#ROAMLIKEHOME : YOODO TAWAR ROAMING MURAH KETIKA MELANCONG

#ROAMLIKEHOME : YOODO TAWAR ROAMING MURAH KETIKA MELANCONG | Assalamualaikum semua.. Amacam semua, best tak cuti raya?? Ha, bila cuti dah habis ni mula la mood blues semacam je. Pastu mula la duk merancang nak pi travel.. haha.. tu aku la. Korang camne, sama tak?? Kalau sama, ha sep sikit.. hihi. Ok-ok, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal travel tapi aku nak kongsikan berita baik buat korang yang nak travel ke luar negara. Berita apa tu?? ha, meh sambung baca..

#RoamLikeHome : Yoodo Tawar Roaming Murah Ketika Melancong
Banyak lagi negara tak pergi ni..


Nak tanya la korang kan, kalau travel korang pakai internet apa?? Mesti ada yang jawab wifi hotel kan. Ya, memang boleh bergantung pada wifi hotel tapi kan untuk aku yang memang kaki internet ni gigil wakk kalau nak harapkan wifi hotel semata-mata. Gigil tu bukan sebab sejuk tapi geram sebab banyak gambar cecantik nak upload tapi at the end tak jadi upload sebab takde internet. Nak tunggu wifi hotel alamatnya malam la baru dapat sebab kalau travel ni malam baru balik bilik. Masa tu mata pun dah berat dan katil pun dah memanggil-manggil.. last-last leburrr tidur.. ahaaakksss..

#RoamLikeHome : Yoodo Tawar Roaming Murah Ketika Melancong
Lepak lobby hotel guna wifi.. haha


So, kebiasaannya kalau travel aku akan beli local simkad sebab kalau nak ON kan roaming memang mahal la weiii.. Time guna memang syok tapi bila balik rasa nak pitam tengok bill.. (adoiii tepuk dahi). Tapi kan sejak Yoodo memperkenalkan Roam Like Home aku terus terpikat dengan tawaran mereka. Mana taknya, kita mendapat kebebasan berinternet di 53 negara tanpa risau bil melambung tau. Ha, best tauuuu..

#RoamLikeHome : Yoodo Tawar Roaming Murah Ketika Melancong
Sekarang tak pening dah sebab Yoodo perkenal #RoamLikeHome


Aku pasti masih ramai yang belum mengetahui mengenai telco Yoodo ni. Jujur aku cakap aku pun masih baru mendengarnya. Tapi betul la kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta" kan. Baru-baru ni aku berkesempatan untuk pergi ke Yoodo Sharing session untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pake yang ditawarkan oleh Yoodo ni. Ha, masa ni la aku baru tahu yang Yoodo ni rupanya berbeza dari telco yang lain kerana kita boleh pilih sendiri kadar penggunaan dan bayaran bulanan mengikut pilihan yang kita pilih. Ya, kita hanya bayar mengikut apa yang kita perlukan dan tiada caj tersembunyi. Jadi untuk memahami dengan lebih jelas mengenai cara Yoodo berfungsi, kami bermain permainan menjelajah ke 53 negara menggunakan pakej Yoodo.

#RoamLikeHome : Yoodo Tawar Roaming Murah Ketika Melancong
Kebebasan berinternet di mana jua

#RoamLikeHome : Yoodo Tawar Roaming Murah Ketika Melancong
Best jugak game ni sambil-sambil simulate penggunaan Yoodo


Berbalik kepada tawaran Yoodo #RoamlikeHome tadi, mesti korang nak tau berapa harga dia kan. Ok, mula-mula kena dapatkan dulu simkad kita dan pilih pakej penggunaan untuk bulanan. Then, bila kita travel, aktifkan ‘Add roaming/IDD’ di dalam aplikasi Yoodo kemudian pilih roaming dan negara yang kita nak pi tu. Harga untuk pengaktifan adalah RM10-RM20 sahaja untuk 24 jam. Harga tu bergantung kepada negara mana yang kita pergi. Dalam list ada 53 buah negara tau. Untuk data pula, kita akan guna data sedia ada yang telah kita langgan. Kalau data dah habis, boleh je add on dengan harga yang cukup murah.

#RoamLikeHome : Yoodo Tawar Roaming Murah Ketika Melancong
Jangan risau, Yoodo cover 53 buah negara


Lagi satu berita baik, pengguna Yoodo sekarang berpeluang untuk memenangi Samsonite ARQ luggage bernilai RM1129 dengan menyertai I Love Roam Like Home. Hanya belanja RM30 sepanjang kempen berlangsung iaitu dari 25 Mei hingga 31 Julai, dan berpeluang untuk menang sebuah luggage yang berkualiti. Sape tak nak weiiii, helokkk tu.. Ha, kena join ni.

#RoamLikeHome : Yoodo Tawar Roaming Murah Ketika Melancong
Nak menang Samonite ARQ jugakkk


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat bawah ni :





Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. kannn.. first time jumpa pakej telco macam ni

      Delete
  2. I’m excited to uncover this page. I need to to thank you for ones time for this particularly fantastic read!! I definitely really liked every part of it and i also have you saved to fav to look at new information in your site.
    machine learning course malaysia

    ReplyDelete