SERVIS KERETA DI RUMAH DENGAN PERKHIDMATAN SERV

SERVIS KERETA DI RUMAH DENGAN PERKHIDMATAN SERV | Assalamualaikum semua, aku nak tanya la kepada para ladies driver, korang selalu tak pergi workshop untuk servis kereta? Serius aku cakap aku ni sejenis yang tak berapa suka nak pergi workshop sebab aku ni sejenis yang malas nak menunggu. Ye la, biasanya kalau pergi servis ni mau makan 2-3 jam. Tu pun paling cepat. Ada setengah workshop tu sampai 4-5 jam kena menunggu kalau kereta banyak. Kan best kalau ada perkhidmatan servis kereta kat rumah je.

Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV
Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV

Nak dijadikan cerita, hari tu masa nak balik kampung time raya aku agak rushing sikit sebab banyak urusan nak dibuat sampai tak sempat nak pergi servis kereta. Pastu ada kawan suggest aku guna perkhidmatan SERV untuk membuat pemeriksaan kereta atau nak servis sekali. Lorr, rupanya ada ye perkhidmatan macam ni. Aku je yang ketinggalan rupanya. Haha, sadisssnyaaa...

Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV
Perkhidmatan SERV melalui Mobile Apps

So, kalau korang yang tak sempat nak luangkan masa pergi ke workshop, aku suggest korang guna khidmat SERV sebab mereka akan servis kereta kita di mana sahaja lokasi yang kita tentukan (buat masa ni kawasan SERV hanya di Lembah Kelang, Putrajaya dan Cyberjaya). So, aku pun apa lagi terus buat booking untuk kereta merah aku yang syomel ni. Nak tau macam mana nak booking perkhidmatan SERV ?? Ok, meh aku kongsikan dengan korang :

Cara booking perkhidmatan SERV :

Langkah 1 : Muat turun aplikasi SERV
Langkah 2 : Isi segala butiran yang diperlukan
Langkah 3 : Masukkan maklumat kereta anda
Langkah 4 : Klik dekat Home dan pilih no plate kereta kita
Langkah 5 : Pilih perkhidmatan yang diingini serta perkhidmatan tambahan yang diperlukan
Langkah 6 : Pilih tarikh dan masa
*Booking perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum .Masa antara 10pagi hingga 10malam
Langkah 7 : Pilih lokasi untuk servis dilakukan
Langkah 8 : Tekan Book dan SERV akan beri Quotation
Langkah 9 : Masukkan promo kod (kalau ada) dan buat pembayaran
*Ha, mudahkan. Hanya perlu klik-klik di telefon sahaja. Lepas tu tunggu aja di rumah.

Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV
Cara untuk booking perkhidmatan SERV

Untuk penggunaan kali pertama ni aku memilih untuk membuat pemeriksaan (Car Health Check) sahaja dahulu. Nanti kalau puas hati dengan khidmat SERV, next time boleh la panggil lagi untuk buat servis pulak kan. So, seperti yang dijanjikan, mekanik dari SERV datang ke rumah. Untuk pemeriksaan kereta, mekanik SERV akan membuat inspection untuk 23 points dan seterusnya memberi advice mengenai condition kereta kita. Segala komen juga akan dimasukkan di dalam aplikasi SERV untuk rujukan kita. Ha, nak tau tak apa komen mekanik SERV kat kereta syomel kita ni?? Ha, boleh rujuk kat gambar bawah ni :

Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV
Hasil pemeriksaan kereta aku. Banyak komen weii

Alamak, nampaknya banyak juga komen dan benda nak kena buat dengan kereta syomel aku ni. Tapi jangan risau, selain dari pemeriksaan kereta (Car Health Check) SERV juga ada pilihan untuk Basic Services dan Premium Services. Selain tu ada juga perkhidmatan untuk gantian alat seperti tukar brek pad, tukar bateri, tukar wiper dan macam-macam lagi. Cuma jika kerosakan kritikal, SERV akan advice untuk ke bengkel la.

Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV
Pemeriksaan teliti di bahagian enjin

Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV
Pemeriksaan teliti di bahagian bawah kereta

Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV
Pemeriksaan teliti di bahagian dalam kereta

Tapi secara keseluruhan memang puas hati dengan servis yang disediakan oleh SERV. So, tak perlu la kita nak keluar pergi ke workshop dan menunggu giliran. Harga pun berbaloi la dengan khidmat yang disediakan dan yang penting tiada caj tersembunyi. Bukan apa, aku pernah terkena bila pergi workshop untuk tukar bateri, harga yang dikenakan tak masuk akal. Nak dekat RM100 tau beza harga. Maybe dia tengok perempuan kot, tu yang berani nak ketuk harga kaw kaw.. Ha, awas ye.. tu la last aku pergi ke workshop dia. Mujur ada SERV, harap kita boleh bekerjasama lagi di masa akan datang.

Servis Kereta Di Rumah Dengan Perkhidmatan SERV
Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan SERV 👍

Untuk melihat servis dan feedback pelanggan boleh rujuk di :

LAMAN WEB : https://www.serv.my
FACEBOOK : @ServMY
INSTAGRAM : @servmy



Post a Comment

1 Comments

  1. Hi! This is my first visit to your blog! We are a team of volunteers and new initiatives in the same niche. Blog gave us useful information to work. You have done an amazing job!
    machine learning course malaysia

    ReplyDelete