AMBOI AMBROSIA : RASA ENAK EPAL LUV’YA DARI NEW ZEALAND CARA MALAYSIA

26.6.19

AMBOI AMBROSIA : RASA ENAK EPAL LUV’YA DARI NEW ZEALAND | Assalamualaikum semua.. Dalam banyak-banyak buah, buah yang selalu aku beli adalah epal sebab rasanya yang manis dan juicy. Lagipun bila makan buah epal ni dah cukup mengenyangkan tanpa perlu makan makanan berat. Ha, kata diet kan. Tapi kan dalam banyak-banyak buah epal, aku suka epal Luv'ya dari New Zealand keluaran Heartland Group.

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Heartland Group terdiri daripada pomolog (penanam epal) di Nelson, New Zealand. Mereka menghasilkan pelbagai epal yang dipanggil epal Luv'ya™ melalui struktur bersepadu mereka yang unik kerana ia merangkumi kebun sendiri, pusat pembungkusan dan syarikat pemasaran yang membolehkan syarikat itu mempunyai kawalan penuh ke atas setiap hasil proses epal. Antara variasi pilihan epal Luv'ya adalah seperti Royal Gala, Fuji, Braeburn dan juga Ambrosia.

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Bila sebut pasal epal Ambrosia, ha ni nak cerita sikit yang sekarang ada promosi Amboi Ambrosia sempena musim perayaan ni. Kempen ni adalah untuk memberi peluang kepada penggemar epal untuk memperluaskan aspek kulinari mereka dengan mempelbagai cara untuk makan Epal Ambrosia melalui masakan klasik Malaysia. Ya, epal yang rangup dan manis dijadikan bahan dalam masakan kita. Nampak pelik kan tapi rupanya ternyata sedap tauuu..

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Bagi merealisasikan kempen Amboi Ambrosia, Hertland Group telah bergabung dengan GCH Retail Malaysia dan pelancaran telah dibuat di Giant Kota Damansara. Menurut Brendon Osborn, Pengurus Besar Heartland Fruit, Malaysia telah dipilih kerana di sini merupakan salah satu pasaran terbesar. Selain itu, penggemar dengan berkongsi pelbagai cara untuk menggunakan Epal Ambrosia dalam masakan kegemaran tempatan yang akan menjadikannya lebih menarik.

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Lebih menarik, pelancaran Amboi Ambrosia turut diserikan dengan kehadiran Chef yang terkenal di seluruh dunia iaitu Datuk Chef Wan. Wah, aku memang peminat Datuk Chef Wan. Selalu tengok rancangan masak dia kat TV. Tapi masa hari pelancaran tu dapat la aku merasa air tangan Datuk Chef Wan sebab beliau telah memasak tiga hidangan tradisional Malaysia menggunakan Epal Ambrosia sebagai bahan dalam masakan iaitu :

🍴 Kerabu Sotong Panggang Ambrosia (Ambrosia Grilled Calamari Salad)

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand


🍴 Sup Tom Yam Labu dan Ambrosia (Tom Yum Pumpkin Soup with Ambrosia)

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand


🍴 Acar Ambrosia Berempah (Ambrosia Apple Chutney)

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Bila dah siap masak, kami pun apa lagi, cuba la rasa. Memang sedap weiiii.. terserlah rasa epal Ambrosia yang enak dalam setiap masakan. Perkara ni pun diakui oleh Datuk Chef Wan sendiri.

"Saya selalu menikmati rasa enak dari Epal Ambrosia dan saya teruja dengan peluang ini kerana dapat menyediakan beberapa hidangan tempatan kita mengunakan epal yang lazat ini. Saya sememangnya gembira untuk mengatakan bahawa ia amat berbaloi! Epal Ambrosia menjadikan hidangan terasa luar biasa. Pastinya membuat saya berkata – Amboi! " - Datuk Chef Wan -

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Dek kerana terpengaruh dengan hidangan enak Datuk Chef Wan, aku pun terjebak dengan epal Ambrosia ni. Ha, korang nak tau kenapa epal ni dapat nama Ambrosia? Sebenarnya macam ni, Menurut Brendon, Ambrosia ni adalah bahasa Yunani yang membawa maksud "makanan dan minuman para dewa" kerana epal Ambrosia ni merupakan hasil kerja ajaib daripada lebah ketika musim bunga semasa proses pendebungaan yang menjadikan varian ini gabungan semulajadi antara dua jenis yang tidak diketahui dan dianggap hadiah dari langit.

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Epal yang lazat ini ditanam di bahagian Pulau Selatan New Zealand yang indah iaitu di Nelson, sepanjang pantai timur Tasman Bay. Nelson merupakan pusat untuk penanaman epal di New Zealand sejak tahun 1913 dengan lebih daripada 40% epal ditanam di kawasan itu. Ia kerana iklim di kawasan ini bersesuaian untuk penanam epal dan juga sentiasa didedahkan dengan cahaya matahari lebih dari 2,000 jam. Bila digabungkan pula dengan hujan dan suhu waktu malam yang rendah. Tambahan pula, angin laut yang kencang mewujudkan persekitaran yang ideal untuk epal segar, lazat, cantik dan sihat

Amboi Ambrosia : Rasa Enak Epal Luv'Ya Dari New Zealand

Ha, bukan mudah ye nak tanam epal ni maka epal Ambrosia telah dipatenkan oleh Heartland Group, Applecraft™ bagi memastikan proses dan hasil berkualiti. Ini adalah amat penting bagi syarikat untuk menghasilkan epal terbaik di dunia diberi kepada pelanggan setiap masa. So, sape nak rasa keenakan epal Luv’Ya termasuk Ambrosia boleh didapati di pelbagai cawangan GCH Retail Malaysia termasuk Pasar Raya Besar Giant, Cold Storage dan Jason’s Food Hall serta peruncit utama lain.



You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *