The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

9.8.19

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events | Assalamualaikum semua.. Ada tak sesiapa yang tengah baca blog ni tengah pening nak cari lokasi untuk majlis? Tak kisah la majlis kahwin ke, majlis sambutan hari jadi ke atau bercadang nak buat seminar ke, pendek kata apa-apa majlis la. Ha, kalau pening, meh nak bagi cadangan kat korang semua mengenai satu lokasi yang baru sis tau ni. Dikelolakan oleh MAHSA Events, The Ballroom merupakan ruang acara yang sesuai untuk sebarang majlis yang korang impikan.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Kat mana lokasi The Ballroom ni? Ya, lokasi The Ballroom terletak di dalam MAHSA University Bandar Saujana Putra. Bagi sis yang tinggal di USJ Subang Jaya, lokasi The Ballroom ni takde la jauh sangat. Kiranya memang lokasi strategik bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam, Subang dan juga Puchong. Nak cari pun senang, search je 'MAHSA University' kat waze. InshaAllah jumpa.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Sebenarnya sis sendiri pun tak tahu mengenai The Ballroom ni. Tapi bila sis dapat undangan ke MAHSA Events Wedding Open Day baru la sis tahu. Jadi tu yang excited nak kongsikan dengan korang semua ni. Ye la, benda baik kan harus la dikongsi bersama. Betul tak? Lagipun sis tau ramai yang masih runsing tu nak cari dewan terutama untuk majlis perkahwinan korang kan. Ha, meh baca sampai habis untuk tahu mengenai pakej yang ditawarkan oleh MAHSA Events bagi yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Melangkah masuk ke dalam dewan The Ballroom, mata sis terpaku dengan kilauan lampu chandelier yang berkilauan pabila dilimpahi dengan cahaya dari lampu LED. Memang nampak exclusive sangat tau. Dari segi ruang, sis suka dengan keluasan The Ballroom yang besar dan mampu memuatkan sehingga 1,000 orang dalam satu-satu masa. Lagi satu kat bahagian dalam dewan langsung tak ada tiang. Sis pernah tau pergi ke satu dewan kahwin ni yang ada mempunyai beberapa tiang di dalamnya. Memang agak mengganggu juga la sebab ada yang terpaksa duduk di sebalik tiang.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Dari segi dekorasi pula jangan kata di bahagian pelamin je, malah dari pintu masuk pun dah ada dah hiasan bunga-bunga. Siap ada red carpet lagi. Aduhhh, bila jalan masuk tu terasa macam sis pula pengantinnya.. haha, kuat berangan betul sis ni. Tapi serius tau. kalau sis kahwin macam ni la hiasan idaman sis. Segala hiasan yang ada dari pintu masuk hingga ke pelamin semua termasuk di dalam pakej yang ditawarkan oleh MAHSA Events. Tengok la hiasan meja santap ni, cantik kan.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Jangan terkejut ye kalau sis katakan MAHSA Events bukan sahaja menyediakan lokasi ruang acara sahaja malah turut menyediakan Pakej Lengkap Perkahwinan tau. Nampak tak betapa senangnya kalau korang memilih The Ballroom ni sebagai lokasi perkahwinan korang. Tak perlu pening-pening nak pikir pasal katering la, pelamin la, goodies la malah khidmat photographer pun disediakan tau. Ni antara vendor yang bekerjasama dengan MAHSA Events untuk menjayakan sesebuah majlis perkahwinan :

Khidmat Katering Dari Mak Ngah Catering - Kalau pergi kenduri kahwin perkara utama yang tetamu akan lihat adalah makanan. Kalau makanan yang disediakan sedap, pasti tetamu akan puas hati dan memuji majlis korang kan. Ha, tu sebab MAHSA Events memilih Mak Ngah Catering untuk menyediakan makanan. Sis pun dah try uji rasa tempoh hari, ternyata lauk pauk dari Mak Ngah Catering memang sedap.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Khidmat Photography  Dari Miezipro Production - Apa la ertinya sebuah majlis perkahwinan tanpa sebarang gambar dan video untuk merakamkan hari bersejarah sebagai memori kan. Ha, itulah peranan Miezipro Production untuk menyediakan khidmat photography. Boleh pilih sama ada nak khidmat gambar sahaja atau sekali dengan video termasuk untuk outdoor photoshoot tau.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Khidmat Photobooth  - Dah jadi satu trend untuk majlis-majlis sekarang ni menyediakan khidmat photobooth. Bukan apa, boleh la para tetamu bergambar buat kenangan kan. Macam sis sendiri memang simpan semua gambar-gambar photobooth ni sebab setiap gambar ada tulis nama event. Tapi dalam banyak-banyak photobooth, ni special sebab ada Magic Mirror. Canggih tau.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Khidmat Wedding Card dan Doorgift - Setiap kali pergi kenduri kahwin pasti para tetamu diberi doorgift sebagai cenderahati kan. Ha, untuk pakej perkahwinan. Mereka juga menyediakan khidmat wedding card. So, bakal pengantin tak payah pening-pening nak survey wedding card ekk, semua dah masuk dalam pakej dah.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Di bahagian luar dewan sis ada perasan satu sudut yang mempunyai susunan kerusi Chiavari dan juga mini pelamin. Maknanya jika sesiapa nak buat sessi akad nikah ataupun majlis bertunang pun boleh kat sini. So, tak perlu la guna dewan yang besar tu kan. Lagipun kat luar ni cantik siap ada pokok-pokok menghijau. Ni kalau malam ni lagi cantik sebab ada limpahan lampu-lampu LED yang menambah suasana menjadi lebih romantik.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Ha, nampak tak? semua pilihan vendor dalam pakej perkahwinan oleh MAHSA Events ni memang gerenti yang terbaik punya. Kalau la sis ada calon memang dah ajak dah bakal husband datang buat tempahan kat sini. Serba serbi dah termasuk dalam pakej dan lokasi pun lengkap dengan kemudahan seperti tandas, surau, bilik untuk pengantin bersiap dan juga parking yang luas. Oh ya, sebut pasal parking, memandangkan kawasan ni adalah kawasan universiti, maka ada sedikit bayaran dikenakan kepada setiap kenderaan yang parking dalam kawasan unversiti. Tapi jangan risau, tak mahal pun hanya RM2 sahaja untuk setiap kenderaan.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Sebelum balik sis ada juga bertanya-tanya mengenai harga pakej yang ditawarkan kalau nak buat majlis perkahwinan kat sini. Ha, mesti korang pun nak tau juga kan. Ok, pakej perkahwinan kat sini ada 2 kategori iaitu :

√ Malay Wedding Buffet - RM41,000 hingga RM68,000 (500pax / 800pax / 1000pax)
√ Malay Wdding Dome - RM53,000 hingga RM98,000 (500pax / 800pax / 1000pax)

Mahal?? No, bagi sis harga ni sangat berbaloi sebab bila tengok segala list yang termasuk dalam pakej ni memang macam-macam ada. Bayangkan kalau korang nak cari vendor satu persatu memang pening la kan. Tambah pula dengan masa yang suntuk, memang sukar untuk cari vendor yang terbaik. Kadang tu ada tapi full booked pulak. Aduii, kan susah tu. Jadi, apa kata serahkan sahaja pada MAHSA Events untuk merealisasikan hari bahagia korang tu.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Oh ya, macam yang sis katakan pada awal tadi, MAHSA Events juga menyediakan lokasi untuk sebarang majlis lain juga seperti seminar, sambutan hari jadi, hari keluarga atau apa jua acara yang diingini. Ada juga beberapa lokasi lain selain dari The Ballroom yang boleh dipilih seperti The Grounds, M Theatre dan Twelfth Floor. Dengar kata untuk tahun depan ada 2 lagi lokasi yang akan dibuka iaitu The Park dan The Event Hall. Yang The Park tu katanya berkonsepkan taman. Wow, mesti cantik kalau buat dijadikan lokasi untuk perkahwinan berkonsepkan ala wedding garden. Aishhh, awak jom kahwin kat sini nanti.. hehe.

The Ballroom : Ruang Acara Untuk Majlis Perkahwinan Oleh MAHSA Events

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan atau MAHSA Events boleh rujuk :
https://mahsaevents.com/

Telefon :
016-8520583 / 010-9033709

Emel :
 rachel@mahsa.edu.my

Facebook :
MAHSA Events

Instagram :
  MAHSA Events



You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *