua :

AmPower Platinum Blanket

Saiz : Single
Harga asal : RM8,600
Harga istimewa untuk pembaca : RM6,880

Saiz : Double
 Harga asal : RM11,100
Harga istimewa untuk pembaca : RM8,880

Macam mana nak dapatkan harga istimewa ni?? 
Hubungi Evi (012-2160266) dan gunakan kod promosi AL12 ye.



Post a Comment

1 Comments