PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

6.3.19

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Ingat tak sebelum ni sis pernah kongsikan mengenai Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)?? Alaaa yang majlis penghargaan untuk para sukarelawan Malaysia 2018 di bawah Muslim Volunteer Malaysia tu. Lupa ke? Ni mesti kes banyak makan semut kannnn.. kannn kannn... Takpe takpe.. Kalau lupa meh sis ingatkan. Sila klik link kat bawah ni.. ahakkks


Dah baca?? Bagus... ni yang buat sis sayang kat pembaca blog sis ni. Tapi kalau nak lebih sayang, kena la baca entri ni sampai habis. Nak tau sebab apa? sebab sis nak kongsikan mengenai salah satu aktiviti tahunan yang hebat dari Muslim Volunteer Malaysia ataupun singkatannya MVM. Program yang sis maksudkan adalah Program Pure Heart anjuran Muslim Volunteer Malaysia.

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Mesti ramai nak tau apa itu Program Pure Heart ni kan. Ok, untuk pengetahuan semua Pure Heart ni merupakan satu program khas anjuran MVM untuk rakyat Malaysia yang memerlukan dan berpendapatan seisi keluarga RM1,500 ke bawah. Dengan adanya bantuan ni sedikit sebanyak dapat la beri keselesaan dan kelegaan kepada mereka kan. Antara bantuan yang disediakan adalah barangan keperluan asas dapur dan juga latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit. Bagus kan.. dapat juga la mereka ni menambah pendapatan. Ha, nak tau tak yang dek kerana program ni la MVM telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terbaik di Malaysia untuk tahun 2016 oleh IM4U untuk kategori Volunteer Malaysia Awards 2016 - Anugerah Perdana Menteri. Wow.. tahniah MVM. Satu usaha yang murni..

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Berikut 3 Fasa bantuan yang diberikan melalui program Pure Heart Muslim Volunteer Malaysia ni :

a) Fasa Bantuan Barangan Asas
- MVM memfokuskan keperluan barangan asas kepada penerima bantuan
- Penerima bantuan akan mendapat kotak Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan
- Anak-anak asnaf juga turut mendapat faedah dalam fasa ini yang berupa bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah

b) Fasa Bantuan Kemahiran
- MVM telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan yang berbentuk skill dan kemahiran
- Bantuan kemahiran yang disertakan termasuklah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan serta lain-lain.

c) Fasa Bantuan Komitmen
- MVM melihat ada antara keluarga asnaf yang mempunyai skill dan bakat tersendiri dalam menambah pendapatan keluarga mereka
- MVM berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaa
- MVM turut menawarkan peluang menunaikan umrah kepada keluarga yang paling komited dalam program Pure Heart sepanjang tahun

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Disebabkan program ini sangat membantu rakyat yang memerlukan maka program ini diteruskan sehingga 2019. Maknanya dah 4 tahun la kan ia dilaksanakan. Program ni diadakan setiap tahun selama 10 bulan bermula bulan Februari sehingga bulan November. Eh, macam mana MVM nak cari siapa yang layak untuk terima bantuan ni?? Ha, gini.. Medium yang digunakan oleh MVM untuk mengenalpasti golongan yang layak adalah melalui kolaborasi dengan pihak sekolah kebangsaan di sekitar Selangor. So, ni senarai sekolah yang telah berkolaborasi dengan MVM dan syarat bagi penerima bantuan untuk program Pure Heart ni:

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Senarai sekolah :
• 2016 - Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam
• 2017 - Sekolah Kebangsaan Puchong Utama
• 2018 - Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
• 2019 - Sekolah Kebangsaan Puchong Indah

Syarat penerima program Pure Heart Muslim Volunteer Malaysia :
- Warganegara Malaysia
- Keluarga dalam kategori asnaf yang berpendapatan sekitar RM1,500 ke bawah seisi keluarga.

Alhamdulillah setakat 4 tahun program ni dilaksanakan ramai yang telah dapat merasa manfaatnya. Secara keseluruhan dari tahun 2016 hingga 2019 seramai 3,790 orang telah dibantu oleh pihak MVM. Besar sungguh jasa para sukarelawan MVM kan. Ni senarai jumlah keluarga mengikut sekolah :

• 2016 - Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga)
• 2017 - Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga)
• 2018 - Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga)
• 2019 - Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga)

So untuk tahun 2019 ni pihak MVM telah membuat beberapa menambah baik program Pure Heart bagi terus membantu mereka yang memerlukan. Bukan apa, selepas 4 tahun banyak perkara dah MVM observe dan mereka dapat mengenal pasti apa yang perlu untuk program ni. Jadi berikut antara kelainan untuk Program Pure Heart di tahun 2019 ni :

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

a) Kempen Lunch Box Junior
Berbeza pada tahun ini, MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan, dan botol minuman dalam kempen Lunch Box Junior.

b) Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia
Selain itu, MVM juga telah merangka satu lagi kempen baru dalam Pure Heart ini iaitu Dapur Berasap, Keluarga Bahagia. Dalam Kempen ini. Kempen ini membuka peluang kepada orang ramai terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk bersedekah barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf. Antara barangan asas yang diperlukan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili. Orang awam boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut :
• Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima
• Waze : K3 Farmasi / Luni Collection
• Landmark : Berdekatan stesen LRT Puchong Prima
• Boleh hubungi 012 235 6854 (Azizi) untuk pertanyaa lanjut.

c) Kempen Wakaf Buku Si Cilik
Bukan itu sahaja, MVM juga turut mengadakan satu kempen khas untuk Pure Heart Februari 2019 ini yang bertajuk Wakaf Buku Si Cilik. Tujuan kempen ini dijalankan bagi memupuk minat membaca seterusnya menjadi hobi si cilik di sekolah. Kempen ini dibuka bagi memberi peluang.

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Allahu, sebak kita tengok segala sumbangan para sukarelawan MVM ni wakk. Tak sangka masih ada lagi mereka yang prihatin dan sudi membantu keluarga asnaf yang memerlukan. Jadi kalau ada yang nak turut membantu mereka dengan cara menyumbang buku-buku terpakai seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita kanak-kanak ataupun muqaddam boleh la mewakafkan kepada murid terutama anak asnaf di sekolah yang dinyatakan di atas.

Boleh hantar atau pos buku-buku tersebut di HQ Muslim Volunteer Malaysia :
• Waze : Muslim Volunteer Malaysia
• Alamat : 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong,
Selangor.
• Boleh hubungi Azizi 012 235 6854 untuk pertanyaan lanjut.

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Takde buku nak wakafkan? takpe, ada banyak barangan lain yang boleh diberikan. MVM membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja barangan asas dapur dan keperluan harian untuk keluarga asnaf Pure Heart. Barangan bantuan ini akan dibungkus dalam kotak Pure Heart khas. Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut :

• Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
• Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
• Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.

Maklumat tajaan :
• 1 Tajaan Kotak Pure Heart = RM80 untuk 1 keluarga.
• Sasaran = 250 keluarga
• Jumlah sasaran = RM20,000 / sebulan atau RM200,000 / 10 bulan

Pilihan Tajaan:

Tajaan Sebulan:
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM80 sebulan
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM240 sebulan
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM480 sebulan
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM800 sebulan

Tajaan Setahun (10 bulan):
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM800 untuk setahun
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM2,400 untuk setahun
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM4,800 untuk setahun
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM8,000 untuk setahun

Bagi yang berminat nak hulurkan tajaan atau sumbangan ni boleh la hubungi info di bawah. Walaupun tak dapat jadi salah seorang sukarelawan, dapat membantu menghulurkan sumbangan pun dah dikira sangat bermanfaat. Sama-sama lah kita membantu mereka yang memerlukan melalui program Pure Heart MVM ni. Semoga apa yang kita laksanakan ni mendapat keberkatan Ilahi. InshaAllah...

PROGRAM PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA


PENAJAAN KORPORAT :
Bagi urusan penajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM
012 235 6854 atau email fund@mvm.org.my.
Hubungi Kami :
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
• Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854
• Website: http://www.mvm.org.my
• Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
• Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
• Twitter: https://twitter.com/volunteermvm

Anda boleh juga menyumbang di website donation MVM : www.donation.mvm.org.my



You Might Also Like

17 Comments

  1. bagusnya program ini, tidak berharap dengan bantuan kerajaan. Banyak pahala awak...

    lupa pula, sudi ke nak tukar link dengan saya (bloglist) kalau sudi tinggalkan comment awak di

    www.ohbosannya.com

    Saya tunggu tau. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya membantu apa yang boleh je. tapi penghargaan sebenar haru diberi buat para sukarelawan. Banyak jasa mereka.

      Meh tukar bloglist.. dah masukkan blog awak

      Delete
  2. Bagus sekarang ni kan.
    Dah wujudkan banyak program dalam bentuk bantuan macam ni.
    Bukan apa, sebenarnya ramai juga yang masih memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan..

    ReplyDelete
  3. ada baca pasal ni.
    aida sokong. terutama bab kemahiran tu.
    takkan asyik nak memberi percuma aje.
    mesti nak mendidik agar diorang dpt berusaha sendiri. kan.
    inisiatif yg sgt bagus. mendekati org susah & memerlukan.

    ReplyDelete
  4. Bagusnya dapat join program volunteer macam ni. Tapi program Pure Heart ni cuma untuk Muslim sahaja kan?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ada kewujudan NGO Muslim macam ni boleh target mana2 saudara kita yang lebih memerlukan.

    ReplyDelete
  6. Bagus sekali nih kegiatan dan program program dari MVM. Apresiasi saya akan hal itu. Semoga kedepannya makin banyak orang yang memberikan sumbangan untuk disalurkan.

    ReplyDelete
  7. Suka aktiviti macam ni. kitorang pun buat Baju Raya Project during ramadan nanti, so kalau nak jadi volunteer jom lah! Thank u Bee for sharing information about this nice project! :)

    ReplyDelete
  8. Diharap lepas ni lebih banyak lagi badan coporate dan juga syarikat besar untuk bantu golongan yang memerlukan ini tak perlu hanya harap satu pihak usaha yang dilakukan oleh Muslim Volunteer ini sangat mulia kita rasa macam nak join lak...

    ReplyDelete
  9. Satu inisiatif yang sangat bagus lah. Banyak pihak yang akan mendapat manfaatnya nanti. Tapi kan emi rasa , they all perlu war2 kan lebih lagi tentang program ni. Ramai yg tak tahu ni

    ReplyDelete
  10. Bagus sangat adanya program macam ni. Sekurangnya mereka yg kurang berkemampuan dapat merasa apa yg kita rasa. Harap banyak lagi sukerelawan macam ni kedepan

    ReplyDelete
  11. Baguslah ada program MVM setiap bulan macam ni sangat membangu pada mereka yang memerlukan.. Kalau ada masa ingin join program mwm nih

    ReplyDelete
  12. Makin ramai yang buat tajaan, makin ramai yang dapat membantu. Semoga semua yang berbaik hati ni dapat pahala utk kehidupan harian.

    ReplyDelete
  13. Wow this is another good program and charity to help the needy. Hopefully many more will support will be coming in.

    ReplyDelete
  14. Semoga MVM dapat meneruskan program Pure Heart ni sampai bila-bila. Bagus program macam ni atleast dapat meringkan beban golongan asnaf yang memerlukan ni. Dalam masa yang sama dapat memupuk semangat menderma kan.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya program seumpama ini membantu sangat untuk mereka yang memerlukan.. kalau ada peluang macam seronok nak sertai program volunteer macam ni.. heee ;) thanks for sharing dikbeee

    ReplyDelete
  16. Banyak juga ye program dari MVM ni. Kempen-kempen yang dirancang semua menarik dan moga dipermudahkan urusan mereka untuk terus membantu. Satu kempen yang sangat baik lagi-lagi untuk mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *