Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang | Assalamualaikum semua..Siapa sini peminat Texas Chicken?? Ha, sama la kita. Sis memang suka dengan Texas Chicken ni especially set ayam spicy dengan honey-butter biscuits. Nak pulak makan time panas-panas, perghhh... Memang gabungan menu yang terbaik di Texas Chicken tau. Tapi tu la, kadang-kadang bila teringin nak makan, tak berkesempatan nak pergi sebab busy. Kan best kalau Texas Chicken ni ada drive-thru. Senang sikit nak pi beli.

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Ya, bagai memahami kehendak pelanggan, kini warga Lembah Klang dah tak perlu merungut takde masa nak makan Texas Chicken kerana mereka telah membina dan merasmikan outlet terbaru di Sunway Mentari. Setakat ni dah ada 50 buah outlet Texas Chicken di Malaysia. Paling best Texas Chicken Sunway Mentari ni siap ada Drive-Thru (Pandu Lalu) yang pertama di Lembah Klang tau. Tapi kat Malaysia ni drive-thru yang kedua la sebab yang pertama dibuka di Sungai Petani tahun lepas.

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Ha, bagi sis yang memang orang Subang Jaya ni seronok sikit ada drive-thru ni, jimat masa nak membeli dan boleh bawa balik ke rumah. Lagipun lokasi outlet Texas Chicken cawangan Sunway Mentari ni memang strategik dan bersebelahan dengan stesen minyak. Alang-alang isi minyak boleh beli kat Texas Chicken skali kannn.. Uishh, sedapnya ayam goreng spicy Texas Chicken ni. Apa la resepi yang mereka gunakan. aishh, confirm la rahsia kan, yang penting Halal.. hehe

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Oh ya, selain drive-thru, kalau nak stay dan lepak makan di dalam outlet pun boleh kerana outlet di sini luas dan mempunyai tempat duduk yang selesa dan luas (sekurang-kurangnya boleh menampung 146 orang dalam satu-satu masa). Paling best operasi cawangan Sunway Mentari ni 24 jam tau. Jadi, agak-agak lapar tengah malam tu tak perlu risau... Texas Chicken kan adaaa.. hehe

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Sempena majlis perasmian Texas Chicken Drive-Thru Sunway Mentari, Dato' Jaya Tan selaku Pengerusi Envictus International Holdings memberitahu bahawa :

"Pihak kami sangat teruja untuk meraikan kejayaan baru ini dalam perjalanan syarikat kami. Selepas enam tahun sejak pembukaan restoran pertama kami di malaysia, kami berharap untuk meningkatkan pengalaman bersantap pelanggan kami dengan menawarkan lebih banyak restoran dan restoran untuk kemudahan mereka. Ini juga menggariskan komitmen kami dalam mengembangkan perniagaan kami di malaysia, yang semulajadi akan menyumbang kepada ekonomi negara dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan."
~ Dato' Jaya Tan, Pengerusi Envictus International Holdings ~

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Kalau korang nak tau, Malaysia berada di kedudukan no 5 untuk pasaran Texas Chicken di peringkat global. So, dengan kerjasama antara pihak Texas Chicken dan juga Envictus sebagai rakan kongsi franchise dapat membantu meningkatkan lagi pasaran Texas Chicken dan juga melancarkan kedudukan jenama global mereka yang baru.

Texas Chicken Drive-Thru Pertama Di Lembah Klang

Bagusnya strategi pemasaran Texas Chicken ni. Walaupun sis takde la paham sangat soal business ni tapi yang penting sis happy sebab sekarang lebih mudah untuk makan menu kegemaran sis di Texas Chicken. Jadi kalau korang teringin nak makan Texas Chicken tapi tak punya masa nak duduk makan boleh guna khidmat drive-thru yang terletak di Sunway Mentari.



Post a Comment

0 Comments